BAB 10

15 0 0
                                    

Tangan aku yang sedang mengemas atas meja terhenti apabila terasa peergelangan aku ditarik lembut. Mata aku naik merenung orang sebelah. Dia menatap aku lekat.

"Kenapa?" Soalku pelik tatkala tiada sepatah kata diungkapkan oleh lelaki itu.

Prince Noah menggeleng. "Can you do me a favour?"

Dahi aku berekerut halus.

"Favour? What favour?"

"Can you be my supporters this evening? Aku ada perlawanan bola keranjang petang ini. And I need you by my side." Balasnya tanpa nada. Entah kenapa aku rasakan wajahnya seakan merayu supaya aku menyokongnya. Aku terkedu.

"Saya ada–"

"Please?" Balasnya lagi. Ini kali pertama aku lihat dia merayu seperti ini. Hati dijentik dengan berbagai jenis soalan. Mengapa lelaki yang suka mengarah dan dingin seperti Prince Noah ini tiba-tiba berubah seperti ini?

Perlahan-lahan aku mengangguk.

Prince Noah bangun. Beg digalas ke bahu ala kadar.

"I'll wait for you." Sejurus itu dia terus keluar dari kelas tanpa memandangku. Mata aku terkebil-kebil melihatnya yang sudah hilang dari pandangan.








Keriuhan yang datang daripada sorakan para pelajar bergema di setiap penjuru tempat bermain bola keranjang yang serba luas itu. Kebanyakan sorakan tersebut, sudah tentulah datang daripada pelajar wanita yang tak sudah-sudah menjerit nama Prince Noah. Geng cheerleader juga tidak kurang hebat menjadi penyokong. Mereka mengenakan baju pendek cukup sekadar menutup perut bersama skirt pendek atas lutut menampakkan betis putih mereka. Aku sedar mata-mata pelajar lelaki yang terkadang menjeling-jeling ke arah mereka. Mereka hanya bersorak tanpa memikirkan keadaan sekelilingnya. Disebabkan sekolah ini sekolah international, maka tiada siapa memarahi mereka mahupun mendenda mereka berpakaian sebegitu untuk geng cheerleader mereka.

Seusai duduk, mata tertumpu pula pada perlawanan di gelangang besar itu. Automatik, kornea mata aku menangkap Prince Noah yang  mengenakan jersi tanpa lengan berwarna kuning pekat dipadankan dengan seluar paras lutut yang sama warna. Manakala teamnya yang lain pula mengenakan jersi yang sama tetapi warnanya cair sedikit berbanding jersi Raja Alvin. Mungkin untuk membezakan antara ketua dengan pemain. Bebola mataku menyoroti setiap langkah Prince Noah yang tangkas bermain. Pihak lawan yang cuba menangkisnya berjaya dilepasi dalam sekelip mata. Prince Noah berlari ke arah gol dan bola dijaringkannya dengan mudah. Sorakan demi sorakan semakin kuat bergema apabila mata yang dikutip kini sudah mencecah 5-0. Prince Noah membuat 'pass hand' bersama pasukannya.

Sedang ralit memerhati tingkah Prince Noah, pandangan kami bertemu. Automatik, aku terus mengalihkan pandangan. Ke kiri, ke Prince Noah. Ke kanan, ke Prince Noah. Begitulah kekalutan mata aku apabila tertangkap memerhati Prince Noah itu. Herotan sinis di bibirnya terlakar sesaat sebelum wajahnya bertukar manis bak ' Prince Charming ' yang sungguh baik dan suci melayan pasukannya.

Aku mencebik. Depan orang ramai bukan main tayang wajah baik. Kalau dengan aku dingin bak ais batu! Ais batu pun kalah. Aku hanya memerhati setiap gerak geri pemain tanpa bersorak. Tiba-tiba terasa cecair meresap ke dalam baju. Aku disimbah dengan air coke.

"Ops."

Aku memandang tubuh yang sudah lencun dengan air coke.

"Sorry, sengaja. " ujar perempuan itu sinis.

Perempuan ini lagi.

Tengku Qaisara memandang aku sinis sambil berpeluk tubuh. Aku genggam tangan menjadi penumbuk. Kesabaran cuba dikumpul. Baru sahaja aku mahu membalas, orang belakang sudah menjerit. "Woi duduklah! Orang nak tengok!"

Heart meWhere stories live. Discover now