Selesai Peperiksaan akhir semester, Fida berkemas untuk berpindah ke rumah dia menyewa dengan Dini. Sarah pula memilih untuk tinggal dengan Kyra. Kata sepakat telah ditemui. Fida selesa dengan Dini. Dini tak lagi sibuk dengan telefon, tidak lagi keluar tanpa pengetahuannya. Fida yakin Dini telah berubah, mungkin juga lelaki tempoh hari ada mempermainkan Dini. Fida tak ambil pusing, dia bahagia Dini bersama dengannya kini. Bryan yang sesekali mencuba nasib untuk berjumpa dengannya juga tidak dibalas, mesej dari Pn Huda juga tidak dihiraukan Fida. Dia bahagia dalam dunianya bersama Dini.
************
Hari ini, dia meraikan ulang tahun percintaan mereka. Mereka keluar ke bandar berhampiran. Mereka menghabisi masa dengan menonton wayang, makan-makan serta sibuk berfoto kenang-kenangan. Tanpa diduga suatu susuk tubuh menghampiri mereka.
'Fida' tubuh itu memegang kedua-dua pinggang Fida,serta-merta Fida berpaling menghadap empunya suara.
'Eh Bryan keciknya dunia, kenalkan my best friend Dini' sambil melepaskan diri dari tangan Bryan.
'Oh hai Dini, cantik lesung pipit you' Bryan memuji.
'Oh thank you' Dini tersenyum manis bila dirinya dipuji.
Perkenalan singkat itu berakhir di situ. Fida disoal bertubi-tubi mengenai Bryan, api cemburu Dini meluap-luap. Fida tidak keruan, dia tidak gemar situasi itu. Dia suka suasana damai dengan Dini, terasa bagai di kayangan. Fida mengambil pendekatan dengan tidak bersuara bila mana satu pun penjelasan tidak diterima Dini. akhirnya malam yang sepatutnya dihiasi dengan rasa bunga cinta, hanya dingin dengan suasana masing-masing bermasam muka.
***********
Tiga hari mereka bermasam muka, pelbagai usaha Fida untuk bercakap dengan Dini namun masih tidak diendahkan. Fida buntu. Dia rindu gelak manja Dini.
'Miss you sayang' nota ringkas dimasukkan ke dalam poket baju Dini.
Dini tersenyum, dia juga merindui Fida.
'Eh you kawan Fida kan...errrr Dini,lesung pipit manis?' tiba-tiba Bryan menyapa Dini di kaunter.
'Errr...oh you...Bryan, betul?' Dini serba salah, pelanggan masih beratur dibelakang Bryan.
'Ha betul...you keje sini ke?'
'A'a ye, ambil order dulu?nanti dah kurang orang i datang entertain you, makan sini? Dini berbasa basi.
Bryan memandang di belakangnya, dia mengangguk setuju. Pesanan diambil, dan dia bergerak ke meja makan bersama rakan-rakannya yang lain. Beberapa ketika setelah hampir separuh makanan di jamah, Dini menghampiri mereka.Mereka berbual dan bertukar nombor telefon.
Habis syif kerja, Dini pulang ke rumah.
'You dah makan?' Soal Dini kepada Fida.
'Dah, i masakkan untuk you, you dah makan?' Fida bernada ceria mendengar sapaan Dini. Pujukannya berhasil kali ini.
'Temankan Dini makan?' Mood Dini semakin baik.
'Ok, Fida siapkan ye, Dini mandi dulu' bertambah ceria.
'Ok sayang, muahh' satu ciuman singgah di pipi Fida.
Berbunga-bunga hati Fida bila mood Dini semakin baik. Hari itu berakhir dengan damai.
YOU ARE READING
Yours, Her, Mine
RomanceCinta itu perlu dipupuk dari hati yang tulus,bukan dari rasa simpati