BAB 30

9 0 0
                                    

Matahari makin lama makin mula ingin tenggelam. Buat kesekian kalinya, aku lirik jam tangan. Sudah jam 6.00 petang. Namun, jalan keluar masih tidak nampak bayang. Aku pandang belakang tubuh prince Noah yang berjalan tenang sambil memasukkan tangan ke dalam kocek itu. Dia ini takde perasaan penat langsung ke? Haish.

Botol mineral yang sudah tinggal suku itu aku angkat depan wajah. Tak boleh habiskan, minum hanya betul-betul darurat sahaja. Tapi ini kira darurat kan?

Tiba-tiba prince Noah berhenti mendadak. Aku yang tak sempat brek melanggar belakang badannya.

"Auch." Aku usap dahi yang sudah berdenyut sakit. Baru sahaja aku ingin memarahinya, tiba-tiba dia mendepakan tangan melindungiku. Mata aku terkebil-kebil melihat pergerakan drastiknya itu.

"Shhh."

Matanya melilau seperti mencari sesuatu. Jantung aku sudah berdegup laju. "Ke...kenapa?" Bisikku perlahan.

"Kau dengar tak?"

Aku termangu." Dengar apa?"

"Bunyi itu. Macam ada benda kat semak ini." Bibirnya dijuih ke arah satu semak dihadapan kami.

Automatik, aku pegang hujung bajunya kuat. Tubuh dirapatkan ke belakang tubuhnya.

"Bunyi macam....." Prince Noah menoleh sedikit memandang aku yang menyorok di belakangnya.

"Ma....macam apa?" Aku berdebar-debar untuk tahu.

"Macam perut kau yang lapar. Kau lapar ke Exora?" Soalnya seraya ketawa kuat. Wajahku berubah cemberut. Belakang tubuhnya, aku pukul kuat. Dia mengelak.

"Tak kelakar lah, noah eden!" Marahku. Dia ketawa kuat sambil memegang perutnya.

"You should see your face. I should take picture so that I can hiburkan myself when I'm down." Balasnya bersama sisa tawa yang masih kedengaran. Aku jeling prince Noah tajam. Apa yang kelakar sangat tak tahu lah!

Tidak membalas, aku jalan menonong meninggalkan prince Noah yang masih ketawa itu. Baru lima langkah aku berjalan, lenganku ditahan.

"Okay, okay. I'm sorry okay? You're just so cute."

"Jangan lah buat lawak macam itu! Kalau saya ada lemah jantung macam mana? Orang serius dia main-main pula." Balasku geram.

Prince Noah sedaya upaya mengawal diri daripada ketawa.

"I'm sorry okay? Promise, buat lagi." Balas prince Noah.

"Noah!" Satu cubitan aku hadiahkan ke abdomennya.

Dia tahan tanganku lalu jemarinya disulamkan ke jemariku. Tawanya sudah hilang. Yang ada hanya wajahnya yang sudah bertukar lembut.

"I miss you." Balasnya lembut. Matanya memandang ke arah sulaman jemari kami.

"Can I fix us?" Soalnya perlahan.

"Noah–"

"Call me Eden. I want you to be special," Potongnya.

"Ed...eden. " aku tatap mata bundarnya.

"This is wrong." Aku lepaskan jemari kami. Namun, dia eratkan genggaman.

"No this is right." Balasnya.

Aku tidak membalas. Lama mata memandang sulaman jemari kami itu.

"I want to fix us. I love you. I can't lose you. You're mine," balasnya perlahan. Dahi dia dan dahi aku bertemu.

"Please?" Dia pejam mata. Dia merayu.

Heart meWhere stories live. Discover now