AFA 9

1.2K 99 13
                                    

"AWAK keluar dengan saya ni tak ada sesiapa marah ke?" Fatih bertanya. Langkahnya dilangkah perlahan menyaingi langkah Afaf yang sederhana.

"Tak adalah. Kenapa? Takut?" Tanya Afaf semula. Dia tidak menduga Fatih akan bertanya soalan begitu sedangkan sudah beberapa kali mereka keluar bersama sepanjang perkenalan mereka.

"Takut juga kalau awak dah berpunya." Fatih berkata perlahan.

Afaf ketawa kecil. Penakut juga si kaki buli ini.

"Tak adalah."

"Awak masih belum berpunya ke?" Fatih bertanya tanpa kias. Riak wajah Afaf diteliti.

"Hah?" Sungguh Afaf terkejut. Tak jangka itu yang ditanya Fatih.

Fatih terus menggaru kepala. Menyesali kata yang sudah terpancul tadi.

"Tak, awak masih belum berpunya ke? Sebab tulah tak ada orang marah awak keluar dengan saya."

"Jodoh tak sampai lagi." Afaf memberi jawapan ringkas. Klise kan.

"Kalau ikutkan usia kita beza setahun aje."

"Yup, kenapa?" Afaf memandang Fatih yang tinggi lampai.

"Awak seorang yang menarik, takkanlah tak berpunya?" Musykil pula Fatih, tetapi dia juga ingin tahu status benar gadis itu.

Afaf hanya senyum nipis dan geleng kepala.

"Tak semestinya menarik tu sudah berpunya."

"Apa maknanya tu? Awak jual mahal atau memilih? Tak pun gila kerja." Fatih menebak. Dia melihat gadis itu benar-benar seorang yang menarik. Seperti tidak percaya apabila gadis itu mengakui masih tidak mempunyai kekasih.

"Saya fokus family saya. Maybe tunggu jodoh yang mahu abah saya jodohkan sendiri."

"Oh, awak mengikut kata parents awak?" Fatih mengangguk, mengerti dengan keputusan Afaf.

Afaf mengangguk. Soal jodoh dia mahu serahkan kepada Encik Marwan yang memilih. Selama ini, dia tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Habiel adalah satu-satunya lelaki yang paling rapat dengannya. Mungkin kerana itulah tiada siapa mahu mendekati dirinya.

"Kalau orang masuk meminang and then, abah awak terima... maknanya awak pun terimalah?" Fatih menduga ingin tahu. Wajah lembut Afaf dipandang tidak lepas.

"Insya-Allah, kalau berkenan di hati saya." Afaf tersenyum simpul.

Fatih mengangguk sambil tersenyum.

"Fatih, kita makan dulu nak? Sebelum tengok movie nanti." Afaf terus mengajak sebaik saja ternampak marry brown. Serta-merta perutnya berbunyi minta diisi.

"Awak dah lapar ke?"

Anggukan Afaf membuatkan Fatih ketawa senang.

"Jomlah. Awak nak makan apa? Saya belikan. Awak cari tempat."

"Kalau saya nak makan burger aje."

"Minum?"

"Milo ais."

"Okey, tunggu tau." ujar Fatih seraya berlalu.

Afaf terus mencari tempat di sudut tepi. Boleh melihat orang yang sedang lalu-lalang. Menghilang rasa bosan menunggu Fatih membeli makanan.

"Sorry, lambat sikit. Orang ramai." ucap Fatih seraya meletak dulang ke atas meja.

Afaf terus tersentak dari leka.

"Tak apa. Biasalah weekend macam ni memang selalu ramai orang." balas Afaf lalu duduk tegak kembali. Melihat saja burger ayam, dia sudah menelan liur. Lapar!

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now