AFA 38

2.3K 136 31
                                    

SELEPAS makan tengahari, Habiel dikejutkan dengan kedatangan Ria secara tiba-tiba. Entah apa yang membawa langkah Ria hingga ke rumah ibu bapanya hari ini. Mujur saja dia tidak bekerja. Kalau tidak, pencarian Ria hanyalah sia-sia. Dia pejabat, dia tidak suka diganggu dengan hal peribadi.

"Ada apa Ria datang ni?" Datin Durrah menegur.

"Saja, ada hal sikit nak cakap dengan Habiel." Ria tersenyum manis.

"Macam mana pula you tahu I ada kat sini?" tanya Habiel hairan.

"I ke ofis tapi you tak ada. Pergi rumah you pun you tak ada juga. So, I fikir you kat sini." jawab Ria jujur.

"Tak apalah, kamu berdua berbuallah. Aunty buatkan air."

Sebaik saja Datin Durrah berlalu, Ria terus memandang Habiel.

"Afa mana? Mama you beritahu I yang Afa masuk hospital sebab ectopic pregnancy."

"Yup. Afa tak ada, Afa ada kat kampung."

Ria menarik nafas lega.

"Baguslah Afa tak ada. I ada hal nak cakap dengan you."

Dahi Habiel terus berkerut.

"Hal apa?"

"Jom, kita bercakap kat luar." Ria terus mengajak.

"Kat sini tak boleh ke?" Habiel menduga.

"Nanti parents you dengar." Ria terus berdiri.

Tanpa membuang masa, Habiel dan Ria terus berlalu ke luar. Berlabuh duduk di gazebo. Menghadap antara satu sama lain. Habiel dapat rasakan sesuatu yang serius yang hendak dibicarakan Ria.

"Penting sangat ke sampai you ajak I bercakap kat luar ni?" soal Habiel.

"Sangat penting, Habiel. Untuk masa depan you, Afa dan I."

Makin tertanya-tanya Habiel dibuatnya. Entah kenapa, dadanya mula berdenyut kencang.

"Apa maksud you, Ria?"

Ria meletak kotak baldu ke atas meja. Habiel memandang.

"I nak putuskan pertunangan kita."

Habiel hanya tenang mendengar. Terkejut, tetapi dia mahu memasang telinga mendengar alasan Ria.

"Sebab?"

"I tak sanggup nak hancurkan hati Afa." akui Ria jujur.

Tersenyum lebar Habiel mendengar.

"You happy kan, Habiel?" tanya Ria. Riak wajah Habiel telah menggambarkan segala-galanya. Habiel begitu tenang mendengar. Seperti perkara itu perkara biasa.

"You nak I jawab jujur ke apa?" tanya Habiel semula.

"Tak jawab pun tak apa sebab I tahu jawapan you." Ria tersenyum lagi. Entah kenapa, dia berasa sangat tenang saat ini. Adakah dia telah melakukan perkara yang betul? Ya. Dia rasa ya.

"Yup, I rasa sangat-sangat lega." akui Habiel.

"Lega sebab you tak akan galas tanggungjawab yang lebih besar. Lega sebab you tak akan kena fikir macam mana nak berlaku adil, kan." kata Ria.

Laju saja Habiel mengangguk. Cukuplah dia merasa tidak adil pada Afaf selama ini.

"Dan, I nak buat you lebih lega lagi dengan apa yang I akan you beritahu you ni." Tambah Ria.

"Apa maksud you kali ni?" Dahi Habiel kembali berkerut. Tidak faham.

"I tahu kenapa Afa tinggalkan you."

Habiel tersentak. Duduknya tak lagi sesantai tadi.

"Maksud you?" tanya Habiel lagi.

"I tahu kenapa Afa tinggalkan you dulu, Biel." Ulang Ria dalam nada lebih yakin. Dia tahu Habiel akan terkejut dengan kenyataannya selepas ini. Tetapi, dia mahu betulkan keadaan semula. Bukannya dia tidak perasan rumah tangga Habiel dan Afaf mula pincang. Afaf tampak sedih. Habiel pula keliru.

"Apa yang you tahu?" Habiel duduk tegak. Makin kuat debaran di dadanya.

"Afa tinggalkan you dulu disebabkan I dan you." Tenang Ria berkata.

Habiel terpaku.

"Empat tahun lepas, Afa call I. I tak tahu siapa Afa masa tu. Afa ajak I jumpa tanpa beritahu sebabnya. Okay, I tertanya-tanya kenapa perempuan bernama Afaf ni nak jumpa I, dan macam mana dia kenal I. I tak nak tertanya-tanya dan pergi jumpa Afa. Masa tu Afa kenalkan diri dia sebagai Afaf Nabila aje." Ria berjeda.

"Tapi, dia tak mengaku yang dia juga isteri you. So, I terus anggap dia Afa kawan you sebab Afa mengaku dia kawan you. Dia beritahu I yang you sangat menderita bila I tolak lamaran you. Dia marah I sebab I tolak you. Afa marah I sebab I kecewakan you dan lukakan hati you. Afa kata I beri you harapan palsu." jeda lagi.

Terdiam Habiel mendengar.

"Macam-macam Afa marah I sebab I buat you macam tu. Afa marah I sampai dia menangis sebab I sanggup tolak lelaki sebaik you. Masa tu, I fikir hebatnya you, Biel... you ada seorang sahabat sejati. Afa tak sanggup tengok you sedih disebabkan I so, dia suruh I balik pada you. Dia merayu pada I supaya I terima lamaran you semula. Afa ajar I suruh I rebut hati you semula. Sebab Afa nak tengok you happy semula macam dulu. Afa buat semua tu demi you, Biel."

"Afa cakap you rindukan I sampai you tidur pun mengigau panggil nama I tanpa you sedar. Afa cakap I bodoh sebab lebih mementingkan kerja berbanding kebahagiaan I sendiri. Afa bijak meneka. Afa tahu I masih sayang dan cintakan you. Afa suruh I tinggalkan kerjaya I dan semai impian baru. Afa sanggup lakukan aje demi kebahagian you."

Habiel tertunduk dan tersandar.

"Balik dari jumpa Afa, I mula terfikir semua kata-kata dia. Afa betul. I memang bodoh sebab I pentingkan diri sendiri. I fikir semasak-masaknya, I call Afa dan beritahu I masih cintakan you. Habiel, you tahu tak, masa tu I tengok Afa senyum tapi dia menangis. I tak pandai meneka Afa menangis sebab apa. So, I fikir dia menangis sebab happy."

"Afa beritahu I, dia nak pergi jauh dah lepas tu. Mungkin dalam tempoh yang agak lama atau mungkin juga takkan kembali. Sebelum dia pergi, macam-macam Afa pesan pada I. Dia suruh I jaga you. Dia suruh I tengok-tengokkan you dan beritahu dia tentang perkembangan you. Dia suruh I bahagiakan you. Afa cakap pada I, you adalah amanah. Amanah Afa pada I untuk jaga you, sayang you dan selalu di sisi you." Ria melihat riak wajah Habiel.

Air mata Habiel mula bergenang.

"Lepas Afa pergi, barulah I datang you kan. You mesti masih ingat I datang sewaktu you sakit. Masa tu barulah I tahu Afa isteri you. Afa dah tinggalkan you masa tu. I langsung tak pernah terfikir yang Afa adalah wife you, Biel. Kalau I tahu dia isteri you, I akan tolak permintaan dia. I tak kejam nak rampas hak orang, Biel."

"Sepanjang Afa tak ada, macam-macam I fikir. I tengok you sakit teruk disebabkan Afa tinggalkan you. I mula nampak hati you bukan pada I lagi tapi pada Afa." Ria menghela nafas.

Apabila terkenang kembali pertemuan singkatnya dengan Afaf, Ria diserbu rasa bersalah dan kesal. Kata-kata Afaf dulu seolah-olah masih baru dan terlekat kuat di ingatannya. Baginya, Afaf seorang yang sangat tabah. Dibenci ibu mentua kerana mementingkan kebahagiaan suami sendiri. Tidak terbayang bagaimana tabahnya Afaf.

"I menyesal sebab dah ikut cakap Afa, Biel. Sebab tulah I tak nak teruskan pertunangan kita lagi. I tak nak kebahagiaan I atas penderitaan orang lain." ujar Ria perlahan.

Habiel pantas meraup wajah. Menyapu airmata yang mula mahu menitis.

"Habis tu, apa yang you bualkan dengan Afa tempoh hari?"

"Tentang hubungan kita." jawab Ria tenang.

"Hubungan kita?" Habiel bertanya lagi.

"I tak nak teruskan hubungan kita lagi so, I beritahu Afa tapi Afa tak setuju. Afa tak nak perkara tu memalukan family you lagi. Dan Afa yakin kita akan kahwin. Afa langsung tak fikirkan pasal diri dia. Dia cuma fikirkan you, mama you dan family you. Afa tak nak mama you sedih lagi sebab mama dah taruh harapan pada I. Lagi-lagi mama you teringin sangat nak gendong cucu daripada you. Afa cakap dia tak mampu bagi you zuriat." jelas Ria.

Habiel terus membuang pandang ke arah kolam renang. Air yang tenang itu tidak mampu menenangkan sekeping hatinya. Kepalanya digeleng berkali-kali.

"Kenapalah Afa ni selfish?" kata Habiel sendiri.

"Sebab dia sayangkan you, Biel dan I nampak Afa cintakan you. Bagi Afa, kebahagiaan you adalah kebahagiaan dia. Bagi Afa juga, kebahagiaan you lebih penting berbanding kebahagiaan dia." Ria yakin apa yang baru dia katakan tadi adalah benar tentang Afaf. Dia tidak mahu mengambil langkah yang silap. Khuatir menyesal di kemudian hari.

"Kalau you fikir you terseksa disebabkan Afa tinggalkan you dulu, you silap." kata Ria.

Mata Habiel terus memandang Ria semula. Inginkan penjelasan.

"Sebab, I nampak Afa lebih terseksa dan menderita berbanding you sendiri. Membuat pilihan seberat tu bukannya mudah. Lukakan hati sendiri demi kebahagiaan orang lain adalah sangat memedihkan. Pura-pura bahagia di depan semua orang adalah perkara yang paling sakit yang dia lakukan." jelas Ria.

"Selamba, bersahaja dan mengelat adalah cara untuk tutupkan rasa sakit di hati sendiri. Berlagak kuat dan tenang perkara yang paling sukar dia cuba tonjolkan." Tambah Ria.

"Tapi, I tak bahagia." luah Habiel.

"I tahu you tak bahagia sebab kebahagiaan you adalah dengan Afa, bukannya dengan I. I harap apa yang I dah beritahu ni dapat membantu you pulihkan keadaan kepada asal."

"Afa selalu mengelat, Ria." ujar Habiel perlahan.

"Bila Afa dah letih, dia takkan mengelat lagi. I yakin you lebih kenal siapa Afaf Nabila. Mesti you ada cara tersendiri nak selesaikan masalah you dengan dia."

"Afa dah berubah, Ria." kata Habiel lagi.

"Tak, Afa tak pernah berubah. Keadaan dan masa yang membuatkan Afa berubah tetapi hati dia tak pernah berubah. Bagi you, Afa berubah tapi semua tu hanya pada luaran. Bukan dalaman. You suami dia, Biel... you lebih pandai menilai siapa isteri you." kata Ria yakin. Memberikan Habiel sebuah kekuatan.

Habiel menghela nafas lagi. Fikirannya kusut.

"Tapi, kalau Afa perlukan ketenangan, biarkan dulu. Bagi dia relaks dan tenang, barulah you masuk jarum. Kalau tak, I takut keadaan jadi lebih keruh. You kena matang, Habiel."

"Selama ni I tak matang ke?" Habiel terus bertanya.

"Sikitlah." jawab Ria lalu ketawa.

Habiel tersenyum lalu menggeleng kepala.

"Family you macam mana?" Tiba-tiba dia teringatkan keluarga Ria.

"Tu you jangan risau. Dah settle dah pun." Ria tersenyum senang. Ikhlas.

"Diorang tak berkata apa-apa ke?"

"Diorang serahkan semua keputusan pada I."

"Nampaknya I kena jumpa family youlah, minta maaf."

"Tak perlulah tergesa-gesa. Utamakan family kecil you dulu. Betulkan dulu hubungan you dengan Afa."

🥝🥝🥝🥝🥝🥝

Terungkap sudah penyebab Afa tinggalkan Habiel. Alasannya sangat² kecik😌
Sorry la kalau reader rasa menyesal baca dan tertunggu apa alasannya..

Vote dan komen kalau nak next chapter malam ni..

Thankyou support, dear✨❤️

24012023

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now