Dua belas

434 4 0
                                    

Mirul tahu kejadian malam itu adalah titik tolak dia perlu menerima Sarah sebagai pasangannya. Tapi dalam hatinya masih menyimpan harapan terhadap Kyra. Dia tidak membuang rasa itu, dia hanya menyimpan dengan kemas perasaan itu di hujung lubuk hatinya.

Kini hampir selang dua atau tiga malam dia akan bawa pulang Sarah ke rumahnya. Menikmati keenakan tubuh Sarah. Pn Huda tetap terus pura-pura tidak tahu aktiviti mereka berdua. Sekali sekala dia menasihati anaknya agar tidak mempermainkan Sarah. 

Hujung minggu itu, cuti yang panjang, Sarah tidak bercadang untuk pulang ke kampung. Dia ingin menghabiskan masa cutinya dengan Mirul. Mereka berdua ada perancangan ingin membawa Pn Huda bersama. Namun mereka enggan bocorkan rahsia mereka akan berkasih mesra. Jadi mereka cuba memujuk Fida untuk turut serta. Biarpun Fida tahu dia akan digunakan rakannya Sarah, dia tetap setuju. 

***********

'Ibu, ini Fida kawan Sarah yang pergi dengan kita' Mereka bersalaman bertukar pelukan.

'Cantiknya makcik' Fida memuji.

'Eh jangan panggil makcik kalau nampak cantik lagi, panggil kakak' pecah ketawa mereka.

Perjalanan mereka ke tempat peranginan itu hanya mengambil masa 2 jam. Dalam perjalanan banyak kisah yang diceritakan oleh Pn Huda. Pn Huda nampak selesa dengan semua teman Mirul. Fida pula rasa tenang kerana tidak bersama Dini waktu ini. Dia tahu Dini sibuk dengan teman lelaki baharunya. Dia benar-benar sakit hati memikirkan apa yang berlaku antara Dini dengan lelaki itu. 

Sarah tampak sangat gembira dalam trip itu, dia rasa Mirul telah berjaya diberkasnya. Dia senang sekali berkasih sayang dengan Mirul di samping restu dari ibu Mirul. Mirul pula tampak bersahaja senang dengan keadaan dan situasi begitu.

Selesai check-in Mirul menyerahkan kad akses pada ibunya.

'Ucu duduk dengan Sarah tau ibu' seloroh Mirul pada ibunya. Ibunya menjegilkan mata, Sarah tersengih-sengih, Fida tersenyum sinis. 

'Ni bilik ibu dengan anak-anak dara, Ucu sorang la ibu, janganlah serius sangat' kad akses disua, disambut ibunya.

'Kau ni gatal ye Ucu, ibu nikahkan kau baru tau' ngomel Pn Huda sambil mencubit lengan anaknya.

'Aduhhh, sakit la bu' Mirul menarik melarikan tangannya dari menjadi mangsa cubitan ibunya.

Seloroh anak-beranak itu berterusan hingga ke kamar masing-masing. Pn Huda masuk bersama Sarah dan Fida.

'Satu single 1 double, siapa nak tidur berdua?korang berdualah ye' Pn Huda menjawab persoalannya sendiri.

'Makcik tidur katil double kami berdua di katil single pun takpe' ujar Sarah berbasa-basi.

'Eh merepek betul korang ni, ada yang tidur lasak ke awak berdua?' soal Pn Huda.

'Sarah' sambil jari telunjuk Fida menghala ke Sarah, Sarah juga turut sama mengangkat tangan.

'Kau tidur katil single ye Sarah,' ujar Pn Huda. Laju Sarah mengangguk setuju.

Petang itu, setelah mereka bersiar-siar di kawasan sekitar, mereka singgah untuk makan malam. Kemudian masing-masing menuju ke bilik. Mirul dan Sarah minta izin ibunya untuk luangkan masa melihat keindahan malam bersama, Sarah akan menelefon Fida untuk masuk ke bilik nanti. Ibunya memberi izin. Kemudian Sarah dan Mirul berpisah dengan Fida dan Pn Huda.

Sesampai di kamar Pn Huda membersihkan diri, Fida terus menonton televisyen sementara menanti gilirannya menggunakan bilik mandi. Pn Huda keluar bilik air berkemban dengan tuala, gebu dada dan pehanya. Sungguh bentuk tubuh Pn Huda masih seperti wanita 30an sedangkan dia telah berusia 50an. Fida kekok, bukan dia tidak pernah melihat perempuan berkemban, Effa dan Sarah sering berkemban depannya, apatah lagi Dini memang selalu saja berdiri tanpa seurat benang di depannya. Fida terus mencapai tuala ke bilik air.

Selesai mandi, Fida keluar bilik air lengkap berpakaian, Pn Huda juga telah berbaju tidur, namun tekstur bajunya yang lembut menyerlahkan bentuk badannya dan buah dadanya, malah putingnya juga tertonjol dek tidak memakai bra. Fida curi-curi memandang ke arah dada Pn Huda. Geram juga bila kerap dipandang. Tapi dia membiarkan perasaan itu berlegar dimindanya sahaja. Dia menyemak telefonnya, tiada sebarang panggilan atau teks dari sesiapa. Terkenang dia pada Dini. Hebat betul permainan Dini, kalau kala ini isu ini dibangkitkan, pasti ada sahaja alasannya, pasti juga Fida yang akan dipersalahkan.

Dia malas ambil pusing, Fida melayari media sosial membunuh waktu sambil menanti matanya mengantuk. Dia tidak menunggu panggilan Sarah kerana teks ringkas Sarah dia akan pulang jam 3 pagi. Fida hanya perlu menetapkan penggerak jam 3 pagi untuk bangun membuka pintu pada Sarah. 

Bosan dengan media sosial, dia menoleh melihat Pn Huda yang tadinya sedang membaca novel. Rupa-rupanya pn Huda telah hanyut di alam mimpi. Fida menutup suis lampu, dia pun ingin tidur.


Yours, Her, MineWhere stories live. Discover now