Dua puluh dua

342 3 1
                                    

'Mirul dengan Kyra....' Sarah meraung di bahu Fida.

Fida memeluk erat Sarah, dia tidak tahu cara menenangkan Sarah. Dia berharap pelukannya mampu meredakan kekalutan minda Sarah.

**************

'Sarah, Mirul nak minta maaf' Mirul memulakan bicaranya dengan suara yang rendah.

'Mirul, benda dah lepas, tak de apa yang boleh kita buat, tapi Mirul masih terima Sarah kan?'

'Ya Sarah, tapi....ada perkara lain lagi' Mirul cuak melepaskan kata-kata.

'Tapi? Mirul nak tinggalkan Sarah?' ayat tapi itu benar-benar buat Sarah rasa tidak selamat.

'Eh bukannn....cuma Kyra...'lambat-lambat Mirul meluahkan kata.

Perbincangan mengenai Kyra bermula, Mirul amat mengharap penerimaan Sarah seperti Kyra. Namun perbincangan kali ini lebih keras. Soalan dan hujah Sarah tidak terbalas. Akhirnya Sarah mohon menghantarnya ke kolej Fida.

*************

Sarah masih teresak-esak dibahu Fida, tiba-tiba pintu biliknya dibuka kasar. Fida dan Sarah terperanjat. Tidak pernah Effa berkelakuan begitu.

'Oooo....patut la kau dah kurang text aku, kurang call aku. rupanya dah ada perempuan lain ye' Dini meluru masuk ke bilik mereka dibontoti Effa yang tak sempat menghalang Dini menerjah ke bilik mereka.

'Eh Dini, apa ni?Sarahhh' suara Fida meninggi dia terperanjat dengah sergahan Dini. Sarah yang masih bersedih berlalu meninggalkan Dini dan Fida.

'Biadap, dahla perampas, boleh blah macam tu je'

'Dini' pekik Fida, mahu saja ditampar muka Dini. Tapi kewujudan Effa di situ membantutkan pergerakannya.

'Apa Dini Dini?Dah buat salah kau pekikkan aku pulak ye' tengking Dini membalas, kali ini Effa berlalu pergi tidak mahu terlibat.

'Dini, control suara awak tu, awak kat kolej saya ni, nanti satu bangunan dengar kecoh, felo cari nanti, tak memasal pulak' tegur Fida pada gelagat Dini.

'Sampai hati awak buat saya macam ni, awak tak sayang saya dah ke?' nada Dini mengendur, suaranya terketar-ketar melawan esak tangis.

'Awak salah faham Dini,Sarah tengah ada masalah dengan boyfriend dia, kalau iya saya nak duakan awak takkan terang-terang buat masa Effa ada, awak ni kan...' Fida merangkul Dini kemas. Dia terus menerangkan serta memujuk Dini. Akhirnya mereka berdamai.

Fida memohon untuk menelefon Sarah. Dini membenarkan dengan syarat dia berada di sebelah sepanjang perbualan berlaku.

Sesi kaunseling dengan Sarah juga berakhir dengan baik. Sarah kembali bertenang. Malam itu terasa amat panjang, Fida damai memeluk Dini.


Yours, Her, MineWhere stories live. Discover now