Loker ditutup bersama helaan nafas berat. Tidak cukup itu, earphone disumbat ke dalam telinga. Volume diturunkan sedikit. Takut-takut jika ada yang memanggil.
Cak!
I told you.
Tak sampai berapa minit, orang yang aku maksudkan muncul tepat dihadapan wajahku. Dia tersenyum manis.
"Wah, terkejutnya saya." Balasku pura-pura terkejut. Terletus tawa Farhan melihat reaksiku.
"Awak marahkan saya ke?" Dia jalan beriringan di sebelahkan. Aku jungkit kening.
"Kenapa nak marah?"
"Sebab saya tak teman awak balik semalam."
Aku ketawa kecil. "Come on, Farhan. I'm not a child. Saya faham je." Balasku.
"Sorry." Balasnya serba salah. Aku menyimpul senyuman nipis.
"It's okay, saya faham je. Awak jangan lah risau sangat."
Hampir beberapa langkah lagi untuk tiba di kelasku, aku berhenti menapak. Kornea mataku terkebil-kebil melihat pelajar-pelajar yang mengerumuni dihadapan kelasku itu.
"Kenapa itu?" Soal Farhan disebelahku.
Belum sempat aku membalas, telinga ku menangkap jeritan seseorang. " Ha itu pun dia!" Serentak itu, pelajar-pelajar yang mengerumuni tadi bergerak mengerumuni aku pula.
Beberapa orang pelajar perempuan memandangku atas bawah. Satu persatu wajah mereka aku tatap. Kot-kot ada yang aku kenal. Namun, tidak.
Seorang pun aku tak kenal.
Kalau aku tak kenal mereka ini, lalu atas alasan apa aku dikepung?
"Kau ke girlfriend Prince Noah?" Soalnya datar. Aku kerut dahi. Sejak bila pula aku jadi–
Oh, shit! Takkan lah insiden semalam tersebar secepat ini.
Aku kerling Farhan. Dia seakan blur dengan ayat perempuan itu.
"Tak ada lah cantik mana. Aku lagi lawa." Sinisnya. Aku tayang wajah bengang.
Excuse me?
Dia mara setapak. Rambut aku diselak kasar. Tangan menepuk seakan jijik dengan apa yang disentuh.
"You don't deserve Prince Noah. Dia sesuai dengan orang yang setaraf dengan dia. But look at you! Dahlah hodoh. Kau patut sedar diri. Kau fikir Prince Noah itu ikhlas ke dengan kau?" Sindirnya lagi. Kali ini siap pakej buat muka jijik.
Dada aku terasa ingin meletup. Wah! Ini dah lebih.
" Excuse me? Kau fikir aku hamak sangat ke dengan Prince kauorang itu? Tolong lah! Sikit pun aku tak heran. Kau nak dia? Ambil lah. Dengan percuma aku bagi." Balasku tidak mahu kalah.
Perempuan dihadapanku ini ketawa sinis.
Pang!
Terasa kebas pipi aku ditampar kuat. Sebelah tangan memegang pipi yang menerima tamparan tadi.
Minah ini memang cari gaduh.
Aku mahu mara untuk membalas namun tingkahku dihalang oleh Farhan. Perempuan itu pula tidak mahu kalah. Dia juga ingin mara untuk melawan namun beberapa orang pelajar menghalangnya untuk menghentikan pergaduhan.
Aku pandang Farhan. Dia hanya menggeleng. Dia tahu jika aku hilang kawalan bagaimana.
Perempuan itu aku lihat cuba menendangku."Madam datang! Madam datang!" Tiba-tiba seorang lelaki meluru ke arah kami seraya menjerit. Serentak itu, pegangan yang menghalang kami berdua terlepas. Aku lihat semua orang di situ kelam kabut melarikan diri. Perempuan itu aku lihat masih tidak berganjak. Senyuman sinisnya terukir di bibir. Mata tidak lepas memandang aku atas bawah.