Safrina terjengul-jengul kan kepala. Dadanya terasa getaran yang hebat. Rasa takut. Rasa gelisah. Dengan perlahan, dia menapak memasuki rumah usang itu. Jarang dia pulang lewat kerumah. Jika pulang lewat sekalipun, dia mempunyai kerja lebih di cafe.
Matanya terkaku di suatu sosok tubuh. Kakinya berhenti menapak. Tangannya sejuk menggigil.
"Lambat kau balik? Mesti overtime kerja kan?"
Safrina menggelengkan kepala laju tanda tidak. Tak, dia tidak boleh memberitahu bahawa dia telah mengambil overtime. Nanti duit lebihnya diambil oleh Zein, bapanya.
Zein tersenyum sinis. Dia bangun dari duduk dan menapak perlahan ke arah Safrina perlahan. Dia ketawa kecil tatkala getaran pada tubuh kecil itu jelas pada penglihatannya.
"Kau takut aku pukul kau ke?"
"Atau, kau takut aku ambil duit kau?"
Dua-dua! Namun, dia hanya mampu menjawab di dalam hati sahaja. Mana mungkin dia menjawab sebegitu. Sedar-sedar besok pagi di hospital lah jawabnya.
"Aku. Nak. Duit."
Satu-satu ayat itu ditekan tanda dia serius. Safrina telan liur. Dia menggenggam buku lima. Memberi kekuatan pada diri sendiri.
"A-ayah nak buat apa dengan duit? Baru ini Saf baru je bagi dekat ayah." Dengan berani dia menjawab. Namun, nada suaranya masih lembut. Risau jikalau ayahnya naik angin. Zein ketawa.
"Kau anak aku Safrina. Satu-satunya anak aku. Takkan kau tak tahu perangai bapak kau yang banyak hutang ni?"
Safrina diam. Kepalanya menunduk tidak berani melihat wajah garang itu. Kedengaran suara bapanya mendecit kegeraman tatkala melihat anaknya yang masih berdiam diri.
Tangannya diangkat tinggi dan Safrina dengan sendirinya mengangkat tangannya ke hadapan muka tanda ingin melindungi diri sendiri.
Dua saat, dia jatuhkan tangannya. Kenapa dia tidak merasai apa-apa pukulan? Matanya dibuka perlahan. Terlihat wajah pucat bapanya. Badan dipusingkan perlahan. Matanya membulat.
"Wah, wah! Drama apa yang aku lihat ini?" Seorang lelaki yang berbadan sasa itu berkata sambil badannya menyandar pada pintu buruk itu. Terlihat tato berbentuk ular di lehernya. Seram!
"Dah cukup dua minggu aku bagi kau masa untuk membayar hutang aku? Jadi, mana duitnya?" Mata lelaki itu tepat memandang ke arah Safrina. Tajam membuatkan Safrina kejung di tempatnya.
Matanya dikerling ke arah Zein. Bapanya kelihatan gugup ketika ini. Dirinya risau. Bagaimana jika ayah kandungnya menjual dirinya hanya untuk melangsaikan hutangnya? Bagaimana jika dirinya dijadikan pelacur hanya kerana hutang ayahnya yang semakin hari semakin bertambah.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...