BAB 11

18 0 0
                                    

Selepas menghantar Sara, Prince Noah tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya motor besarnya itu dibawa ke sebuah kafe. Suasana di kafe tersebut lenggang dengan pelanggan. Mungkin disebabkan hari ini bukan hari minggu, maka pelanggan pun tidak berapa ramai. Lantas kakinya diatur ke satu tempat terpencil yang jauh daripada orang ramai.
Selang beberapa minit, seorang lelaki berpakaian  jaket kulit dan topi hitam muncul.

"Ada apa hal kau cari aku ini?" Soal lelaki itu. Dia duduk dengan gaya santai.

Prince Noah diam seketika sebelum dia menghulurkan sekeping gambar kepada lelaki itu. Gambar Sara Exora yang diambil senyap-senyap semasa di rooftop ditilik. Lelaki itu jungkit kening. "Siapa ini? Awek kau ke?"

"Jangan banyak tanya, aku nak kau siasat latar belakang dia." Balas Prince Noah dingin.

Lelaki itu berdecit. "Alright. Tapi apa yang aku dapat sebagai balasan."

"I'll pay you."

Lelaki itu ketawa sinis. Kepala digeleng. Wajahnya dikedepankan sedikit memandang Prince Noah. "I don't want money. I want something else."

Prince Noah menyandarkan tubuh ke kerusi sambil berpeluk tubuh." What do you want?" Soal Prince Noah.

"One game racing won't hurt aren't we?" Balas lelaki itu sinis.

Pinggir bibir Prince Noah ternaik sedikit.

"Deal."






"ASSALAMUALAIKUM makcik."Laung aku kuat di hadapan rumah disebelahnya.

Seorang wanita berumur 60-an muncul dari dalam. "Ha Sara, ada apa kamu datang sini?" Tangan wanita itu lincah membuka pintu pagar yang bermangga.

"Sara ada masak lebih hari ini. " Bekal makanan dihulur. Seperti kebiasaan, dia pasti akan memasak lebih dan memberi kepada jiran sebelah. Memang itu apa yang diajar oleh ibu dan ayah daripada dulu. Tidak kedekut memberi kepada orang lain.

Bekal yang dihulur bertukar tangan.

"Mari masuk, Sara. Mak cik ada buat jemput-jemput." Lenganku dipegang lembut.Laju aku menarik tangan yang dipegang. Gigi diketap.

Dahi makcik itu berkerut halus. Lengan baju panjangku diselak.

"Astaghfirullahalazim." Mengucap panjang makcik Siti melihat kesan lebam di lenganku.

"Sara kena pukul lagi ke?" Soal Makcik Siti.

"Tak apa makcik. Sikit je ni. Esok lusa baik lah." Wajah sedaya upaya dineutralkan.

"Sikit apa macam ni? Berbirat tangan kamu ini Sara. Masuk. Biar makcik letak ubat."

"Takpe makcik.."

"Sara. Kamu nak biar sampai bila? Kamu nak makcik cakap dengan maktiri kamu ke?"

Aku menggeleng laju.

" Kalau tak nak, masuk. Biar makcik letak ubat."

Aku hanya akur. Bahuku dipimpin masuk ke dalam rumahnya.

Kotak first aid kit dibuka.

"Kamu tak septutnya biarkan maktiri kamu dan adik tiri kamu buli kamu sesuka hati." Bebelnya sambil tangan lincah melakukan kerja. Aku hanya diam memandang wajah makcik siti yang kelihatan uzur itu.

Cermat tangannya meletak ubat pada kesan lebam di lenganku. "Makcik sihat?" Soalku sengaja ubah topik. Wajah makcik siti yang berkerut sedikit sambil berleter itu beransur hilang. Dia mengeluh.

Senyuman nipis terukir di bibir tuanya. "Macam ini je lah Sara. Sama je macam biasa. Tak ada beza pun." Balas makcik Siti tanpa memandangku.

"Kamu macam mana? Dah dua minggu makcik tak nampak kamu. Hari ini baru nampak batang hidung. Kamu okay tak? Makin kurus je makcik tengok kamu ini."

Heart meWhere stories live. Discover now