BAB 5

20 0 0
                                    

Aku berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Seusai pagar sekolah dilepasi, seperti biasa aku mengeluarkan earphone lalu disumbat ke dalam telinga. Volume diperlahankan sedikit dan lagu '"love me better' dimainkan.

"Sara!"Laung seseorang. Aku berhenti dan menoleh.  Farhan berlari-lari anak menghampiriku.

"Hi, Sara. Tak tunggu saya pun tadi. " rajuk Farhan dengan nafas yang sedikit termengah.

"Saya ingat awak nak balik dengan Fara." Balasku. Ye lah.Nama pun girlfriend dan boyfriend. Aku pun tak mahu ganggu hubungan orang. Tak nak dianggap orang ketiga.

"Saya dah putus." Balas Farhan selamba. Wajahnya kelihatan tenang menuturkan ayat itu. Mata aku membuntang.

"Putus? Kenapa?"

Farhan angkat bahu.

"I don't know. Saya just rasa yang kitaorang tak serasi." Balasnya lagi. Tipu. Sebenarnya hatinya bukan pada Fara. Tetapi pada perempuan dihadapannya ini. Cuma dia tidak pernah meluahkan kerana tak mahu kawannya itu tidak selesa dengannya. Dia juga tidak mahu disebabkan perasaannya terhadap Sarah, hubungan kawan baik yang sudah terjalin putus begitu saja.

"Awak baru couple dengan dia sebulan, Farhan. Macam mana awak tahu yang awak tak serasi dengan dia?" Soalku tidak percaya. Takkan lah mudah benar kawannya yang satu ini move on?

Sekali lagi, Farhan hanya angkat bahu sebagai jawapan. " Taknak lah cakap pasal ini. Apa kata kita cakap pasal kita."  Balasnya mengangkat kening berkali-kali.

"Kita? Kenapa dengan kita?" Dahiku berkerut.

"Awak dah janji nak keluar dengan saya sabtu ini kan? Jangan buat-buat lupa eh."

Aku terdiam sejenak. Ah! Hampir lupa.

"Saya rasa macam saya tak boleh lah Farhan."

Farhan buat muka monyok. "Alah. Kenapa? Apa pula alasan awak kali ini? Mak tiri awak tak bagi keluar?Jangan ris...."

"No, bukan sebab itu." Potongku.

Farhan angkat kening sebelah. "Habistu?"

"Saya ada minta kerja part time kat Cafe Halista hari itu. Semalam dia baru call and cakap saya boleh mula kerja hujung minggu ini. Sorry, Farhan." Ucapku panjang lebar. Wajah kesian ditayang mengharapkan lelaki itu faham akan situasinya.

Farhan diam sebelum nafas ditarik dan dihembus perlahan. "Okay, Fine. Saya maafkan. Tapi promise dengan saya yang awak tak boleh penatkan diri sangat, pastikan awak cukup rehat, " pesannya. Aku tersenyum lebar. Farhan ini sudah seperti abang yang selalu menjaga adiknya. Aku sudah lali dengan sikap yang terlalu overcaring itu.

" saya janji."





Malam itu, aku menyiapkan makanan seperti biasa. Makanan yang sudah siap dimasak aku susun. Mama dan adik tiriku masing-masing sedang asyik dengan telefonnya. Aku menuang nasi ke dalam pinggan mama dan adik tiriku.

"Mama, mama tahu tak masa kat sekolah tadi Iera jumpa jodoh." Balas adik tiriku. Aku hanya diam mendengar dia bercerita. Dalam hati, ungkap tidak suka dengan perangai iera yang hanya tahu meng'usha' lelaki handsome saja di sekolah. Belajarnya tak mahu!

"Really?Siapa nama dia? Lelaki nombor berapa pula kali ini." Mama layankan sahaja adik tiriku itu. Daripada dulu sehingga sekarang aku tetap tak faham kenapa mama bersikap kasar dengan aku tetapi dia selalu melayani adik tiriku dengan penuh kasih sayang. Sebab aku bukan anak kandung dia? Adakah itu punca mama tiriku dingin dengan aku sejak mama meninggal dunia?

"He's different dengan crush yang sebelum ini. Yang ini ada kacuk Uk. Handsome pula itu. Iera dengar IQ dia tak sama macam student biasa. IQ dia 200." Cerita Iera teruja. Aku tahan bibir aku daripada tersenyum. Ada ke manusia IQ 200? Impossible. Senyuman yang hampir terukir mati apabila mendapat panahan laser daripada adik tiriku.

"Oh yeke? Macam mana iera tahu?" Mata mama lekat pada telefon ditangan.

Tangan aku pula sibuk menuang lauk untuk mereka.

"He's popular, mama. Dia baru masuk hari ini. Tapi aura dia dah buat pelajar perempuan menjerit nakkan dia. Iera pun nak dia mama." Rengek iera.

"Who's him? Apa yang buatkan anak mama ini tergilakan dia sangat?"

"He's Prince Noah. Handsome and intelligent. He's prefect. Iera rasa takde orang sempurna macam dia. Dia macam bidadara kayangan."

Sudu lauk yang dipegang tiba-tiba terlepas dari tanganku. Mendengarkan nama itu membuatkan hati aku menjadi tidak keruan tiba-tiba. Prince Noah Ayden. Dia tak tahu ke lelaki itu pervert?

"Hey kau ni apahal! Macam mana kau buat kerja ini?!" Marah adik tiriku.

"Maaf," balasku perlahan seraya mengutip sudu yang terjatuh.

Baru sahaja aku ingin bangun dari mengutip sudu, tiba-tiba....

Prang!

"Ops!" Sengaja adik tiriku menjatuhkan cawan itu.

"Oh my!" Mama yang leka dengan telefon ditangan membeliakkan mata melihat cawan kesayangannya pecah.

"Kau tahu tak mahal aku beli cawan itu!" Mama bangun lalu menarik rambut aku kuat.

Aku mendesis sakit. " Macam mana kau buat kerja ini ha?! Kau dengan mak kau sama je menyusahkan orang!" Jerit mama. Kepala aku diheret.

"Ss...sakit mama. Bu....bukan Sarah yang pecahkan cawan itu." Balasku bersama juraian air mata yang semakin deras.

"Habistu kau nak tuduh aku lah?!" Soal adik tiriku pula. Sengaja mukanya diseriuskan agar tidak kantoi.

Pipi aku ditampar kuat. Aku terus jatuh terus tersembam ke lantai. "Aku nak kau bersihkan kaca ini! Dan tiada makan malam untuk kau! Pandai-pandai lah kau hidup!" Seraya itu mama terus beredar dari situ. Aku hanya menghantar pemergian mama yang semakin menjauh.

Adik tiriku pula duduk bertinggung di tepi aku. Dia tersenyum sinis. " Kesian betul aku tengok kau ini." Dia menyentuh rambutku dengan hujung jarinya. Seakan jijik. Bahuku ditunjal kuat.

"Tapi tu lah. Anak pungut macam kau ini memang layak diperlakukan macam itu!" Dia ketawa sinis.

"Ingat ni sampai mati," Dia mendekatkan wajah ke telinga aku.

"Sampai bila-bila pun, kau tak layak untuk disayangi. Sebab kau cuma anak tumpang je dalam keluarga ini. Dan sampai bila-bila......." Giliran dahiku pula ditunjal kuat sehingga aku terbaring ke belakang.

"Aku benci Kau dengan mak kau. Kau dengan mak kau sama je. Murah. Perempuan jalang."Lalu dia berdiri. Tangan ditepuk seakan lepas membersihkan kotoran. Iera tayang wajah jijik sebelum meninggalkan aku yang menangis teresak-esak.

Heart meWhere stories live. Discover now