𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓲𝓽𝓽𝓵𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓻𝓸𝓽 • 5

8.7K 737 21
                                    

Safrina senyum lantas kerusi berhadapan Adam ditarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Safrina senyum lantas kerusi berhadapan Adam ditarik. Dilihat wajah dingin yang sedang menikmati minumannya. Dia tersenyum nipis melihat wajah dingin itu. Jika lelaki ini tersenyum, pasti wajahnya kacak.

Perasan akan tenungan gadis ini, Adam berdehem perlahan membuatkan gadis itu tersentak.

"It's late already. Kenapa kau tak balik lagi?" Soalnya berbasa basi. Ingin menghilangkan kesunyian antara mereka. Kelihatan oara pekerja semakin berkurang. Mungkin cafe ini sudah mahu tutup.

"Saya kerja lebih harini. Nak dapat duit lebih. Kalau tak, nanti saya nak hidup macam mana?" Dia menuturkan ayat yang boleh meraih simpat sesiapa yang mendengarnya. Adam mengangkat sebelah keningnya. Gadis ini sebatang karakah?

"Mak bapak kau tak marah balik lewat?" Jam sudah menjangkaui sepuluh malam. Tidak lewat bagi lelaki sepertinya, akan tetapi agak lewat untuk gadis di hadapannya. Kelihatan Safrina jongket bahu.

"Ibu saya dah lama meninggal. Waktu saya 14 tahun. Ayah saya pula lagi suka kalau saya pulang lewat semata-mata nak cari wang." Untuk bayar hutang-hutang. Namun, hanya mampu diungkapkan di dalam hati sahaja. Adam melihat wajah gadis itu. Kosong. Bagai tiada perasaan.

"What kind of father he is? Dia sebagai orang ayah yang patut pulang lewat sebab nak cari duit. Not his child!"  Safrina jongket bahu. Itu yang sepatutnya. Tanggungjawab sebagai seorang bapa yang mempunyai seorang anak perempuan. Namun, bapanya tidak seperti itu. Malas menjawab persoalan, dia hanya diam.

Adam pula hanya melihat wajah itu. Dia berkemungkinan hubungan beranak ini tidak seberapa baik. Biasalah dalam keluarga, pasti akan ada perkara yang membuatkan diantaranya bergaduh sesama sendiri. Tidak antara adik beradik, antara ibu-bapa dan anak. Begitulah hakikat yang perlu diterima.

Namun, pergaduhan tidak akan berlaku jika masing-masimg mengalah. Sebaiknya, ibu bapa yang perlu beralah. Mereka boleh sahaja bertanya anak-anak mereka dari aspek perasaan, masalah dan lain-lain.

Kebanyakkan ibu bapa memikirkan bahawa anak anak lah yang perlu memahami mereka, namun sebaliknya. Ibu-bapa juga perlu memahami anak-anak mereka dari pelbagai aspek. Disebabkan itu, ramai anak yang suka memberontak.

Adam menggelengkan kepala tatkala fikirannya semakin jauh. Boleh pula terfikir bagaimana cara nya untuk memahami perasaan anaknya kelak. Dia tidak mempunyai keinginan untuk mempunyai apa-apa hubungan sekarang. Apatah lagi untuk mendirikan masjid.

Masing-masing diam melayan perasan. Safrina menjeling Adam dengan ekor matanya. Keadaan canggung dengan situasi kini. Safrina cuba mencari topik untuk dibualkan. Nasib baik, dia seorang yang extrovert.

Mudah untuk berkomunikasi...

"Saya ada nampak muka encik di Internet. Tak sangka encik pemilik hotel yang mahal tu." kata Safrina memecahkan sunyi. Adam angkat kepala sambil tersenyum senget.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now