BAB 19

6 0 0
                                    

APLIKASI Instagram dibuka lantas carian nama dicari. Tangan Puteri Adelia laju menaip nama 'NoahEden'. Sejurus itu, terpapar beberapa account Instagram yang muncul.

'Noah Eden Fans acc'

'Noah Eden lover'

'Prince Noah 4 lyfe'

'We love prince Noah'

Dan banyak lagi.

Puteri Adelia menekan carian paling atas yang mempunyai tanda tick biru dihujungnya menandakan akaun real instagram lelaki pujaannya itu. Automatik, gambar-gambar prince Noah muncul. Melebar seyumannya apabila Prince Noah ada memuat naik gambar baharu tiga jam lepas. Gambar tersebut ditekan.

Baby, you have no idea how your existence affect me a lots

Bertambah melebar senyumannya seusai membaca caption gambar tersebut. Hatinya terasa berbunga-bunga. Perutnya seakan ada rama-rama tiba-tiba.

Dia blushing.

Ruangan komen dibuka dan ditelek satu persatu. Kebanyakkan yang komen adalah para wanita. Dia mencebik.

Eleh. Tak apa. Tak apa. Berangan kan percuma. Teruskanlah angan-anganmu rakyat jelata. Prince Noah I punya!

Sebenarnya dia sudah lama mengikuti perkembangan prince Noah sejak lelaki itu tinggal dia UK lagi, dia sudah mengikutinya. Walaupun prince Noah tidak followbacknya, dia tidak kesah. Following lelaki itu pun hanya kosong. Followers nya pula mencapai 1.2 million dan rata-rata yang follow prince Noah adalah perempuan.

Puteri Adelia menekan papan kekunci pada ruangan komen.

"Handsomenya pakwe saya."

Namun, taipannya itu dipadam. Jenuh juga dia duk menaip padam menaip padam sedari tadi. Sudahnya Dia hanya bagi emoji love sahaja. Konon-konon tak mahu nampak desperate. Ceh. Walhal hampir kesemua gambar lelaki itu dikomennya. Namun, dia tidak kesah. Nak kata dia desperate? Silakan.

Dia memang desperate untuk dapat cinta prince Noah.

Ya, dia obses.

Obses dengan lelaki itu sejak mereka masih kecil lagi. Telefon di bawa ke dada seraya fikirannya membayangkan dia dan prince Noah hidup bersama. Bibirnya digigit. Dia menekup muka pada bantal. Suka.

Tak apa. Berangan kan percuma.

Tok! Tok!

Pintu diketuk dari luar.

Puteri Adelia angkat kepala. Dahinya berkerut halus. Siapa pula yang mengganggu kenteteraman hidup aku pukul 11 malam ini?!

"Masuk." Arah puteri Adelia dari dalam. Pintu dikuak lalu wajah raja Zaid terpampangz

"Papa.."

Puteri Adelia duduk bersila.

"Tak tidur lagi?" Raja Zaid melabuhkan punggung di hujung katil puteri Adelia. Puteri Adelia mengesot menghampiri papanya itu. Tanpa kata, dia labuhkan kepala pada peha Raja Zaid. Tangan raja Zaid mengusap lembut rambut anaknya itu.

"Kenapa tak tidur?" Soal Raja Zaid.

Puteri Adelia tersenyum kecil. "I just can't wait for tomorrow." Balas puteri Adelia dengan nada ceria. Dia bahagia kerana esok dia dan papanya akan datang makan-makan di rumah prince Noah.

"You're so in love with him, aren't you?" Balas raja Zaid turut tersenyum. Dia turut bahagia jika anaknya bahagia.

"I do, pa. He's like my addiction. I couldn't get enough with him." Puteri Adelia tersenyum lagi.

Heart meWhere stories live. Discover now