Tiga

598 7 0
                                    


3 hari tanpa sebarang teks, panggilan mahu pun bersua muka. Malam itu, Sarah berwajah serius menerima teks dari orang yang dirinduinya. 

'Sarah sibuk?'

'Tengah siapkan assignment' dia amat merindui Mirul.

'Jom makan, Mirul ambil' Sarah tersenyum, melompat keriangan. Dia tahu Mirul juga sedang merinduinya.

'Ok'Sarah teruja.

Makan malam itu agak kekok, biarpun ada perbualan, namun banyak kepada soalan dan jawapan sahaja, tiada perbincangan lanjut. 

'Malam ni balik rumah Mirul ya, jumpa dengan ibu'

'Kenapa jumpa ibu?' Sarah sedikit terperanjat sambil rasa teruja.

'Jom lah, kenal dengan ibu' 

'Ok'


Sesampai di rumahnya. Ibunya,Puan Huda sedang menonton televisyen. 

'Ibu, ni Sarah, yang Ucu ceritakan tu' ceritakan?Sarah terpinga-pinga

' Eh kau ni, bawa balik anak dara orang malam-malam. Bising maknya nanti. Meh Sarah duduk dulu meh' bebel Puan Huda sambil mempelawa Sarah duduk bersamanya.

'Dah kau pergi buat air, biar Sarah duduk dengan ibu.' 

'Kitorang baru makan la bu'

'Takde kau pergi buat air' Mirul ke dapur dengan muncung yang panjang.

Ramah Puan Huda berbual dengan Sarah. Terasa dialu-alukan kedatangannya. Benarlah Mirul dah kenalkan Sarah pada ibunya 

Yours, Her, MineWhere stories live. Discover now