Adam menghantar isterinya ke mansion milik Firash kerana dia tidak betah meninggalkan isterinya keseorangan di rumah. Mulut Safrina yang memuncung itu di cuit geram. Muncung-muncung. Cium karang!
"Abang tinggal sayang dekat sini kejap ya? Sayang boleh main dengan babies." Safrina diam. Matanya tidak memandang Adam. Lelaki itu mengeluh perlahan sebelum matany tertancap pada wajah cantik Farren.
"Mel tengokkan dia ya. Sejak mengandung ni, makin pelik perangai." Kata Adam. Berharap Farren akan memerhati kelakuan Safrina. Pagi buat sebelum subuh tadi boleh dia berguling-guling di pasir belakang villa. Luruh jantungnya. Sudah lah langit masuh gelap.
Semalam dia yang kata, bangun nanti abang takde dia nak lari. Ini Adam bangun isteri hilang ke mana. Mahu terhenti degup jantungnya. Farren ketawa sembari menjatuhkan wajahnya.
Dahi Safrina dikucup lantas tangan lembut wanita itu diambil dan dibawa ke bibirnya. Dia mencium lembut kekura tangan isterinya. Tangan mengusap lembut rambut isterinya. Mata memandang sang isteri penuh cinta.
"ya lyublyu tebya, malen'kiy popugay." (I love you, little parrot.) Bisik Adam lembut sebelum meninggalkan isterinya. Kereta Porsche hitam itu mula meluncur laju keluar dari kawasan mansion milik Firash.
Mata Adam dikerling ke cermin hadapan kereta. Melihat isterinya sebelum dia benar-benar pergi. Berat hati mahu meninggalkan isterinya yang sedang mengandung 65 hari itu. Dia menghembus nafas berat.
Beberapa hari ini dia terasa akan sikap wanita itu. Namun, dia biarkan perasaan ini. Dia tidak mahu isterinya mendapat dosa kerana itu.
"Abang sentiasa maafkan isteri abang."
【 ♛︎ 】
Adam meluru ke arah lelaki yang duduk melutut dengan tangan yang diikat ke belakang. Mark Alvin dan Edwrd ialah orang kanan Firash yang paling berguna juga turut membantu.
Firash kata, "Mark dengan Edward biul sikit. Tapi dia berguna. Jadi, aku suruh diorang tolong kau untuk selesaikan masalah ni."
Mark memandang wajah bengis Adam. Mark jongket bahu. Malas hendak memberitahu hal sebenar, Mark dan Edward membiarkan Adam membelasahi lelaki itu apabila lelaki itu diam tidak menjawab soalannya. Eiman juga diam.
"Are you deaf? I'm asking you, so answer me!" Suara itu kuat memetir sehingga bergena ruang bilik gelap itu. Adam naik angin apabila lelaki iti masih diam.
Buk!
Buk!
Buk!Pecah bibir itu akibat Adam. Adam pelik kerana lelaki ini langsung tidak menjerit. Adamd uduk mencangkuk dan rahang lelaki itu diketap kuat. Lelaki itu mengerang sakit dan membuka sedikit mulutnya. Adam tergamam. Wajah lelaki itu dilepaskan dengan kasar.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...