Safrina membuka matanya perlahan. Dia mendesis apabila cahaya terang menembusi kornea matanya. Dipejam seketika matanya sebelum kembali buka.
"You're awake." Safrina hendak bangun dari pembaringan. Namun dirinya dihalang.
"Baring. Awak tak boleh banyak gerak. Bayi dalam kandungan masih lagi lemah." Tegas suara itu berkata. Dia mnegerutkan kening. Cuba untuk mengingati apa yang telah terjadi.
Seketika, matanya membulat. Kelopak matanya dibanjiri air mata.
"A-Adam mana?" Tanya Safrina risau. Gadis itu hanya diam membuatkan air matanya mula mengalir.
Malam itu. Adam ditembak akibat ingin melindungi dirinya. Sepatutnya tembakan itu terkena padanya tetapi Adam menghalang. Suaminya.
Sebaik sahaja Adam rebah ke lantai, Safrina menjerit kuat. Badannya lemah. Makin lemah apabila darah segar mula mengalir dari celah kangkangnya. Dan setelah itu, dunianya gelap.
"Akak. M-mana suami Saf?" Tanya Safrina lagi. Gadis itu senyum manis.
"Jangan risau. Dia ada dekat bilik sebelah. Dia okay cuma..."
"Saf nak tengok dia." Potong Safrina. Gadis itu mengeluh apabila Safrina bangun dari pembaringan. Kemudian, kerusi roda yang berada berhampiran katil di ambil. Badan Safrina didudukkan atas kerusi roda itu.
"Degil awak ni." Keluh gadis itu perlahan. Safrina hanya diam. Hatinya kian gemuruh. Suaminya, baik-baik saja kan?
Sebaik sahaja pintu wad bersebelahan biliknya dibuka, matanya melihat sekujur tubuh yang baring. Nampak sangat lemah. Air matanya kembali gugur menyembah bumi. Kerusi roda itu ditolak oleh gadis yang menjaganya hingga dekat dengan katil.
"A-abang..." Perlahan suara itu memanggil suaminya. Namun, tiada reaksi. Tangan Adam digenggam dan dia melepaskan tangisan di situ. Gadis itu berpandangan seketika dengan Eiman sebelum mereka angkat bahu.
"Bangun lah. Dah la tu tidur. Rin rindu." Eiman simpan senyum. Tahu rindu. Dulu bukan main dingin dengan suami sendiri.
"Abang bangunlah. Rin janji, kalau abang bangun nanti Rin tak marah-marah dah." Kata Safrina lagi. Dia melepaskan tangisan dengan muka yang disembamkan pada tangan Adam.
"Janji tak dingin dengan abang?"
Safrina angguk laju.
"Janji tak marah-marah abang dah?"
Sekali lagi dia angguk.
"Janji yang sayang tak senyap macam dulu."
Angguk. Safrina angguk berkali-kali sebelum badannya mengeras. Dia mendongakkan wajahnya perlahan. Kelihatan wajah Adam yang sedang elok tersenyum.
"A-abang?"
"Yes, little parrot." Serentak itu, dada Adam dipukul lembut. Berulang kali. Adam ketawa dan dirinya bangun dari pembaringan. Badan Safrina diangkat dan diletakkan di atas katil. Kemudian dipeluk erat badan itu.
"Abang jahat."
Adam senyum. Belakang badan Safrina digosok. Tahu takut. Adam sebenarnya okay sahaja. Mujur sahaja peluru tidak mengenai organ badannya yang penting. Selepas beberapa jam pembedahan untuk mengeluarkan peluru pada badannya, Adam sedar dan terus menjenguk isteri yang masih lagi lena.
Dia lega apabila Safrina dan anaknya dalam keadaan baik baik sahaja. Selepas itu, jahitan di perutnya terkoyak menyebabkan dirinya terpaksa terlantar di katil. Sewaktu lenanya hampir menjemput, dia mendengar Safrina menangis.
Sengaja mahu menakutkan wanita itu, dia hanya buat kaku. Selepas mendengar janji wanita itu matanya dibuka perlahan. Dia melihat wajah yang menekup tangannya itu. Senyuman di bibir terukir lebar. Mata memandang sekilas Eiman dan Maira. Inspektor polis yang sudi menjaga Safrina.
"Abang jahat..." Rengek Safrina lagi. Adam melepaskan tawa.
"Ya, abang jahat." Lembut Adam berbisik pada cuping teling isterinya. Kemudian dahi licin itu dikucup lama.
"Rin takut. Jangan tinggal Rin." Pelukan semakin erat. Adam pejam mata.
"Abang tidak akan pernah tinggalkan isteri abang."
【 ♛︎ 】
Mark menggosok tangannya berkali-kali. Tiba-tiba dia memanjatkan rasa terima kasih kepada Firash kerana mengajaknya ke hospital. Wajah manis inspektor polis itu dilihat.
"Hai." Sapa gadis itu tanpa nada. Mark hanya membekukan wajahnya.
"Hm." Itu sahaja yang dibalasnya. Maira kerutkan kening sebelum bahunya dijongket kejap. Kenapa lelaki di hadapannya kini nampak resah?
"Are you good?" Tanya Maira. Mark pandang Maira. Wajahnya dijatuhkan tanda okay.
"Are you nervous or something? Cause you're shaking." Badan Mark mengeras. Oh. Nampak sangat ke aku nervous ni? Semua salah perempuan di hadapannya ini. Kan badannya menggigil. Jantung pula berdegup bagai nak rak.
Maira simpan senyum. Lelaki ini acah cool biarpun tubuh badannya memberitahu segalanya. Maira meminta diri sebelum kaki melangkah ingin meninggalkan Mark.
"Zura..."
Maira berpaling. Zura? Tiada orang yang pernah memanggilnya Zura. Biasanya Maira ataupun Mai. Nama keduanya. Hm, hanya lelaki ini seorang.
"If you don't mind, let's drink a cup of coffea first? My treat."
Maira senyum dan wajahnya dijatuhkan.
To be continued...
100+ votes for next chap.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...