Seminggu. Dalam masa seminggu, dia cuba mengumpulkan semua kekuatan. Buku lali yang terseliuh sudah sembuh sepenuhnya. Tulang belakangnya pula hampir sembuh namun masih berasa sakit sedikit. Safrina mengorek senyuman nipis. Wajah pucat dan cengkungnya di lihat dari dalam cermin.
Buruk dah aku. Desis hati Safrina. Tangan naik mengusap pipinya. Tidak mengapa. Semuanya akan berakhir. Jam di dinding dikerling. Sudah lapan malam. Kaki melangkah perlahan keluar dari bilik tidurnya. Dengan kaki yang menggigil sedikit, Safrina menuruni anak tangga perlahan-lahan.
Kedengaran suara ketawa bahagia Mya sebaik sahaja kakinya menapak ke arah dapur. Nafas ditarik dalam. Mata dipejam seketika sebelum dia memasuki dapur itu. Mata meliar di kawasan dapur itu. Tiada apa yang berubah. Masih sama. Cuma yang sedang bermesra di dapur bukan lagi dirinya dan suami.
Kelihatan suaminya sedang memeluk Mya dari belakang. Kelihatan bercahaya dari wajah tampan itu. Safrina kemam bibir. Air mata cuba ditahan dari menyempah bumi. Mya ketawa tatkala Adam menggeselkan wajahnya pada leher Mya. Tangan wanita itu laju menyusun ayam ayam yang sudah elok di potong di dalam pinggan.
Safrina berdehem perlahan. Serta-merta suara bahagia mereka berdua terhenti. Adam segera meleraikan pelukan namun pantas di halang oleh Mya. Tangan Adam ditarik supaya diri lelaki itu memeluknya semakin erat.
"Oh, hai Saf!" Ceria suara manja itu menyapa.
"You turun dalam masa yang tepat. Jom makan sekali. I buat chicken chop for dinner." Ajak suara itu. Safrina jatuhkan kepalanya tanda setuju.
"Sayang, you tolong I susun makanan ni dekat meja makan ye." Adam angguk lantas pinggan yang berisi potongan ayam di ambil. Tiga pinggan juga turut diambil dan kaki laju menapak ke meja makan. Mata tidak beralih dari memandang Safrina.
"You duduk lah." Mya cuba menarik tangan Safrina namun wanita itu menepis lembut. Bibir sedaya upaya diukir untuk senyum.
"Pergilah dulu. Nanti saya datang." Dingin suara itu berkata. Kaki meninggalkan Mya dan menuju ke arah peti ais di hujung dapur. Pintu peti ais dibuka lantas satu tupperware berisi air kosong diambil. Cawan yang disusun kemas di rak diambil.
Air dituang di dalam cawan itu. Safrina duduk mencangkung. Basmallah dibaca lantas air kosong itu diteguk rakus. Kosong. Tiada satu pun titisan air di dalam cawan kini. Mata memandang kosong cawan itu. Tangan juga mengenggam cawan erat.
Safrina geleng sedikit kepala lantas membasuh cawan tersebut. Dirinya berjalan perlahan menuju ke arah meja makan. Dirinya tersentak tatkala melihat Mya yang duduk di tempat biasannya duduk. Lagi perit apabila melihat kemesraan mereka dalam suap menyuap ayam. Bahagianya mereka.
Kerusi ditarik perlahan sebelum punggung dilabuhkan. Adam mengambil ayam dan meletakkan ayam itu di atas pinggan Safrina. Begitu juga kuah BBQ. Safrina senyum tipis tanda mengucapkan terima kasih. Sising baju tangan ditarik hingga ke siku. Tangan mula mencobek sedikit ayam dan dimasukkan ke dalam mulut.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...