AFA 20

1.7K 102 10
                                    

KERUSI kulit itu dipusing ke arah jendela. Matanya ditayangkan dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang megah berdiri hasil buatan tangan manusia. Sesekali dia pejamkan mata sambil memikirkan sesuatu. Perasaan yang dia rasai sangat berbelah bagi. Dia keliru dengan perasaan sendiri. Kenapa?

"Ria... Ria... kenapa baru sekarang you cari I? Kenapa tak dulu, sebelum I berkahwin dengan Afa. Kenapa baru sekarang you sedar I penting bagi you? Ria..." Habiel menghela nafas berat. Fikirannya tiba-tiba melayang dengan pertemuan mereka seminggu lalu sehingga dia pulang dengan keadaan basah kuyup.

Pertemuan antara dia dan Ria langsung tidak pernah dia duga. Malah, berlakunya di tempat parkir di sebuah kawasan restoran. Habis basah seluruh tubuhnya ditimpa hujan lebat. Berbincang dibawah pancaran kilat dan petir yang saling sambung-menyambung. Langsung tiada getar dalam hati saat itu.

"Habiel, please... berikan I peluang kedua. I minta maaf. Sekarang baru I sedar I sangat perlukan you dalam hidup I, Biel. Kerjaya I langsung tidak membawa erti dalam diri I sebab I kehilangan you. Habiel... maafkan I." ucap Ria separuh merayu dan sedikit kuat melawan kuatnya rintihan hujan ketika itu.

"You dah terlambat, Ria... dah hampir setahun you tinggalkan I. Tak semudah tu. Lagipun I sedang belajar untuk mulakan hidup baru tanpa you. I cuba untuk lupakan you."

"Please, jangan lupakan I, Biel. I menyesal dengan keputusan yang telah I buat dulu. I sayang you, Biel... I juga cintakan you. I bersedia jadi wife you. I bersedia!" Hampir menitis airmata Ria apabila mendengar penolakan lelaki yang amat dia cintai. Begini rupanya perasaan Habiel ketika dia menolak dulu. Sakit dan malu.

Kepala Habiel digeleng berkali-kali. Wajahnya diraup kasar.

"Habiel... please, kita buka buku baru." Ria terus mencapai tangan Habiel dan menggenggam erat. Berharap dengan itu Habiel akan berlembut hati. Dia sayangkan Habiel.

"Tak, Ria."

"Apa lagi yang perlu I buat, Biel... untuk you terima I semula? Apa? I sanggup lakukan apa aje demi you. Tolonglah, kembali semula pada I. I tak sanggup untuk kehilangan you lagi."

"Dulu... dulu, I pernah merayu perkara yang sama dengan you tapi you langsung tak endahkan rayuan I. Sebaliknya, you pergi tinggalkan I begitu aje tanpa sebarang pesanan dan selamat tinggal. Sekarang, you kembali dan you dah menyesal. I terseksa dengan penolakan you tapi hati you kebal. Tak fikirkan I. Sekarang you minta peluang tu." jeda.

"Ria, peluang tu tak ada, Ria. I tak boleh bagi peluang pada you sebab I dah ka..."

"Habiel, tolong la. Berikan I peluang tu. Please, sayang... Habiel..." Tangan Habiel digoncang kuat.

Habiel menggeleng kepala lagi. Tak mungkin!

"Habiel... tolong I..."

Lamunan Habiel terus berterbangan pergi apabila terdengar ketukan di muka pintu. Pantas dia meraup wajah dan mempersilakan gerangan itu masuk. Kerusi dipusing kembali.

"Encik Habiel... ada appointment lepas lunch nanti."

"Appointment apa?" Berkerut dahi Habiel bertanya pada setiausahanya itu. Lee.

"Katanya appointment peribadi. Tetamu ni nak jumpa Encik Habiel di sini." Lee meletak sekeping memo ke atas meja majikannya itu. Bertuliskan alamat.

Habiel terus mengambilnya. Dia menghela nafas.

"Siapa dia?"

"Dia cuma kenalkan diri sebagai Miss R."

"Miss R? Perempuan?"

"Yup, Encik Habiel. Perempuan. Katanya Encik Habiel mesti kenal dia." beritahu Lee lagi.

"Bila awak dapat pesanan ni?"

"Awal pagi tadi. Mulanya saya nak tolak tapi Miss R tu merayu pula. Saya jadi kesian. So, maybe Encik Habiel kenal siapa dia. Urgent katanya." jelas Lee lagi.

"Tu aje?"

"Yup."

"Apa lagi?"

"Tak ada."

"Okay, awak boleh sambung kerja awak semula. Thanks."

"You're welcome, Encik Habiel." Lee terus berlalu keluar.

Tersandar Habiel apabila dapat meneka siapa sebenarnya Miss R. Ria. Satu jam berlalu, Habiel menuju ke kafe yang telah diberikan alamat oleh Lee tadi. Tempat yang agak terbuka menjadi pilihan Ria.

"Kenapa you nak jumpa I? Tahu tak I busy." Habiel terus bertanya tanpa membazirkan masa.

"Tahu tapi I takkan ambil masa you lama, Biel."

Habiel terus bersandar. Dia memanggil pelayan lalu memesan minuman.

"You tak makan?" tanya Ria apabila Habiel hanya memesan minuman.

"I dah kenyang."

"Jangan la disebabkan I, you tak nak makan." ujar Ria serba salah.

"Ria, please... kita bukan macam dulu."

"Tapi I nak kita macam dulu." pangkah Ria pantas. Lembut.

Helaan nafas dilepaskan lagi.

"I tahu you masih sayangkan I. Mata you tak pernah menipu." kata Ria jujur.

Tersentap Habiel mendengar.

"Kan? You masih sayangkan I, kan?" Ria mula tersenyum.

"Kalau ya?" Habiel menduga.

"Masih ada peluang untuk I. Mesti ada kan tapi you cuba tutupkan hati you untuk I. Kenapa, Biel? Kenapa you nak elakkan diri you dari I sedangkan you masih sayangkan I? Kita boleh teruskan niat you dulu. Kahwin!"

Habiel terus meraup wajah.

"Berapa kali I nak cakap, peluang untuk you... tak ada!"

"Tipu! You sedang menipu diri you sendiri. Kenapa?"

"Sebab I tak nak pisang berbuah dua kali."

"Pisang takkan berbuah dua kali sebab I akan terima. I dah bersedia." kata Ria yakin. Tangan Habiel diatas meja terus dicapai dan digenggam erat.Tak mahu lepaskan lagi.

Habiel hanya memandang genggaman itu. Kemudian, wajah jelita Ria kembali dipandang.

"I tak bersedia." kata Habiel.

Terkejut Ria mendengar. "Kenapa?"

"Sebab I tak bersedia." tegas Habiel.

"I akan tunggu you sampai you bersedia, Habiel." Ria nekad.

Tergamam Habiel mendengar.

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now