𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓲𝓽𝓽𝓵𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓻𝓸𝓽 • 37

7.6K 436 23
                                    

Adam mengjongketkan keningnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adam mengjongketkan keningnya. Namun tangannya masih menyabut huluran salam dari lelaki itu.  Ini adalah lelaki yang berjumpa Safrina tempoh hari.

"Aqil." Dia memperkenalkan dirinya tatkala dia tahu akan reaksi Adam itu. Dia senyum nipis. Hatinya berasa gementar ingin bertentang mata dengan lelaki ini.

"Aku orang kegunaan Mya. She used me to get you back. Petang tu, aku bagitahu isteri kay tentang rancangan Mya dan malam tu, aku yang tolong tempah bilik untuk Mya selesaikan masalah dia. Tapi---"

Buk!

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, wajah Aqil di tumbuk kuat. Tangannya naik ingin menumbuk lagi, namun Safrina cepat menghalang. Terkejut dirinya tatkala melihat wajah Aqil yang ditumbuk itu.

"What are you doing?" Tekas suara itu. Habis semua mata yang berada di situ melihat mereka. Matanya mencerlung tajam ke arah Adam. Melihat lelaki itu mengeraskan rahang membuatkan badannya menggigil sedikit.

"You should thanks him. Kalau dia tak bagitahu saya, awak mesti dah tidur dengan perempuan itu!" Marah Safrina lagi. Adam ketawa sinis apabila isterinya menyebelahi lelaki lain.  Jiwa lelakinya berasa tercabar.

"Kalau dia tak bagitahu Rin sekalipun, I will never ans ever sleep with that girl! Abang bawa Firash dan Eiman malam di mana abang bertemu Mya." Balas Adam. Bibirnya diketap menahan marah.  Safrina diam tidak menjawab.

Dia menghiraukan lelaki itu dan melihat wajah Aqil. Nasib baik hanya ditumbuk sekali. Lebam sudah pada pipi lelaki itu.

"I'm sorry. Mya macam mana?" Lembut Safrina bertanya. Aqil geleng kepala perlahan. Salah dia kerana mencintai wanita yang berperangai kalah setan.

"Dia gugurkan anak yang kami. I warn you guys. Mya rancang banyak benda lagi untuk dapatkan kau. Dia juga mungkin tak teragak-agak hendak membunuh isteri kau."

"Aku minta maaf. Aku pergi dulu." Pamit Aqil lantas meninggalkan Adam dan Safrina. Safrina melihat kembali ke arah Adam.

"M-mya rancang pada malam tu, dia nak tidur dengan awak. Dan--" Safrina ketap bibir tidak mahu menghabiskan kata-katanya. Wajah Adam yang serabut itu dipandang sebelum dia meninggalkan Adam. Kaki melangkah menuju ke kereta dan dia masuk ke dalam kereta.

Kepala disandarkan pada seat kereta. Rasa mual dan pening semakin bertambah. Dia baru sahaja ingin menikmati char kuew teaw. Hilang selera makannya gara gara Adam.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta. Tanpa banyak bunyi, kereta terus meluncur laju di atas jalan raya menuju ke villa nya.

Sebaik sahaja sampai di villa, Adam dan Safrina terkejut apabila melihat asap berkepuk kepuk dari arah taman bunga milik Safrina.

Anak-anak buahnya kini kalu sedang memadamkan api yang marak itu. Safrina buntang. Taman bunganya.

Kemudian, setelah api terpadam Safrina mengikuti Adam menuju ke arah taman bunga itu. Habis pokok-pokok tumbuhannya terbakar. Bunga-bunga kegemarannya juga menerima nasib yang sama.

C | His Little ParrotWhere stories live. Discover now