Safrina berjalan perlahan menuju ke pelamin yang telah dibuat khas untuk majlis perkahwinannya. Air liur ditelan laju. Tangan Ily digenggam erat. Ily tersenyum lantas tisu ditangan dilap pada dahi Safrina yang berpeluh. Gemuruh!
Setelah elok duduk, Safrina berbisik bahawa dia gementar membuatkan Ily ketawa kecil. Matanya mulai berkaca.
"Aku tak sangka kau dah nak jadi bini orang. Lepasni susah dah kau nak tidur rumah aku." Safrina geleng kepala. Air mata ditahan. Tidak mahu menangis.
"Aku still kawan kau. Don't worry." Ily angguk. Mata nya meliar sekeliling dewan yang ditempah khas oleh ibu kepada sepupu Adam. Sungguh, keluarga nya sangat baik melayannya. Dipandang pula Farren yang melihatnya dari jauh. Senyuman manis dihadiahkan.
Wanita itu semakin berseri apabila mengandung. Lega hati perempuannya tatkala Farren selamat tatkala dirinya diculik oleh ahli keluarga kerana dendam. Mujur sahaja wanita itu, baik baik sahaja. Adam juga kelihatan baik baik sahaja setelah pulang dari Itali sebulan yang lalu.
Mata Adam mencerlung ke arah Safrina yang cantik memakai pakaian pengantin bewarna putih dengan tudung yang elok dililit di atas kepala. Beautiful than anything.
Safrina melihat ke arah lelaki yang berada di hadapan Adam. Bibirnya tersenyum sedikit ke arah lelaki tua itu. Senyuman dibalas. Sujud syukur gadis ini tatkala melihat bapanya yang semakin berubah. Kini, lelaki yang bergelar ayah sedang mencari rezeki di restoran berdekatan rumah mereka. Alhamdulillah, semua atas izin-Nya.
Adam duduk bersila dihadapan bakal bapa mertuanya. Di sebelah kanan dan kiri adalah saksi akad nikahnya ini. Adam diam memasang telinga dengan baik tatkala seorang ustaz sedang memberikan khutbah nikah. Terangguk-angguk Adam mendengarnya.
"Perkahwinan bukan sahaja untuk menghalalkan perkara yang haram, malah ia adalah lebih daripada itu. Perkahwinan ini adalah untuk kita mengenali Maha Pencipta dengan lebih lagi. Siapa yang mendirikan rumah tangga kerana Allah, dia bakal melihat betapa indahnya keagungan Nya."
"Perkahwinan juga bukan hanya sekadar memberi kasih sayang dan kata kata romantis tetapi ia merupakan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh suami isteri."
"Sebaik sahaja akad telah dilafazkan, seorang suami serta merta perlu bertanggung jawab ke atas wanita pilihannya iaitu si isteri. Manakala, si isteri haruslah bertanggungjawab dengan memenuhi hak hak suami." Safrina angguk faham.
"Apabila seorang isteri telah menjalankan tanggungjawab kepada suaminya dengan baik dan berusaha menjaga keharmonian rumah tangganya, sejurus itu isteri digelar wanita solehah." Adam mengerling ke arah Safrina seketika. Melihat bakal isteri yang asyik mendengar penjelasan ustaz membuatkam dia berasa gembira.
Apabila tamat sesi penambahan ilmu tentang perkahwinan, Zein bertanya bahawa adakah Adam sudah sedia. Lelaki itu pantas menjatuhkan kepalanya. Ditanya pula kepada pengantin wanita. Begitu juga jawapan yang diberikan.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...