( You better listen to All I want by kodaline while reading this. )
Tit.......
Panjang mesin itu berbunyi. Adam yang baru sahaja selesai solat malam terus mengangkat sejadahnya dan dilemparkan ke atas sofa. Lekas dirinya menuju ke arah isterinya yang masih terlantar di katil hospital. Penggera kecemasan ditekan berulang kali beserta suaranya menjerit memanggil doktor. Bunyi mesin dan melihat Safrina yang seakan sesak nafas di dalam komanya membuatkan dia resah. Air mata lelakinya jatuh.
"No, no. Please, little parrot. You can't do this to me."
Doktor datang dengan beberapa orang jururawat. Salah seorang jururawat itu menarik lengan Adam keluar dari wad itu. Adam disuruh tunggu di luar. Kakinya melemah lantas dia jatuh terduduk.
Ya Allah, Ya Tuhanku, tolong selamatkan isteriku. Permudahkan segala urusannya.
Badan disandarkan pada dinding hospital. Telefon yang berada di dalam kocek seluarnya di ambil. Lantas dia menghubungi seseorang.
"Ray, is-isteri aku." Dia merintih di dalam talian.
【 ♛︎ 】
Firash berlari ke arah Adam yang masih lagi mengalirkan air mata. Terus sahaja Firash memeluk sepupunya. Adam menangis di bahu Firash.
"Tak. Isteri aku tak boleh tinggalkan aku." Firash menepuk bahu Adam memberi kekuatan. Ini adalah kali pertama dia melihat Adam menangis seteruk ini selepas ibunya meninggal dunia akibat dirogol secara bergilir-gilir.
"Jangan risau. Everything is going to be alright. Doa banyak-banyak. Allah Maha Mendengar." Kata Firash berharap lelaki itu terus kuat. Sudah dua kali, jantung Safrina berhenti. Dia juga turut risau.
Safrina sahaja yang cedera teruk sewaktu kemalangan manakala Adam dan Eiman hanya cedara. Tangan kanan Aiman patah manakala kepala Adam terhentak menyebabkan Adam terlantar di katil selama seminggu. Selepas seminggu, Adam seperti orang hilang siuman apabila mengetahui isterinya berada dalam keadaan koma.
Adam duduk sambil menggigit bibirnya. Kakinya tergerak-gerak akibat risau. Firash juga duduk di samping lelaki itu. Tidak mahu meninggalkan Adam seorang diri. Adam mungkin akan kehilangan semangat jika dia berseorangan.
Tidak lama kemudian doktor keluar dari wad Safrina. Adam terus bangun dan mengampiri doktor itu. Dengan risau dia bertanya adakah keadaan isterinya baik-baik sahaja. Doktor tersenyum nipis.
"Alhamdulillah. Isteri Tuan Syed okay. Tidak lama lagi, dia berkemungkinan akan sedar. Tuan Syed doa banyak-banyak pada Tuhan." Adam menghela nafas lega. Terima kasih, Ya Allah.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...