"Sara! " Laung Farhan kuat. Mata aku sembab akibat terlalu banyak menangis semasa waktu rehat tadi. Seusai saja aku keluar dari stor, aku terus naik ke rooftop dan menghabiskan masa dengan menangis di situ.
Tercungap-cungap Farhan mengatur nafas. Aku pandang Farhan kosong. Sudah serupa orang yang tidak bermaya. "Awak pergi mana masa rehat tadi? Saya cari tak jumpa pun?"soalnya setelah dapat bernafas dengan normal.
Muka aku yang sembab aku cuba kawal. "Sara? " Dia pegang bahu aku.
"Awak menangis ke?" Soalnya lagi.
"Sara? Siapa yang buat awak menangis?" Bahu aku digoncang.
Aku geleng kepala tanda tidak mahu menjawab.
"Sara..""Okay. Saya tak paksa awak cerita. Jom saya bawa awak ke suatu tempat. I think you need some fresh air." Balasnya perlahan. Aku masih diam. Tidak semena-mena air mata jatuh. Farhan pimpin bahu aku ke suatu tempat.
Setibanya di tempat yang dinaksudkan, dia tolak aku duduk di kerusi batu yang tersedia di situ. "I never thought..." Aku sedikit terpegun dengan tempat yang dibawa.
"Why? You didn't expect that this school ada taman secantik ini?"
Aku hanya diam. Farhan labuhkan punggung di sebelahku.
"So, cerita lah."
Jeda.
"Sara?" Panggil nya lagi.
"Saya dah putus dengan prince Noah." Balasku perlahan.
"What?Why so sudden? Dia ada buat apa-apa buruk pada awak ke?" Soalnya risau.
Aku menggeleng.
"Maybe...we were meant to met but not meant to be together." Aku tersenyum tawar.
"It might be hard for you." Suara Farhan tidak terkeluar menuturkan kata.
"It is. Saya tak layak untuk dia. He has everything. I have nothing. You know. When people said if you really wants something, you must sacrifice something for it. And I sacrifice my love for him. After all, he don deserves me and it is better stay that way." Balasku lagi.
Bergerak-gerak anak mata Farhan memandangku. Satu senyuman kecil terukir di hujung bibirnya. "You've changed a lot. You have grow enough. That's my Sara. Tak mudah menangis walau apa jua berlaku."
Kata-kata Farhan itu menyebabkan senyuman terlepas dari bibir aku.
"I have no choice. I have to be strong." Balasku pula.
"I'm proud of you, Sara. Can you do something for me?"
"Hm?" Aku pandang dia disebelah dengan kening yang terjungkit.
"Whatever happens, don't give up. Please be strong. Jangan pernah putus asa. If you don't have anyone to talk to, just talk to me. I'm here for you. Always."
Balasnya bersungguh.Aku tahan bibir dari tersenyum.
"Terima kasih. Terima kasih sebab jadi kawan yang sentiasa ada daripada kecil dengan saya. "
Farhan menggeleng. "No need thanks to me, mungkin kita memang di takdirkan untuk berjumpa dan jadi kawan baik. Who knows? Allah has better plan for us,kan?"
Termasuk rasa suka dan sayang pada awak.
Ayat itu hanya diungkapkan dalam hati dan tidak terlihat dari bibir.
Aku menggangguk bersama senyuman yang tidak lekang di bibir. Lama kami berborak tentang hati ke hati. Farhan satu-satunya kawan yang sentiasa ada dengan aku sejak aku berumur 5 tahun lagi. Sewaktu aku putus harapan akibat kemalangan ibu dan ayah, dia datang seakan membawa sinar dan peluang untuk aku bertahan sehingga ke harini.
![](https://img.wattpad.com/cover/324660491-288-k405234.jpg)