AFA 5

1.3K 98 3
                                    

"AFA..."

Afaf yang leka menghadap skrin komputer terus terhenti. Wajah Habiel dipandang tanpa riak. Seketika kemudian, tumpuan pada komputer kembali diteruskan.

"Afa, kau ni busy sangat ke sampai aku duduk depan kau pun tak peduli?" soal Habiel geram apabila melihat reaksi Afaf yang hanya selamba menyambung kerja.

"Ni ofis, Biel... tolonglah jangan rapat dengan aku. Malaslah dah dengar gosip-gosip liar yang singgah kat telinga aku ni. Ada fair dengan kaulah, skandal la apalah... aduh!" Afaf mengomel perlahan.

Nasib baik sekarang ini waktu makan tengahari. Dan kebetulan pula dia sedang berpuasa. Jadi dia tidak ikut untuk keluar bersama Syasya dan Maya.

"Tak ada oranglah." Habiel memandang sekeliling. Sempat juga dia berdiri untuk melihat kalau-kalau ada staf yang masih berada di dalam pejabat. Tetapi, kosong dan sunyi. Aman.

"Apa pasal kau datang jumpa aku ni? Kertas kerja yang kau minta tu tak siap lagi. Aku tengah siapkan ni." ujar Afaf sambil tangannya ligat menekan keyboard komputer.

Tiba-tiba bibir Habiel mengukir senyuman membuatkan Afaf diserang penyakit hairan.

"Ni dah kenapa tiba-tiba senyum bagai ni?" Afaf menjeling Habiel dengan cebikan.

Habiel terus menongkat dagu sambil memandang wajah Afaf. Terkelip-kelip matanya minta perhatian.

"Aku dah jumpa someone."

Afaf tidak beriak. Tetapi tangan kirinya mula mencapai fail di atas meja lalu diletak di hadapan Habiel.

"Aku tak minta fail la." tanya Habiel pelik. Lain yang dicakap lain pula Afaf membalas.

"Ada orang masuklah." Afaf berbisik perlahan. Anak matanya diputar memandang sekeliling mereka. Risau terkantoi.

Habiel terus memandang ke arah suara-suara yang mula kedengaran. Fail yang diletak oleh Afaf terus diselak. Pura-pura sedang berbincang sesuatu bersama Afaf.

"Someone? Who?" tanya Afaf setia pada skrin komputer.

"Girl."

"Memanglah girl. Takkanlah lelaki pula. Gila apa kalau kau bercinta dengan kaum sejenis. Sungguh, persahabatan kita putus serta-merta. Geli aku!" dengus Afaf dengan jawapan yang didapati dari Habiel.

Pantas Habiel mengetuk kepala Afaf dengan fail.

"Sakitlah, mangkuk!" Afaf mengetap gigi geram. Mahu saja dibalas perbualan Habiel tadi tetapi apabila mengenangkan mereka masih di pejabat, hasrat itu jadi pupus semula. Sabarlah wahai hati.

Habiel menjeling menyampah.

"Nama dia Ria." beritahu Habiel dengan perasaan yang kembali teruja.

"Ria? Astro Ria?" kata Afaf selamba.

"Aku sungguh-sungguh ni, Afa." Habiel mengeluh dalam. Afaf ni betul-betul tak serius.

Jari Afaf terus terhenti. Wajah Habiel dipandang.

"Aku percayalah. Bila nak kenalkan aku dengan si gadis bertuah tu?"

"Nantilah. Aku tak ready lagi. Lagipun aku dengan Ria baru aje kenal. Kawan-kawan dulu. Nanti bila dah lama, aku kenalkan la kau kat dia. Nilah best friend aku terbaik di dunia." Teruja Habiel bercerita, tersengih-sengih tak ubah seperti kerang di pasar yang baru dibawa naik dari laut.

"Baguslah tu. Gambar ada? Tengok." pinta Afaf turut teruja. Dia tumpang gembira jika Habiel bergembira.

"Belum ada lagi. Tak berkesempatan nak ambil."

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now