Special Chapter

11.3K 513 35
                                    

Safrina duduk di atas bangku perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Safrina duduk di atas bangku perlahan-lahan. Perutnya yang buncit diusap. Mata memerhati ke arah dua gerangan yang berada tidak jauh darinya. Bibir menguntum satu senyuman kecil. Melihat suaminya yang sabar melayan karenah anak perempuannya yang semakin hari, semakin banyak akal.

"Lia... Be careful. Jatuh nanti kang." Lembut suara Adam menegur Adelia yang sedang gembira bermain gelongsor kecil di taman itu. Adelia kini sudah mencecah tiga tahun. Dan anaknya itu sangat pandai membuatkan dirinya dan suami pening kepala.

"Lia!" Adam menekankan sedikit suaranya. Safrina pula menggelengkan kepalanya. Hampir luruh sahaja jantungnya tatkala melihat Adelia yang memanjat gelongsor itu. Sudah lah gelongsor itu licin.

"Kan papa dah cakap. Main elok-elok." Badan Adelia yang meronta di dalam dukungan di biarkan. Kaki Adam menapak pantas ke arah Safrina dan anaknya yang berada di dalam dukungan diletakkan di bawah.

"Hey..." Lembut Adam memaut dagu si kecil. Adelia menjeling lantas melarikan pandangan daripada melihat papanya. Adam senyum kecil. Dah pandai merajuk.

"Papa risau awak jatuh nanti. Bila jatuh, you will get hurt."

"Awak nak masuk hospital lagi macam dulu?" Adam mengingatkan kejadian Adelia memasuki hospital beberapa bulan yang lepas. Adelia di masukkan ke dalam wad untuk tiga hari akibat kepalanya yang sedikit terkoyak.

Buas sangat sehingga jatuh tangga. Sudah berkali-kali Adam pesan. Apabila hendak menuruni tangga, kita kena fokus tengok tangga. Jangan main-main. Kan dah jatuh.

Adelia geleng kepala laju. Lantas tangan kecilnya melingkari leher papanya. Adam senyum lantas memeluk anaknya. Adelia kemudiannya diangkat dan didudukkan ke atas ribanya.

"Bagus anak mama dengar kata." Kepala Adelia diusap penuh kasih.

"Of course, mama. Lia is a good gurll." Petah Adelia menjawab membuatkan Safrina ketawa sedikit. Keyakinan dalam diri Adelia ini adalah datang dari DNA Adam ya. Berlagak apabila bercakap.

"Mama, is Aidan good?" Tangan kecil itu memegang perut mamanya. Membulat matanya apabila tangannya merasakan satu tendangan. Safrina senyum melihat reaksi teruja anak perempuannya.

"Mama! He's kicking. My little brother is kicking!" Teruja suara itu berkata. Adam yang melihat Adelia terus mencubit pipi gebu Adelia geram. Adelia ketawa. Suka!

"I can't wait to see you, adik Aidan."  Safrina mengerutkan kening apabila tendangan di dalam rahimnya terasa sedikit kuat dari biasa. Safrina senyum. Nampaknya, Aidan juga tidak sabar ingin berjumpa kakaknya.

"Mama, balik. You look tired. Come... Come...  Mama can't be so tired. Kalau tak, mama cakit... No. No. Mama cannot sakit sakit. Lia tak cuka." Kata Adelia dengan keningnya yang berkerut. Dia turun dari peha papanya dan tangan kiri papanya di tarik. Tangan sebelahnya pula menarik tangan kanan Safrina.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now