Tracking gamat dengan sorakan. Prince Noah merenung lama ke tengah track yang menempatkan beberapa kereta lumba yang sedang melakukan aksi drift di tengah-tengah. Beberapa orang perempuan yang memakai skirt pendek memberikan jelingan menggoda kepadanya. Dia hanya pandang kosong.
Hati dan fikirannya benar-benar kosong saat ini.
Dan-dan, terasa bahunya dipegang. "Kau tak main hari ini, bro?"
"Diam, Rif." Sepatah Prince Noah membalas tanpa menoleh ke arah kawan baiknya itu. Dengar saja suara, dia dapat mengagak siapa yang memegang bahunya.
Rif angkat kening.
Lah? Tanya sikit pun tak boleh.
"Kau kenapa? Moody semacam je aku tengok. Bapak kau buat apa pula kali ini?" Ariff seakan tahu apa yang berlaku dalam hidup lelaki itu. Lagipun dia kenal Prince Noah bukan setahun dua. Tetapi sejak mereka bersekolah rendah lagi, dia sudah rapat dengan jejaka kacukan dihadapannya ini. Apa yang berlaku antara dia dan bapanya semua dia sudah tahu.
Prince Noah hanya diam tidak membalas.
"By the way, kau dah dengar berita kan?" Soal Riff apabila Prince Noah tidak membalas. Biarlah, lambat-laun jejaka itu pasti akan bercerita kepadanya.
Prince Noah menoleh sekilas. "Berita apa?"
"Puteri Adelia was coming back."
"Oh." Itu sahaja balasan Prince Noah. Riff mula mengalihkan badan sepenuhnya menghadap Prince Noah. Dia kurang berpuas hati dengan jawapan pendek dari Prince Noah. Cinta hati nak balik, takkan tak excited kut mamat ini?
"Oh je?"
"Dah tu kau nak aku balas apa?"
"Bukan ke puteri Adelia tu first love kau?" Soal Riff menduga.
" Siapa cakap?" Prince Noah menyoal kembali.
"Come on, satu sekolah dah tahu kut. I mean satu dunia dah tahu kau dengan Puteri Adelia itu dijodohkan dari kecil. Bodoh lah kalau aku yang selalu dengan kau ini, tak tahu."
Jeda.
Satu saat.
Dua saat.
Terlepas keluhan kasar dari bibir Prince Noah.
Dia menggeleng kecil. "It was just a rumour. Aku anggap puteri Adelia tu macam adik saja. Tak lebih."
Setakat itu sahaja yang dia mampu katakan. Lagipun selama ini dia sudah tolak habis-habisan gosip murahan seperti itu, tetapi semua orang hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sudahnya, dia hanya membiarkan gosip itu tersebar. Hendak menidakkan pun bukan orang percaya.
Automatik, dahi riff berkerut halus."Why so sudden?"
Prince Noah angkat bahu. " Selama ini pun, aku dah cakap yang aku hanya anggap dia adik. Not more than that. Orang yang tak nak move on." Terangnya.
Ting!
Mesej masuk dari telefonnya. Nama Exora yang diletak sebagai "My Exora" dibuka segera. Pesanan gadis itu dia baca.
+Exora
- Topi awak ini, saya lupa nak bagi tadi. Esok saya pulang.Laju tangannya menaip membalas mesej Sara.
+Prince Noah
- Keep it. Buat bekal, kalau rindu boleh tengok topi aku.Tidak sampai seminit, nama gadis itu naik lagi.
+Exora.
-Tak apalah. Terima kasih saja lah. Tak ada masa saya nak rindu awak.Tanpa sedar, Prince Noah mengukir senyuman kecil. Tidak dihirau, Riff yang sudah memandangnya dengan pandangan pelik.
+Prince Noah
- sekarang mungkin tak. Akan datang siapa tahu kan?Lantas itu dia terus menutup telefonnya. Pandangan kembali ditala ke arah Tracking RWZ.
"Waw. Prince Noah Eden was smiling. I can't believe it." Ejek riff.
"Ingat aku ini tak ada perasaan ke sampai tak boleh senyum?" Soal Prince Noah.
Riff mencebik. "I thought so. Bukan kau memang tak ada perasaan ke?"
Prince Noah berdecit.
"Diam lah."
Aku berjalan menuruni tangga. Buku-buku ditangan dibawa dengan nafas yang sedikit termengah. Bilik guru dituju sekaligus dengan arahan Madam Rafida yang memintaku untuk mengangkat buku-buku ke tempatnya.
Tiba di anak tangga terakhir, aku mengambil nafas panjang. Fuh. Mencabar betul kena angkat 30 buah buku. Sudahlah bilik guru di tingkat 4! Tak apa Sara, sikit je lagi.
Aku mengatur jalan kembali. Sedang aku berjalan, tiba-tiba bahuku dirempuh. Buku-buku ditangan automatik terlepas. Aku kaku. Statik. Buku-buku yang berantakan di lantai aku pandang.
Baru sahaja aku ingin memarahi gerangan yang melanggarku, bibir aku terkatup kembali.
MashaAllah, cantiknya perempuan di hadapanku ini. Wajahnya yang putih dan kacuk ala-ala arab bersama alis kening yang lebat membuatkan aku terpegun seketika. Tetapi mengapa wajahnya ini aku tak pernah nampak sebelum ini? Pelajar barukah?
"Sorry, Sorry. " balasnya seraya mengutip buku-buku yang berantakan di lantai.
Mendengar ayatnya itu, aku terus membantunya.
"Tak apa, Tak apa. Saya yang salah sebab tak perasan ada orang kat depan." Balasku.
Seusai mengutip buku, aku menghadiahkan senyuman manis kepadanya. Dia juga turut tersenyum ke arahku.
"Wait." Lenganku ditahan.
" You tahu bilik guru kat mana? Can you show me? I'm a new student." Balasnya. Walaupun dia menggunakan bahasa I-you denganku, namun lagaknya tidak sediva seperti Tengku Qaisara. Bahkan cara percakapannya juga neutral menunjukkan yang dia memang sudah biasa menggunakan kata nama tersebut.
"Oh. Saya pun nak ke bilik guru. Jom, saya tunjuk."
Dia membontoti aku dari belakang tanpa kata. Setibanya di bilik guru, aku terus meminta diri untuk meletakkan buku yang diminta oleh madam tadi. Sempat dia mengucapkan "thankyou" sebelum kami berpisah ke haluan masing-masing.
