𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓲𝓽𝓽𝓵𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓻𝓸𝓽 • 28

6.9K 441 96
                                    

Safrina meringis perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Safrina meringis perlahan. Tangan kirinya naik memegang kepala yang terasa berputar. Dia cuba bangun tapi pergerakannya terhenti apabila mata melihat tangan kanannya yang digari di kepala katil. Terus sahaja matanya beralih pada pakaiannya. Ada. Cuma tudung nya sahaja yang hilang entah kemana.

Mata meliar di setiap kawasan bilik itu. Keningnya berkerut. Eh, ini bilik aku! Dia mengeras apabila matanya melihat sosok tubuh yang sedang memerhatinya tajam. Air liur ditelan. Gemuruh.

"Seronok lari ikut Rayyan?" Soal lelaki itu dengan suara garau. Nadanya dingin sahaja. Marah barangkali. Safrina diam tidak menjawab. Mata berani menatap mata coklat cantik itu.

Adam bangun dan mendekati Safrina. Gari di tangan di buka lantas dirinya berundur. Safrina terpinga-pinga melihat Adam.

"Mandi. Solat. Kau terlepas solat maghrib." Arah suara itu. Kaki menapak keluar dari bilik. Kedengaran pintu dikunci dari luar. Safrina terus bangun dan menapak ke arah pintu. Cuba dibuka pintu tersebut namun tidak berjaya. Huh, sudahlah dia mengunci pintu itu menggunakan kunci mangga.

"Dasar. Takut sangat kalau aku lari. Setan punya suami." Safrina mengomel sendiri. Pintu ditendang geram menggunakan kaki. Dia terdiam sebentar sebelum menggelengkan kepala. Ini tak tahu lah banyak mana dosanya dengan suami. Nafas dihela sebelum bilik air menjadi tempat tujunya.

Selepas sahaja dirinya mengadu dan meminta kekuatan dari yang Maha Esa, kain telekung di buka dan disangkut pada tempatnya. Safrina duduk di sisi katil. Melihat tingkap yang elok tertutup dengan pandangan kosong.

Kriukk kriuk...

Tangan naik mengusap perut yang sedang bergendang sayang. Lapar. Kali terakhir dia makan adalah sebelum bertolak ke tempat permainan tadi. Setelah itu, dia langsung tidak menjamah makanan berat. Pintu bewarna coklat dipandang lama.

"Dia nak aku berlapar sampai mampus ke?"

"Tahu, sedang bergembira dengan bini nombor dua. Tapi janganlah abaikan yang pertama. Sekurang-kurangnya bagi makanan dekat aku dulu baru bermanja sayang." Pilu suara itu berkata. Perut sekali lagi berbunyi.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Adam memasuki biliknya dengan piring di tangan. Bersinar mata wanita itu. Ya Tuhan, terima kasih. Tepat pada masanya.

Lauk pauk disusuk elok di atas meja bulat itu. Safrina duduk bersimpuh di hadapan meja manakala Adam duduk di atas kerusi berhadapan dengannya. Mata memandang Adam. Dah boleh makan ke ni?

"Makanlah. You must be so starving." Lembut dia berkata. Safrina sengih sembari melahap makanannya. Terpejam matanya menandakan makanan itu sedap. Tiba-tiba kunyahannya terhenti. Sotong masak pedas itu dilihat. Ini siapa yang masak?

"Kenapa. Tak sedap ke abang masak?" Lega Safrina mendengarnya. Ingat perempuan tu masak. Bukan apalah. Risau jika perempuan itu letakkan racun serangga. Yelah, gian hendak mendapatkan Adam, jadi dia hendak hapuskan aku.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now