"Got it."
Eiman tersenyum sinis. Mark hanya melihat. Dia juga turut tersenyum sinis. Adam mengetap bibir. Sudah agak dari awal siapa yang cuba melanggar Safrina. Buku limanya di kepal geram.
"Lepastu, kau nak buat apa?" Tanya Eiman sambil melihat wajah bengis itu. Adam senyum senget seraya menjongketkan keningnya. Eiman jatuhkan kepala. Dia tahu apa yang di fikirkan oleh Adam.
Telefon Adam ambil dan di dail nombor seseorang. Tidak lama selepas itu, talian bersambung.
"Hai Mya. I want to meet you this night." Tanpa aba aba Adam berkata. Lelaki itu tersenyum senget apabila mendengar suaraa teruja.
"Nanti I chat lokasi kita nak jumpa."
"Wait for me."
Adam mematikan panggilan. Dia bangun dan melangkah pergi.
【 ♛︎ 】
"Bila boleh keluar?" Tanya Safrina. Suara bersahaja tetapi wanita ini masih dingin. Adam pejam mata. Memikirkan rancangan bagaimana hendak menginsafkan Safrina. Ingat, hampir kena langgar ni dah insaf daripada jadi isteri derhaka.
Rambut Safrina diusap lembut. Wajah itu dipandang sayang.
"Esok pagi dah boleh keluar."
Safrina angguk. Lama masing-masing mendiamkan diri. Safrina hanya merenung jari jemarinya. Adam pula merenung wajah yang menunduk itu.
Safrina mengeluh. Dia sebenarnya dah tak mahu jadi dingin dengan Adam. Tapi, entahlah. Rasa sakit masih terasa. Lagi pula, Mya sekarang masih lagi bersemangat hendak dapatkan semula Adam. Dia risau. Risau jika rancangan Mya itu berjaya.
"Abang keluar malam ni. Kalau abang lambat, sayang tidur dulu." Kata-kata Adam mematikan lamunannya. Dia mengerutkan kening.
"Pergi mana?"
"Kerja."
Safrina angguk tanpa bertanya lebih banyak soalan. Adam senyum. Tangan naik mengusap perut Safrina.
"Assalamualaikum, sayang. Are feeling good today?"
Safrina senyum apabilaa Adam mula menyapa anak mereka. Perutnya terasa ditendang. Safrina semakin lebar tersenyum. Bayi di dalam kandungannya kini sudah aktif bergerak.
Mata Adam bersinar. Dia melihat wajah Safrina yang turut bersinar.
"Allah. He's kicking!" Safrina angguk lalu ketawa. Namun, tidak lama dahinya berkerut.
YOU ARE READING
C | His Little Parrot
Romance"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadi...