Makanan yang sudah siap aku masak atas meja aku pandang puas. Mata melirik ke arah jam yang terletak bertentangan dengan meja makan. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Masih berbaki setengah jam saja lagi sebelum ibu tiriku pulang. Ya. Ibu tiri. Aku hanya lah anak tumpangan di dalam keluarga ini. Biarpun begitu, layanan ibu tiriku tetap sama. Dingin. Beku. Tiada yang mesra dalam percakapan dan perbuatannya. Malah dia menjadi semakin heartless selepas kematian ayah kandungku 5 tahun lalu. Setiap hari ada saja perkara yang ingin dimarahi. Aku mempunyai seorang adik tiri yang sebaya dengan umurku.
Terdengar bunyi pintu pagar dibuka, lamunanku mati. Aku memandang jam dinding kembali. Masih berbaki 15 minit. Takkan awal sangat mak tiri aku balik?
Cepat-cepat aku masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan solat. Atau lebih tepat, tidak mahu terserempak dengan ibu tiriku. Kerana sebelum ini, ibu tiri aku sudah warning awal-awal untuk tidak berhadapan dengannya setiap kali dia pulang. Hilang selera makan katanya. Tambahan pula, sejak kematian ayah, aku disuruh untuk berpindah ke bilik stor. Setiap kali aku membantah, ia pasti akan diakhiri dengan penyeksaan. Dia akan memaki dan memukul aku sehingga dia puas.
Aku duduk berteleku atas katil sendirian. Lama aku pandang frame yang ada gambar aku, ibu dan ayah. Gambar itu diambil sewaktu aku sekolah rendah. Tanpa sedar, senyuman kecil terbit di bibir aku.
' Life has been hard without you, ibu ayah. I wish you were here.' Bisik hati kecilku. Pilu. Senyuman Aku lama-kelamaan bertukar menjadi hambar. Frame atas meja aku ambil lalu aku bawa ke dada.
'I miss you.'
Bam!
Bunyi barang pecah yang dari dapur menyentakkan aku. Jeritan ibu tiriku yang kuat menyebabkan aku terkulat-kulat keluar dari bilik menuju ke dapur. Sempat aku berdoa supaya tidak dipukul lagi oleh ibu tiriku.
"Apa benda yang kau masak ni ha?Masin nak mampos! Kau nak bunuh aku ke?! " jerkah ibu tiriku.
Masak letak cili api yang berterabur atas lantai aku pandang kosong. Mata menekur memandang lantai. Hendak melawan teruk aku dikenakan nanti.
"Mama tahu tak tadi masa kat sekolah dia pukul orang mama sampai kena panggil dengan cikgu disiplin." Adu adik tiriku.
Mata menjeling ke arah Iera yang sudah tersenyum sinis. Aku pasti ini angkara dia. Lepastu dia menambah garam untuk bagi lauk masin. Siapa lagi yang akan buat begitu kalau bukan dia. Hanya dia saja yang selalu kenakan aku supaya aku dimarahi.
Tidak semena-mena rambutku ditarik kuat. Aku mendesis sakit.
"Perempuan bodoh! Kau nak tunjuk gangster bukan kat sini tempatnya! Kau nak jadi jalang macam mak kau yang dah mati tu ke ha perempuan?! " Jerit mama.
Air mataku mengalir laju. Kulit kepalaku terasa seperti disiat. "Sakit mama," rintihku perlahan.
"Tak cukup dekat sekolah kau nak jadi gangster kat sini pun kau nak bunuh aku?! Perempuan tak guna," dia menghentak kepalaku ke lantai. Getah rambutku sudah hilang entah ke mana. Tubuhku disepak kuat.
Rintihan dan rayuanku tidak endahkan. Malah semakin galak dia memukul tubuh kecilku yang sudah tiada kudrat untuk melawan. Aku semakin lemah. Air mata bertakung. Pandanganku yang semakin kabur aku cuba tahan.
Wake up, Sarah!
Rambutku ditarik kembali dan kepala dibawa kasar ke tempat kaca pecah.
"Aku nak kau bersihkan semua ini. Sebagai hukuman kau diharamkan untuk makan hari ini. Biar mati kebulur!"
Kepalaku dilepas kasar.
"Iera, siap! Kita makan dekat luar dengan uncle Yad! Hilang mood aku duduk sini lama-lama."Arah mama. Air mataku sudah kering. Semakin tiada kudrat untuk menangis.