𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓲𝓽𝓽𝓵𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓻𝓸𝓽 • 16

8.5K 466 30
                                    

Sudah dua bulan sudah mereka mendirikan rumah tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah dua bulan sudah mereka mendirikan rumah tangga. Dan selama dua bulan, semuanya indah. Masuk bulan ketiga ini, Safrina merasakan bahawa suaminya agak lain. Agak dingin dengannya. Sudah tiada lagi gurauan yang dimulakan oleh suaminya.

Wajahnya juga kadang agak kusut. Safrina berfikiran positif. Mungkin suaminya mempunyai masalah ditempat kerja. Profesor yang sedang bersyarah di depan tidak didengarinya.

"Adelaide, repeat what I'm saying just now?" Safrina tersentak. Matanya bulat memandang profesornya. Ha, mampos. Itulah padah termenung di dalam kelas.

"Focus on me, Adelaide. If want to dream, then get out from my class. I hate student who doesn't pay attention in my class."

"I' m sorry prof."

Wanita itu meminta maaf dan mula memberi perhatian.

【 ♛︎ 】

"Berhenti ganggu aku boleh tak?!" Fail ditangan di campak ke lantai dengan kuat membuatkan gadis itu tersentak. Adam mencerlung tajam ke arahnya.

Mahu sahaja dia membunuh gadis di hadapannya kini. Menganggu ketenteraman hidupnya. Sudahlah dirinya kini serabut akan kemusnahan syarikat nya di rusia akibat musuhnya.

Dia sudah tidak mengambil kisah apabila pihak rusia ingin memusnakah kumpulannya, yang dia kisah adalah syarikat bisnes nya disana. Kenapa perlu diusik?

Disebabkan ini juga, dia telah mengabaikan isterinya. Dia risau jika dirinya akan menyakiti sang isteri. Namun, tanpa sedar, dia memang telah menyakiti hati Safrina.

"I tak ganggu you. I cuma nak you balik. That's all. You should be mine not hers!"

Belum sempat Adam ingin membalas, pintu bilik office nya dibuka. Tubuh Adam mengeras tatkala wajah lembut itu melangkah perlahan ke biliknya.

Dengan berpakaian baju kurung bersama kad tanda dirinya pelajar di universiti yang digantung ke lehernya. Sudah pasti, wanita ini baru pulang dari Universiti nya.

Adam menundukkan sedikit wajahnya untuk melihat wajah yang sedang tersenyum manis itu. Safrina menolak lembut tubuh Adam supaya kembali duduk. Rambut Adam yang kusut itu dikemaskan. Butang baju yang dibuka dan menampakkan sedikit dada bidangnya juga turut dibutangkan. Wajah Safrina di dekatkan ke telinga Adam.

"Rin tak suka perempuan lain tengok abang serabai macam ni. Don't you even know, that you're damn sexy?" Adam meneguk air liur tatkala terasa senyuman senget Safrina di cuping telingannya.

Safrina menjauhkan diri. Hatinya puas melihat Adam yang mencerlungnya dengan pandangan gelap. Namun, dibiarkan pandangan itu. Peha Adam dijadikan tempat duduk. Mata memandang tajam ke arah gadis yang sedang melihatnya dengan pandangan marah.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now