BAB 7

20 0 0
                                    

Ting!

Notification yang masuk dari WhatsApp, aku buka. 

+Farhan
-Sorry Sara. Saya tak dapat teman awak balik hari ini. Mak saya suruh teman pergi somewhere.

Tangan licah menaip membalas mesej yang masuk daripada Farhan. Patutlah habis kelas tadi dia nampak tergesa-gesa nak balik. No wonder.

Sedang aku menaip, tiba-tiba bahuku dirempuh kuat. Tubuhku bergerak kebelakang. Sempat tangan mencapai telefon. Hati melepaskan rasa lega apabila aku berjaya menyelamatkan telefon. Mujur tak jatuh. Dahlah ini telefon pemberian arwah ayah. Namun, kelegaan yang ada tadi tidak lama sebelum diganti dengan rasa geram apabila aku mengangkat wajah. Dia ini lagi. Kat mana-mana ada je mamat ini. Penat lah. Kejadian dalam kelas automatik terbayang. Sisa geram masih ada apabila mengingatkan perihal dalam kelas tadi.

Aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap subject additional mathematics di hadapan. Dan-dan mejaku diketuk perlahan. Aku menoleh. Mata menatap wajah Prince Noah yang hanya tenang menumpukan perhatian di hadapan.

Perasaan aku je kot. Aku tumpukan perhatian ke hadapan semula. Sekali lagi, tumpuanku terganggu. Namun, kali ini sampah sengaja dibaling ke tempatku. Gumpalan sampah yang dijadikan ala-ala bola kecil itu menyebabkan aku menoleh sekali lagi.

Prince Noah juga menoleh. Senyuman sinisnya terukir. Sah! Dia memang sengaja cari pasal. Aku ketap gigi. Tangan ditongkat ke kanan menghalang aku dari terus memandangnya.

"Hey..."

"Exora...." panggilnya. Aku mengendahkan.

"Hey....pssttt." Bahuku dicuit. Aku keraskan hati untuk melayannya.

"Exora..." Panggilnya lagi. Dia suka panggil aku dengan gelaran itu. Aku sendiri Tak tahu kenapa. Dalam banyak-banyak orang, dia seorang sahaja yang memanggil dengan nama itu. Sudah ditegah berkali-kali namun semakin galak pula dia memanggilku dengan nama itu.

"Exor–"

"Apa?!" Balasku bengang. Tidak sedar, nada suaraku meninggi sehingga menyebabkan madam dan pelajar-pelajar lain memandangku.

"Yes, Sara any problem?" Soal madam Lisa. Cermin mata dihidungnya dibetulkan seraya memberi pandangan tajam ke arahku.

"errr....nothing madam. Sorry." Balasku perlahan meminta maaf. Wajahku berbahang menahan malu.

Aku menjeling Prince Noah yang tersenyum puas.

"Are you really a stalker? Tak cukup jumpa kat class kat sini pun nak jumpa? Rindu ke?" Balasnya selamba.

Mata aku berkelip berkali-kali mendengar ayatnya itu.

"Excuse me? Entah-entah awak yang stalk saya." Balasku angkuh. Tangan disilang ke dada. Heh. Ingat aku hamak sangat ke? Dia ketawa sinis.

"Aku stalk kau?" Soalnya sambil tangan diseluk ke dalam kocek.

Dia mara setapak ke hadapan. Automatik kaki aku berundur ke belakang.

"Apa masalah awak ni sebenarnya? Apa yang awak tak puas hati sangat dengan saya?" Soalku terus.

"Masalah aku, kau." Balasnya senada.

"Apa salah saya? Awak marah pasal  kes saya pijak kaki awak haritu ke? Fine, saya minta maaf. Itu yang awak nak dengar sangat kan? Dah, saya dah buat apa yang awak nak. So, stop—" belum pun sempat aku menghabiskan ayat, tubuhku dirangkul kuat dalam pelukannya. Aku tersentak. Sebelum sedar dengan kedudukan kami yang sangat rapat. Aku meronta kuat.

Heart meWhere stories live. Discover now