Adam tidak menghiraukan makanan di hadapannya malah dia ralit merenung isterinya yang sedang berselera menikmati nasi goreng seafood nya. Matanya jatuh kejap pada dua ekor udang yang masih lagi berkulit.
Lantas satu persatu kulit udang itu dibuang dan dikembalikan pada pinggan Safrina. Wanita itu hanya senyum dan memotong udang itu kecil kecil untuk dimakan bersama sesuap nasi.
Mata bulat itu terpejam. Safrina mengidam nasi goreng seefood pada pukul tiga pagi tadi. Namun, Adam berasa amat lelah. Mujur sahaja isterinta mengerti dan sambung tidur.
"Is that delicious?" Safrina hanya angguk. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Adam terus mengambil air teh ais milik Safrina dan dihulurkan pada wanita itu. Cepat wanita itu menghirup airnya menggunakan straw.
"Slowly, little parrot. Kan dah nak tercekik tu."
Safrina sengih dan tidak lama kemudian pinggannya sudah kosong. Mata bulat itu melihat pula ke arah nasi goreng seefood milik Adam yang tidak bersentuh.
Adam menolak perlahan pinggannya. Safrina senyum lebar. Adam tahu isterinya mahu makanannya. Lihat saja mata bulat bersinar itu.
"Eat."
Adam kembali merenung wajah cantik itu.
"Rayyan ada lantik penolong setiausaha baru untuk abang." Kata Adam apabila melihat Safrina yang sedang bersandar pada kerusi. Tangan halus itu menggosok perlahan perutnya. Kenyang barangkali.
"Perempuan. Seksi." Kata Adam lagi. Safrina melihat wajah Adam tanpa reaksi.
"Kenapa abang Ray lantik penolong baru untuk abang?" Adam angkat bahu. Dia juga tidak tahu mengapa. Tapi, dia sudah tukarkan gadis itu di bahagian lain. Dia tidak memerlukan penolong setiausaha buat masa kini.
"Tapi, dia macam nak ngorat abang. Selalu je tengok abang. Seram." Adu Adam. Safrina ketawa kecil.
"Biarlah dia. Tak triggered pun. Rin trusts you." Adam senyum. Dia bersyukur apabila isterinya memepercayainya. Dan dia tidak akan sesekali memusnahkan kepercayaan isterinya.
Tentang Mya juga sudah lama tidak keluar dari bibir isterinya selepas kejadian Henry tempoh hari. Adam pula malas hendak membuka mulut jadi biarkan sahaja kehilangan Mya itu.
Ada sahaja keluarga Mya yang mencari, namun tidal lama kemudian, semuanya diam. Mungkin sudah tidak ambil tahu.
"Abang cintakan Rin kan?" Tanya Safrina apabila melihat Adam yang hanya tersenyum. Adam mendekatkan dirinya dengan Safrina.
"Of course. I love you and I really do, little parrot." Bisik Adam tepat di hadapan wajahnya. Safrina tunduk malu. Adam ketawa kecil. Comel melihat isterinya yang sedang malu-malu.
"ty krasivyy."
Safrina merenung anak mata coklat gelap Adam.
"You are beautiful."
【 ♛︎ 】
Erysha mengetuk mejanya menggunakan pen hitam yang berada di tangannya. Matanya melihat ke arah pintu bilik pejabat tuannya. Hembusan nafas dilepaskan berat.
Seminggu. Sudah seminggu dia bekerja di sini. Bukan sebagai pembantu peribadi Adam, tetapi sebagai kerani di hotel ini. Adam menukarkan jawatannya.
Dan selama seminggu, Adam tidak melayan karenahnya. Erysha garu batang hidungnya. Kenapa dia tak layan aku? Dia dah ada awek ke?
Tapi kalau dia dah awek, kenapa pekerja dekat sini tak ada cerita pasal awek dia?
Erysha yakin Tuan Adam single sekarang. Gadis yang baru sahaja pulang daripada Amerika Syarikat ini memang tidak tahu berita tentang Adam. Lelaki itu adalah salah satu jutawan yang sangat terkenal di Malaysia.
Namun, maklumat peribadi milik lelaki itu amat dijaga dengan rapi. Tidak ramai yang tahu akan maklumat Adam dan juga keluarganya. Disebabkan oleh itu, Erysha tidak mengetahui bahawa Adam masih single atau tidak.
"Selagi I tak jumpa bukti yang you dah ada seseorang istemewa, selagi tu I akan kejar you."
"Tapi, kalau you dah ada seseorang, I back off."
Dia bukanlah gadis jahat yang apabila mahukan seseorang, dia akan berbuat apa sahaja untuk dapatkan dia. Dia juga seorang perempuan. Dan dia tahu betapa peritnya orang yang kita sayang dan cinta dirampas.
Erysha mengeluh lagi.
"I harap bahawa you betul betul single." Bisik Erysha. Mata melihat pula ke arah komputer di hadapannya. Kini masa untuk fokus akan kerja.
To be continued...
Bye!
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...