𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓲𝓽𝓽𝓵𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓻𝓸𝓽 • 25

6.8K 407 85
                                    

Entah berapa kali air matanya jatuh hanya kerana lelaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah berapa kali air matanya jatuh hanya kerana lelaki. Dan sekarang dia sedar. Diabsedar bahawa berharap pada manusia tidak memberikan apa-apa malah kesakitan. Safrina tahu. Ini mungkin adalah peringatan daripada-Nya. Sepanjang menjadi isteri kepada Adam Darrius, tidak dinafikan bahawa dia wanita yang paling bahagia. Namun, bahagianya hanya sementara.

Safrina menundukkan wajahnya. Khilafnya sebagai hamba. Sepatutnya dia lebih berharap pada yang Satu. Bukan pada manusia. Matahari sudah hampir terbenam menunjukkan waktu sudah hampir malam. Atau lebih tepat di label sebagai senja.

Dia berada di sini selepas melawat kubur arwah ibu bapanya. Dari jam sebelas pagi hingga 6:30 petang. Duduk di masjid berdekatan villanya. Tenang. Dia berasa tenang. Namun, kesedihan yang dia rasai kala ini tidak berkurang. Malah semakin bertambah.

Jauh wanita itu termenung bersama air mata yang mengalir menyembah tangannya. Wajahnya lecun. Namun dibiarkan. Tiada rasa untuk menghapus air matanya.

Langkah kaki terhenti tatkala dia terdengar satu rintihan wanita dari dalam bilik tetamu tingkat atas. Sekarang sudah menjadi bilik Adam dan isteri keduanya.

"Darrius. Sakit." Manja suara itu berkata.

"I'm sorry. I do it slowly, okay?"  Safrina tersentak. Hatinya terasa direntap. Baru malam semalam Adam. Air mata kembali jatuh. Laju kaki menapak turun ke bawah. Bilik tetamu menjadi tempat pilihan. Dikunci bilik itu dari dalam.

"Ya Allah. Rasa ini. Sangat sakit." Safrina menangis hingga terlelap. Namun lelapnya tidak lama tatkala dia tersedar. Mata terkebil-kebil seketika. Dengan perasaan yang bercelaru, Safrina menuju ke bilik air. Wuduk di ambil lantas telekungnya dipakai.

Solat malam dilakukan oleh Safrina. Sejak sihat, solat malam sudah menjadi tabiatnya. Mungkin baru dia sedar, sepatutnya dia lebih cinta akan Tuhannya. Bukan manusia. Selepas selesai solat, Safrina menadahkan tangan.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now