𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓲𝓽𝓽𝓵𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓻𝓸𝓽 • 6

8.8K 743 47
                                    

Adam menjulingkan matanya tatkala dirinya melihat sepupu lelakinya itu sedang berasmara dana bersama isteri tercinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adam menjulingkan matanya tatkala dirinya melihat sepupu lelakinya itu sedang berasmara dana bersama isteri tercinta. Begitu juga akan gadis disebelahnya ini, Angel Herlina. Dia adalah salah satu anak buah Firash yang paling hebat diantara anak buah perempuan yang lain.

Namun, entah mengapa dia mempunyai firasat buruk tentang gadis ini. Dia tidak mahu membuat spekulasi sendiri. Mata mencerlung melihat ke arah Angel yang melihat aksi potong kaki Firash dan Farren.

Something is fishy...

Dibiarkan sahaja pandangan gadis itu. Firash seorang yang pandai. Jika benar gadis ini mempunyai niat buruk, lambat laun Firash akan tahu. Mungkin gadis ini belum kenal akan Firash yang sebenarnya.

Dia melihat kembali Firash yang sedang mengusap lembut kepala Farren. Rasa menyampah mula hadir. Namun, dia gembira melihat Firash bahagia disamping wanita itu.

Fikirannya jauh memikirkan tentang gadis itu. Sudah genap sebulan dia tidak melihat wajah cantik itu. Adam menggelengkan kepala tatkala dirinya tersedar dari khayalannya. Mengapa dia perlu memikirkan tentang gadis yang tidak mempunyai sangkut paut dengan dirinya.

Kot di badan disentuh lembut. Hidungnya masih lagi dapat menghidu wangian yang digunakan oleh si gadis. Wangi. Tanpa sedar, dia mengukir senyum.

【 ♛︎ 】

Mengikut kata hati, akhirnya di sini jua dia berada. Di cafe tempat gadis itu bekerja. Entah mengapa, dia berasa tidak tenang. Mungkin kerana sudah sebulan mereka tidak bersua muka.

Kelihatan wajah teruja gadis itu tatkala melihat dirinya sudah melabuhkan punggung di salah satu tempat duduk yang agak sunyi. Safrina beranggapan bahawa lelaki ini suka akan kesunyian. Hatinya tersenyum. Tempat sunyi sebenarnya, menenangkan. Tidak menyerabutkan otak.

"Encik nak minum apa?" Tanya Safrina sebaik sahaja dirinya sampai di meja Adam duduki. Lama lelaki itu berdiam sebelum memberikan jawapan.

"Air yang sama aku order bulan lepas." Safrina angguk laju. Ye! Dia ingat minuman apa yang ditempah oleh lelaki itu bulan lepas.

"Incredible. You remembered it." Safrina senyum nipis seraya menjatuhkan kepala. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh mengingati minuman itu.

Sebelum jauh kaki itu melangkah, Adam memanggilnya dengan suara yang agak lembut. Tidak sedingin sebelum ini. Safrina berpaling menghadap lelaki kacak itu. Keningnya terjongket.

"Teman aku lepas kau hantar air pada aku. Can you?"

Jantung berdegup dengan laju. Entah mengapa dia berasa teruja dengan ajakan lelaki itu. Adam menyuruh dirinya untuk menjadi temannya. Mungkin hanya untuk hari ini, namun hatinya berbunga.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now