'Fida, aku sayang kau' bisik Sarah di telinga Fida.
Sarah masih setia menunggu Fida bangun, menurut doktor, hentakan kepalanya pada cermin kereta membuatkan trauma di bahagian kepala Fida. Mujur topi kaledarnya dipasang rapi, maka traumanya tidak keterlaluan. Fida mengalami luka-luka dan tangan kirinya patah. Namun Fida masih belum sedarkan diri.
Pn Huda tiba bersama Mirul. Risau melihat keadaan Fida. Keluarga Fida juga tiba di hospital. Dini, Asyraf, Bryan dan Effa juga berada di hospital. Esakan tangis Dini masih bersisa, dia tahu, dia lah punca segala ini berlaku. Mereka bergilir-gilir melawat Fida. Masih tiada tanda-tanda Fida akan sedar,namun keadaannya stabil.
Sarah memohon diri kerana dia perlu menghadiri kuliah. Mereka ada berbincang untuk bergilir-gilir menjaga Fida hingga Fida sedar dan dibenarkan pulang. Akhirnya Dini menawarkan diri untuk menjaga Fida sepenuh masa di hospital. Semua setuju memandangkan Dini paling rapat dengan Fida. Ibu Fida mahu menukar Fida ke hospital berhampiran dengan rumah mereka di kampung, namun Dini merayu-rayu untuk membenarkan Fida dijaganya di situ. Akhirnya ibunya beralah bila melihat kesungguhan Dini.
****
'Hmmmm' bunyi keluhan tidak puas hati yang kedengaran di kotak suara Fida.
'Fida, bangun sayang' Dini memujuk.
Mata Fida berkedip-kedip namun tidak mencelik, dia cuba untuk membuka mata, terasa sengal di keseluruhan badannya. Matanya terbuka sedikit, nampak imej Dini dihadapannya. Dia cuba pejam lagi dan membuka matanya lagi. Masih imej yang sama.
'Pergi!Aku benci kau!' pekik Fida bila dia yakin imej di hadapannya itu jelas, jururawat datang segera menghampiri. Dini diminta beredar sementara mereka memanggil doktor dan memeriksa dan memastikan Fida stabil.
Dini menangis, dia keluar menunggu di luar. Dia mendail dan bercakap di telefon. Beberapa jam selepas itu Sarah datang ke hospital bersama Mirul. Dini telah tiada di situ. Mereka bertanyakan jururawat di kaunter, jururawat mengesahkan Fida telah sedar namun diberi sedatif dos rendah untuk menenangkan Fida. Sarah memilih untuk menemani Fida sehingga keadaan pulih. Mirul akur dan pulang.
Tiga hari Fida di hospital, keadaannya semakin stabil, dia telah sedar sepenuhnya. Pn Huda menawarkan agar Fida berehat di rumahnya namun Fida memilih untuk duduk bersama Sarah. Kyra juga tidak kisah kehadiran Fida di rumah mereka. Dini ada cuba untuk berhubung dengan Fida. Namun tidak diendahkan oleh Fida. Fida juga telah awal-awal mengingatkan Sarah dia tidak mahu diziarahi oleh sesiapa. Sarah cuba menuruti biarpun dia mengasihani Dini.
Pn Huda tetap melanggar larangan Fida. Acapkali dia ke rumah Sarah untuk bertemu Fida. Fida tidak membantah, walaupun arahannya secara generalisasi, namun dia lebih berfokus kepada Dini. Dia amat membenci Dini ketika itu. Dia tidak mampu memaafi Dini lagi.
YOU ARE READING
Yours, Her, Mine
RomanceCinta itu perlu dipupuk dari hati yang tulus,bukan dari rasa simpati