They tell me to write
About pain,
And so I bleed,
I bleed about life without you.....
KEESOKAN harinya, aku sengaja menjauhkan diri daripada Prince Noah. Sedaya-upaya aku cuba elak bertembung dengannya. Sesekali, ada juga aku menjeling ke tempat Prince Noah. Aku perasan dia asyik merenung ke tempat aku dan Syafiq. Atau mungkin perasaan aku saja? Tiba waktu rehat, sengaja aku tidak ke rooftop. Prince noah sudah mempunyai Puteri Adelia. Masakan aku mahu berjumpa dengan boyfriend orang. Nanti apa pula orang kata. Sudahlah Prince Noah itu banyak mata-mata yang memandang. Kang tak pasal-pasal aku dicop perampas!
Kaki melangkah laju menuju ke perpustakaan. Lift ditekan ke tingkat 5. Sekolah ini mempunyai bangunan 10 tingkat dan lift pada setiap tingkat. Tangga juga disediakan kepada pelajar-pelajar.
Ting!
Pintu lift terbuka. Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk, kaki aku seakan digam. Mata aku terpaku melihat Prince Noah dalam lift.
Ah sudah.
Mata beralih pula pada puteri Adelia yang memaut lengannya mesra. Aku berundur. Kaki berpatah balik melalui jalan lain.
"Exor.."
Prince Noah ingin menjerit memanggil Sara, namun tubuhnya sudah ditolak untuk masuk lebih dalam oleh orang ramai. Tangannya digenggam menjadi penumbuk. Perempuan ini benar-benar menguji kesabarannya. Kau tunggulah nanti, Exora. Kau fikir kau boleh terlepas macam itu saja?
SETIAP kali subjek chemistry, kami diminta untuk ke lab. Kami berjalan beriringan menuju ke lab yang terletak di tingkat 7.
Tempat diambil di bahagian paling hadapan. Aku memang suka duduk depan-depan. Senang untuk nampak dan dengar penerangan guru. Tanpa apa-apa, tiba-tiba tempat duduk disebelahku diisi orang. Aku terkebil-kebil melihat gerangan yang duduk disebelahku.
Deg!
Prince Noah tayang wajah tidak berperasaan. Cepat-cepat aku bangun untuk tukar tempat. Namun, lenganku ditahan oleh Prince Noah. Matanya seakan memberi amaran supaya aku tidak bergerak ke mana-mana.
"Sayang, you nak duduk sini ke?" Soal Puteri Adelia yang baru sampai. Terasa berasap telingaku mendengar panggilan puteri Adelia itu. Tidak menunggu lama, puteri Adelia pula melabuhkan punggung ke sebelah Prince Noah. Ah sudah. Cinta tiga segi ke apa ini? Kalau pun cinta tiga segi, pasti aku yang akan jadi third wheeling dalam cerita ini. Bahkan lebih teruk, mungkin orang akan gelar aku perampas dalam hubungan mereka. Dengan helaan nafas berat, aku kembali duduk. Syafiq yang baru masuk itu, aku panggil.
"Err, duduklah sini." Pelawaku sedikit kekok. Syafiq yang terkejut terus melabuhkan punggung ke sebelahku dengan senyuman lebar. Panahan tajam Prince Noah aku hiraukan.
"Tak sangka awak jaga tempat saya." Balasnya mesra. Aku hanya senyum kekok. Sebenarnya aku taknak jadi third wheeling antara dua orang itu. Cukup lah aku ini banyak musuh, aku terlalu penat untuk tambah musuh.
"Okay, Let's begin our class..." Aku terus menumpukan sepenuh perhatian kepada madam Lisa dihadapan.
LOCENG berbunyi menandakan sesi persekolahan sudah tamat. Aku bergegas mengemas barang-barang lalu dimasukkan ke dalam beg. Seusai itu, kaki terus melangkah keluar dari kelas.
Aku melangkah dengan langkah yang laju. Jalan dipercepatkan seraya kepala tidak henti menoleh ke belakang. Kot-kot ada Prince Noah. Lelaki itu bukan boleh jangka.
Nafas Aku mula pendek. Terasa seperti aku sudah jauh berjalan, kaki mula bergerak perlahan. Helaan nafas berat terpacul dari bibirku. Sampai bila perlu lari macam ini, Sara?
I don't know.
Maybe sampai habis sekolah.
Sesekali mata menoleh kebelakang sehingga..
Pap!
Hujung hidungku yang berlaga kuat dengan 'besi' dihadapan aku usap.
"Aduh.." Hidung terasa perit. Aku mendongak. Dia pandang aku dari bawah. Jantungku mula berdegup laju. Hati tidak henti berdoa.
Mampus.
"Dah puas lari?"
Tbc.