Jam 8.00 pm.
Aku dan prince Noah duduk bersandar di satu pokok. Wajahnya tidak berperasaan. Air yang tinggal suku itu aku hulurkan kepadanya. Dia hanya beberapa saat sebelum dia tolak kembali kepadaku.
"You need it "
"You too," bisikku perlahan. Bunyi cengkering membuatkan bulu romaku naik mendadak.
Dia menggeleng."Aku tak haus." Balasnya lagi.
"Are you sure? Kita dah jalan since pukul 2 tadi kot. Plus, awak angkat saya for almost 1 hours. Takkan tak haus?"Soalku tidak percaya. Ye je dia ini.
"Tak kira, kita share air ini." Tegasku. Dia hanya diam tidak membalas.
"Okay. Kau minum dulu."
Aku menurut. Aku teguk air itu sedikit lalu aku berikan botol itu kepadanya. Prince Noah menyambut. Tanpa kata, dia suakan bibir di tempat yang aku minum tadi. Air menuruni kerongkongnya.
Sisa air di bibirnya dia kesat menggunakan sebelah tangan. Dadanya turun naik berombak kasar."Aren't you realised something?"
Aku angkat kening.
"Apa?"
"We're havaing a French kiss. Or should I call it a silent kiss?" Balasnya lepas.
Ha? Aku tayang wajah blur.
"Me and you minum tempat sama." Cukup ayat itu, aku sudah faham apa yang dia mahu sampaikan.
Pipiku mula berbahang. Ah! Dia tidak pernah fail untuk buat aku blushing. Bahunya aku pukul. Prince Noah hanya tayang wajah sinis.Keadaan sunyi kembali. Otak aku tiba-tiba teringatkan sesuatu. Beg sandang aku selongkar untuk mencari sesuatu.
Shit! Dahi ditepuk.
"Kenapa?"
"Awak bawa telefon?" Prince Noah diam sebelum kocek seluarnya di raba-raba. Lantas, IPhone 13 itu dihulurkan kepadaku. Aku buka telefonnya. Ada passcode di situ. Aku tunjuk passcode dihadapan wajahnya.
Prince Noah berwajah kosong sebelum membalas." Your birthday,"
Deg! Aku terkedu.
My birthday.
Tangan laju memasukkan tarikh lahirku. Klak. Telefonnya terus terbuka. Phone call dicari lalu nombor cuba didail. Namun, setiap nombor yang aku dail pasti automatik masuk voice mail. Baru aku perasan yang telefon itu tiada line. Aku mengeluh.
Kau expect apa Sara dalam kawasan hutan tebal ini? Of cos lah line tak ada. Aku bangun bersama telefonnya. Dia tarik tanganku.
"Nak pergi mana?"
"Nak cari line."
Perlahan dia lepaskan tanganku. Tidak aku sedar, dahinya sudah berpeluh sakan. Jantung prince Noah mula laju. Suara-suara mula kedengaran dalam ruang mindanya.
"Mama!"
"Jaga diri, sayang."
Bum!
Jeritan. Memori. Semuanya bersatu.
"Perempuan murah!"
Prince Noah tutup telinga cuba mengusir suara-suara itu. Badannya sedikit menggigil.
Aku merengus. Telefon prince Noah cuba dibawa ke sana ke sini namun line masih tiada. Aku mula mengeluh perlahan. Harapan mula punah kembali. Aku kembali duduk, namun aku tergamam melihat keadaan prince Noah.