Safrina tersenyum sendiri di hadapan cermin yang sudah terbelah dua di dalam biliknya. Cerminnya hampir pecah kerana pergelutan antara dirinya dan ayahnya. Hanya kerana duit. Tidak mengapa, nanti dia akan membeli cermin yang baharu.
Laptop yang disorokkan di bawah katil di ambil lalu diletakkan di dalam beg galasnya. Dia tidak boleh meletakkan laptop nya di merata tempat. Risau jika bapanya mengambil lalu menjualnya. Sudah lah dia membeli laptop itu menggunakan duit kerjanya. Hasil OT bekerja di Cafe lagi.
Kalau bapanya menjual, assignment nya macam mana? Tak boleh. Dia tidak akan membenarkan perkara itu terjadi. Safrina senyum nipis tatkala membelek mukanya sekali lagi. Setelah berpuas hati, Safrina membuka langkah keluar dari rumah kecil itu lantas kakinya menapak menuju ke Universiti nya. Agak jauh, tapi tidak mengapa.
Senaman. Dia tidak mempunyai wang cukup untuk menaiki grab ataupun teksi. Safrina lebih rela berjalan kaki.
"Saf!" Lantas kepalanya menoleh ke arah empunya suara. Bibirnya menarik satu senyuman manis. Bulat matanya melihat sahabat nya yang satu itu.
"Morning, beautiful Ily Natasha." Tegur Safrina dengan suara yang ceria. Rambutnya yang serabai diselitkan di telinga. Angin terlampau kuat menyebabkan rambutnya terjuntai dari ikatan.
"Cantik kau selit rambut dekat telinga. Nasib baik aku lurus." Usik Ily. Safrina ketawa lantas memukul perlahan bahu sahabatnya.
"Lima minit lagi, Sha. Kau tak nak masuk kelas? Nanti prof marah." Kata Safrina menyedarkan Ily yang sedang galak ketawa. Ha, ketawa sakan! Kelas jangan dilupa!
Ily tersentak lantas tangan Safrina ditarik menuju ke kelas pagi. Safrina hanya menggelengkan kepala. Tahu kalut.
【 ♛︎ 】
Safrina tersenyum puas tatkala rakan sekuliahnya memberi tepukan yang gemuruh setelah habis pembentangannya tadi. Berpeluh tangannya.
"You did your best, Adelaide. Now, I hope you can do much better in future as this is your last sem of degree." Kata Prof nya sambil tersenyum manis. Safrina menjatuhkan kepala nya perlahan. Suka apabila dipuji begitu.
"Okay, class. Siapkan tugas yang saya bagi harini. Saya ada kerja yang perlu dilakukan. Minggu depan, I want all of you to send me your task. Understood?"
"Yes, sir!"
"Excuse me." Serentak mereka semua berpaling ke arah suara garau itu. Kelihatan prof sedang tersenyum manis, namun lelaki itu masih mempamerkan riak wajah bengis. Safrina berkerut melihat wajah garang itu.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romantizm"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...