𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓲𝓽𝓽𝓵𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓻𝓸𝓽 • 34

7.8K 459 28
                                    

Matanya bersinar tatkala melihat motor besar berjenama Yamaha R15 V4 bewarna hitam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Matanya bersinar tatkala melihat motor besar berjenama Yamaha R15 V4 bewarna hitam itu. Bunyi kuatnya memenuhi kawasan mansion yang sunyi itu. Dia melompat kecil. Adam membuka helmet yang menutupi seluruh wajahnya. Rambut yang kusut di kemaskan semula.

"Hey little parrot." Tegur Adam dengan senyuman manis yang boleh menyebabkan semua wanita potong kaki. Safrina senyum lantas mendekati motor itu. Dia mengusap perlahan badan motor itu.

"Handsomenya motor ni." Adam matikan senyumannya. Dia kata motor ni kacak? Aku lagi kacak tahu! Safrina memandangnya.

"Nak naik, nak naik." Teruja dia berkata.

Adam mengangguk lantas helmet satu lagi di ambil dan dipakaikan untuk Safrina. Cermin helmet ditutup dan wajah Safrina tertutup. Adam senyum puas. Farren pula hanya senyum. Bahagialah tu dapat motor besar. Kali terakhir dia melihat motor ini sewaktu Adam datang ke mansionnya sewaktu Firash merajuk kerana nasi goreng.

"Adam jangan bawa laju-laju. Safrina tengah mengandung." Adam anggukkan wajahnya. Semestinya. Dia tidak akan membuat sesuatu perkara yang membahayakan isterinya dan juga anaknya.

Adam menolong Safrina memanjat motor besar itu. Jelas kedengaran suara itu ketawa. Adam senyum. Tangan diangkat kepada Farren lantas dia membawa motornya. Farren hanya senyum dan melambai.

Teringat pula perbualannya bersama Safrina tadi. Kata wanita itu, dia ingin mendera perasaan Adam sedikit kerana mimpinya itu. Farren geleng kepala. Dia tahu wanita itu takut mimpi itu menjadi benar. Tapi, dia percaya akan Adam. Lelaki itu tidak akan membuat perkara yang menyakiti wanita itu.

Safrina menjerit kecil apabila rambutnya terbang dek angin. Pinggang Adam dipeluk kuat apabila dia merasakan pecutan semakin laju. Tetapi tidak selaju yang dia lihat di kaca television. Dia tahu Adam tidak ingin mencederakan dirinya mahupun anak mereka.

Setelah sampai, Adam sekali lagi membantu dirinya turun dari motor besar itu. Adam juga turun dari motor itu. Helmetnya dibuka dan kemudian helmet Safrina dibuka. Baru sahaja Safrina ingin melangkah memasuki villa, doa terkejut akan seorang sosok lelaki. Terus dia bersembunyi sedikit di belakang Adam.

"Bro!" Lelaki itu terus mendekat dan memeluk kejap badan Adam. Gaya lelaki apabila berjumpa teman lama. Adam senyum lantas menepuk bahu rakannya sebanyak dua kali.

"Henry. Long time no see huh?" Henry ketawa. Safrina pula hanya diam. Henry memandang gadis itu atas bawah. Cantik.

"Who is this pretty girl?" Nakal suaranya berkata.

"Watch your words while talking to my woman." Tegas dia berkata. Henry jongket kening. Jadi, ini perempuan Adam. Not bad. Pretty and innocent.

"Don't ever dare to look her like you're going to eat her alive." Adam menarik lengan Safrina ke belakangnya. Bukan dia tidak kenal perangai buaya darat Rusia rakannya ini.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now