"Sha dah balik Malaysia dah." Terjongket kening Safrina apabila mendengar penyataan yang terbit dari bibir Ily di dalam talian. Safrina diam. Otaknya masih memproses apa yang didengarnya tadi.
"Repeat please."
"Sha dah balik Malaysia."
"Dah kerja dah pun."
"Setan punya kawan. Balik Malaysia tak bagitahu. " Safrina hanya diam mendengar bebelan sahabatnya. Bibirnya mengukir senyuman manis. Nampaknya kawan rapat nya sudah pulang ke tanah air.
"Kau tahu bila ni?" Tanya Safrina sambil tangannya menggentel lembut rambut lebat suaminya. Adam sedang elok baring pada peha Safrina. Selepas selesai solat sunat selepas isya', Adam terus merehatkan kepalanya di atas peha Safrina.
Selepas beberapa minit, terdengkar dengkuran halus oleh Adam. Lelaki itu sangat sibuk akan kerja nya. Kadang kala, Adam juga telat pulang ke rumah. Pernah satu hari, Adam tertidur di pejabatnya dengan kepala yang elok diletakkan di atas meja pejabatnya.
Safrina risau namun Eiman menyuruhnya bertenang. Eiman sudah agak bahawa Adam mungkin tertidur di pejabat. Adam seorang manusia yang sangat komitmen akan kerjanya. Oleh itu, dia jadi sebegitu.
"Saf, kau dengar tak ni?" Safrina tersedar dari lamunannya. Dahi Adam dikucup kejap sebelum dia menyahut kata kata Ily.
"Sorry, kau kata apa tadi?" Ily merengus di dalam talian. Apa yang dibuatnya Safrina sehingga wanita itu tidak mendengar percakapannya sebentar tadi?
"Aku hantar email pada dia. Lepas tu, dia terus call aku. Pakai nombor Malaysia. Dia bagitahu aku yang dia balik sini dah sebulan. Dah kerja lagi." Terangguk angguk Safrina mendengar penjelasan Ily.
"Dia kerja dekat mana? Amboi, minah salleh celup tu. Senyap-senyap buat kerja." Safrina ketawa kecil dihujung bicaranya. Ily juga turut ketawa.
"Dia kata dia jadi pengurus hotel. Bukan pengurus sangat pun, bawah sikit. Tapi aku tak sempat tanya hotel mana. Dia kata dia berkenan dekat sorang mamat ni. Orang besar hotel tu."
Senyuman Safrina melebar. Kepalanya digelengkan perlahan. Tangan beralih mengusap lembut wajah lelaki itu.
"Ingat belajar di UK, dapat lah mamat salleh sorang. Alih-alih, lelaki melayu pula jadi pilihan." Kata Safrina lucu. Ily ketawa kuat. Ternyata Ily juga setuju akan penyataannya tadi. Kawannya yang satu itu cantik. Kalau dia mengorat lelaki di sana, sudah pasti akan tersangkut.
"Little parrot. What time is it now?" Safrina tunduk apabila dia mendengar suara serak basah itu. Mata Adam terbuka sedikit melihat wajah Safrina.
"Aku letak dulu. Assalamualaikum." Tanpa membuang masa, panggilan di matikan. Telefon diletakkan di tepi. Jarinya naik mengusap dagu Adam.
"Sebelas. Lepas isya' tadi abang tertidur atas peha Rin." Terus sahaja lelaki itu bangun dari pembaringannya. Tangannya menyentuh lembut peha wanitanya.
"Abang minta maaf. Mesti lenguh kan?" Safrina geleng kepala menafikan kata kata Adam. Dia senyum lembut ke arah Adam. Wajah lelaki itu masih lagi mengantuk. Lihat sahaja pada mata lelaki itu yang sudah memerah. Wajahnya juga tampak kurang bermaya.
Adam angguk lantas bangun menuju ke katil bersama isterinya. Lantas mereka berdua baring dalam keaadan saling berhadapan. Mata Adam sudah terpejam rapat.
"Jangan kerja kuat sangat, abang. Nanti abang tak cukup rehat." Lembut Safrina menasihati suaminya. Entah dengar atau tidak. Adam membuka kejap matanya sebelum kembali tertutup.
"Hm."
"Tidurlah. You look so exhausted."
"Hm."
"Rin cintakan abang." Bisik Safrina lembut. Adam senyum nipis. Matanya dibuka untuk melihat wajah cantik isterinya. Mata Safrina turun melihat pergerakan bibir Adam.
I love you even more.
Safrina senyum bahagia.
To be continued...
May Allah bless you guys.
100+ votes for next chap.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...