"Aku dengar semalam. Jantan tu kata bapak kau berhutang." Adam memulakan kata-kata tatkala matanya melihat Safrina yang asyik menghadap komputer ribanya. Tiba-tiba tangannya berasa gatal ingin memusnahkan laptop itu."Kalau betul pun kenapa? Itu bukan masalah encik. Itu masalah family saya." Safrina menjawab tanpa memandang wajah kacak itu. Tak mahu pandang dah. Nanti malu. Semua sebab tadi.
Sei carino,
Sei carino,
Sei carino.Perlahan Safrina menggelengkan kepala. Walaupun dirinya tidak mengetahui maksud perkataan itu, dia tetap berasa malu. Wajahnya membahang membuatkan Adam senyum senget.
"Berada hutang bapak kau?" Safrina berkira-kira mahu menjawab soalan itu atau biarkan sahaja. Ini masalah keluarganya. Jika dia memberitahu sekalipun, lelaki di sebelahnya ini bukan dapat membantu.
"Sepuluh ribu kot. Entah." Malas dia menjawab. Lantaklah apa nak jadi sekalipun. Kalau bapaknya tidak dapat membayar hutang, sehari sebelum cukup dua bulan aku lari. Jauh dari bumi.
Safrin tersentak tiba-tiba. Wajah menoleh ke arah Adam dan sekali lagi dia tersentak. Ya Tuhan. Tolong jauhkan lelaki ini dariku...
"J-jauh sikit sila. Saya tak selesa tahu!" Lantas Adam menjarakkan sedikit wajahnya. Dia juga turut terkejut tatkala wajah itu berpaling ke arahnya. Nasib baik tak tercium. Kalau tak? Adam senyum gatal.
Kahwin lah malam ni!
"Mana lelaki yang kacau saya tu? Dah lama tak nampak dia." Mata helang lelaki itu memandang nya tajam. Apa? Aku ada salah cakap ke?
"Kenapa? Kau nak dia kacau kau lagi ke?" Terus sahaja gadis itu menggelengkan kepalanya. Bukan itu maksudnya. Dia bertanya kerana pelik. Biasanya lelaki itu akan datang ke rumahnya dan memukul ayah. Tapi sejak malam itu, lelaki lain pula yang datang. Itu yang hairan tu.
"Mampos kot. Lepak underground."
"Encik ke yang mamposkan dia?"
Adam jongket kening. Tangannya mengambil minuman Safrina lalu dihirupnya. Membuatkan gadis itu tercengang. Soalan tadi dilupakan. Itu air aku. Bekas aku!
"Apa masalah encik ni? Ini air saya. Yang encik pergi minum tu kenapa? Pergi la minta air lain. Sudahlah hirup bekas saya. Tak geli ke?" Tertahan suara itu menuturkan kata katanya. Nak marah, tapi kena sabar.
Adam jongket bahu. Tak kisah. Safrina memutarkan bola matanya. Rasa nak cekik lelaki ni sampai mati. Nasib baik Malaysia ada undang-undang.
"Bosanlah. Layan lah aku. Sibuk layan laptop ni." Kata Adam tiba-tiba. Safrina mendengus kegeraman. Eh, ini sangat tiba-tiba. Kenapa lelaki ini berubah seratus peratus secara mendadak.
"Encik ni kena belasah teruk ek semalam? Otak encik tu. Dah biul ke? Tiba-tiba perangai macam budak dah kenapa? Dulu bukan main dingin nak mati sampai semua orang tengok pun takut. Ini dah macam anak kucing hilang mak dah kenapa? Sah! Wayar wayar dekat otak tu dah putus." Panjang lebar si gadis bertanya. Laptop sudah selamat di simpan ke dalam beg galas oleh Adam. Bising lah. Kita nak attention dia je.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...