Adam memerhati sang isteri yang sedang asyik bergambar bersama rakan-rakannya. Hari ini adalah hari di mana isterinya tamat pembelajaran dalam diploma. Bibirnya mengukir senyuman sinis melihat wajah yang jelas bahagia.
Namun, senyuman itu tidak lama tatkala Adam mula mengingati sesuatu. Adakah isterinya akan bersetuju akan cadangannya? Sebenarnya apa yang dikfikirkannya kala ini adalah bukan suaru cadangan namun arahan. Keluhan berat dilepaskan. Marahkah isterinya nanti?
"Abang! Jom ambil gambar sama-sama." Adam senyum lantas mengikuti isterinya. Telefon bimbit Adam diberikan kepada Ily Natasha. Wanita itu ceria tersenyum apabila Ily mula mengambil gambar. Adam senyum kecil. Comel!
Pinggang ramping itu dirangkul supaya lebih dekat akan dirinya. Dagu Safrina diangkat menggunakan ibu jarinya supaya mata bulat itu tepat menghadap matanya.
"Congratulations, sayang. I'm really proud of you." Bisiknya lembut di hadapan wajah itu. Senyuman senget terukir apabila wajah itu mula bertukar warna. Ily yang memerhati tersenyum manis. Beberapa keping gambar di ambil. Cun cun!
Agak lama mereka berada di posisi itu. Ily mula memutarkan anak matanya. Perbuatan ini tersangatlah biadap dihadapan orang single seperti orang yang sedang membaca ini.
Ily berdehem perlahan. Safrina terus menjauhkan diri, namun sayang Adam lebih laju menariknya untul sentiasa dekat. Lelaki itu menjongketkan kening kanannya. Ily tersenyum manis lantas memulangkan telefon mahal itu. Sempat Adam mengucapkan terima kasih kepada gadis itu.
"No biggie. By the way, nak manja manja jangan depan orang single ye. Pergi balik rumah, then continue doing that." Ily senyum manis seraya mengenyitkan matanya kepada Safrina. Wanita itu kejung. Lehernya yang terdedah diusap perlahan.
"Jom balik. Kita masih perlu bekerja keras. Remember?"
Safrinya kaku.
【 ♛︎ 】
Safrina tersenyum manis melihat kawasan rumah usang itu. Rumah keluarganya. Satu-satunya kawasan yang mempunyai memori. Memori indah dan juga pahit. Semuanya berada di sini.
Jari telunjuknya bermain pada meja makan rumah itu. Terjongket sedikit keningnya tatkala terdapat kesan debu di jarinya itu. Safrina tiup sedikit kesan debu itu.
"Haaachom!"
Wanita itu menggosok hidung yang berasa gatal. Kebanyakkan perabot di rumah itu sudah berhabuk. Dia menghela nafas. Patutkah dia menjual rumah ini? Lagipula, tiada siapa yang mahu tinggal di sini lagi.
Matanya mula meliar melihat kawasan rumah itu. Teringat pula percakap dirinya dengan sang suami malam semalam.
"I feel sorry to say this, but you need to quit study." Safrina yang sedang asyik menonton television kaku seketika. Wajah kacak itu dipandang. Siaran di objek petak itu tidak lagi menjadi tumpuannya.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...