BAB 25

11 0 0
                                    

PRINCE Noah memberhentikan motor besarnya di hadapan Shopping mall D'Labia. Shopping mall D'Labia merupakan shopping mall yang paling besar di malaysia. Aku turun dari motornya lalu laju tangan prince Noah mencabut helmet di kepalaku. Tanpa apa-apa, prince Noah menyelerakkan rambutku yang memang sudah serabai akibat memakai helmet itu. Aku cemberutkan wajah melihat tingkahnya.

"Noah!" Marahku. Prince Noah ketawa lepas sehingga menampakkan lesung pipitnya di kedua-dua belah pipinya. Eee. Geram tengok lesung pipitnya yang dalam itu. Rasa nak cucuk je!

Tidak cukup itu, lenganku yang berlapik ditarik olehnya. Kami jalan beriringan masuk ke dalam shopping mall itu. Prince Noah pimpim lenganku sehingga dihadapn GSC.

"Kita tengok wayang jom." Ajaknya. Aku hanya menurut. Wayang pada hari itu agak ramai. Kawasan GSC itu mula sesat dengan ramai orang.
Sedang aku memerhati filem-filem yang ada di GSC itu, tiba-tiba mataku melirik ke sekumpulan perempuan yang aku agak mungkin sebaya dengan kami. Mereka melirik ke arah kami sambil berbisik-bisik kecil. Pembetulan. Mereka melirik ke arah prince Noah sambil tersenyum-senyum.

"Handsomenya lelaki baju putih itu."

"Gentleman gila. Argh. Tengoklah abs dia tu, cair mat."

"Perempuan hodoh sebelah dia itu siapa weh? Nak kata adik macam langit dengan bumi."

"Entah-entah maid dia."

Terasa berasap aku mendengar segala jenis ayat daripada mulut-mulut mereka. Aku gigit bibir. Rasa insecure hadir lagi.

Kau tak layak untuk dia.

Kau dengan dia tak setaraf.

Aku rasa seperti orang kerdil. Dia seorang Prince Charming yang handsome, kacak, gentleman, dan popular. Sedangkan aku, aku hanya seorang perempuan hodoh, cengeng, kuat menangis dan tak layak berdamping dengannya. Kalau boleh diibaratkan dia adalah seorang raja yang digilai ramai manakala aku hanya seorang pembantu di istana tersebut.

Prince Noah tarik lengan aku sedikit rapat ke tubuhnya. "Sayang nak tengok cerita apa?" Soalnya menoleh kepadaku.

Aku pura-pura tersenyum seperti tiada apa yang berlaku. "Tak kesah."

"Kita tengok cerita seram nak tak?" Balasnya lagi.

"Boleh," balasku perlahan.

"Seriously sayang? Tak seram ke?" Soalnya lagi. Wajahnya serius memandangku.

"Tak. Indeed, I love horror movie." Balasku berlagak.

"Okay, we will see."






Filem berlangsung selama 2 jam 30 minit. Selama filem bermula sehingga lah filem tamat, jantung aku terasa mahu pecah akibat terkejut. Prince Noah pula tidak sudah-sudah memandang sinis ke arahku. Suka lah itu tengok aku takut!

"Kata berani, hantu belum muncul dah jerit."Sindirnya.

Aku jelingnya tajam.

"Hello? Movie tu seram sangat kay. Saya memang tak takut. I love horror movie so much. Just cerita tadi terlalu seram untuk ditonton." Aku membela diri.

"Ya, ya. Said someone who literally screaming for the whole movie." Balasnya lagi.

"Diam." balasku menjelingnya yang sudah menyimpul senyuman yang tak dapat untuk aku tafsirkan.

"Kita nak pergi mana lagi lepas ini?" Soalku berjalan beriringan bersamanya.

"Kau dah makan?"

Aku menggeleng. "Good. Jom pergi makan."

Heart meWhere stories live. Discover now