Adam mengeluh. Makanan dia atas meja di tenung. Rasa mahu menangis namun di sabat kan hati. Ini sudah dua hari Safrina dibebaskan dari wad. Dan selama dua hari, Safrina mengelak daripadanya. Dia juga dihalau keluar dari biliknya dan isteri.
Adam meliarkan anak mata coklatnya di merata tempat. Menunggu kehadiran mak buyung turun untuk makan malam. Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya kelibat Safrina kelihatan. Adam bangun dari duduk dan menapak ke arah Safrina. Niat mahu menolong wanita itu.
Tapi dirinya ditepis wanita itu. Safrina menjelingnya tajam dan duduk di kerusi. Dilihatnya ikan kuah singgang di atas meja. Nampak sedap sehingga dia menelan air liurnya sendiri.
Adam menyenduk nasi dan diletakkan di atas pinggan Safrina. Lauk ikan itu juga diambil untuk Safrina dan sedikit kicap juga. Adam melihat wanita itu seperti ragu-ragu hendak makan.
"Makanlah. Jamah sikit. Tengah hari tadi pun, sayang makan sikit je." Safrina mula makan dengan berselera. Adam senyum puas apabila melihat Safrina yang melahap. Sehingga dua pinggan. Dia berpuas hati. Tahu makanannya mengikut selera mak buyung ini.
Safrina kaku apabila tepi bibirnya merasakan sentuhan. Matanya memandang sepasanag mata coklat milik Adam. Lama mereka saling bertatapan.
"Abang rindu little parrot abang yang dulu. Yang bercakap tak henti. Yang suka bebel-bebel." Lembut dia berkata. Tangannya yang berada di tepi bibir Safrina tadi naik mengusap pipi yang semakin tembam itu.
"Saya dah kenyang." Lantas Safrina bangun dan meninggalkan Adam bersendirian. Adam menghantar langkah wanitanya menggunskan anak mata. Dia mengeluh perlahan. Ujian apalagi ini? Sudahlah dia rindu isterinya separuh mati akibat tidak sedarkan diri. Ini, sudah sedar pun dia rindu.
Adam mengangkat pinggan-pinggan beserta mangkuk yang kosong menuju ke sinki. Dia menyisingkan lengan bajunya hingga ke siku. Membasuh pinggan yang telah digunakan tadi.
Safrina melihat langkah Adam masuk ke biliknya. Terus sahaja dia baring apabila melihat gelas yang berisi susu di tangan lelaki itu. Adam senyum nipis.
"Bangun sayang. Minum susu sikit." Safrina geleng kepala. Tidak mahu. Selinut ditarik hingga menutupi seluruh wajahnya. Adam menarik semula selimut itu hingga ke paras pinggang Safrina.
"Minum lah."
"Tak mahu. Bau susu tu busuk! Lagipun saya bukan budak nak kena minum susu." Getus Safrina. Adam senyum lantas menarik tubuh isterinya untuk duduk.
"Sayang, please. For the sake of our baby." Safrina merampas gelas itu dengan wajah yang masam. Janganlah libatkan baby! Satu jelingan di hadiahkan pada Adam. Susu diteguk laju hingga habis dengan hidungnya yang dikepit oleh tangannya.
Selepas itu terus sahaja gelas itu di serahkan pada Adam. Safrina menyandar pada bahu tegap itu. Rasa ingin muntah. Adam mengusap lembut bahu Safrina. Menenangkannya. Rasa loyanya kian hilang. Pening di kepala juga hilang. Hidung menghirup wangian suaminya. Wangi.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Roman d'amour"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...