PERBINCANGAN Afaf dan Maya terganggu apabila telefon pintar milik Afaf tiba-tiba berdering. Pantas Afaf menolak kerusi ke arah meja kerjanya. Beg tangan terus dicapai dan mencari telefon pintar di dalam. Dahinya berkerut apabila melihat nombor yang tidak dia kenali tertera di skrin telefon.
"Siapa, Afa?" tanya Maya yang masih mengadap fail kerja.
"Entah. Salah nombor kut." Afaf angkat bahu. Beg tangan kembali disimpan. Tetapi, telefon pintarnya itu dibawa bersama ke meja Maya. Perbincangan mereka kembali bersambung. Tidak sampai lima minit Afaf dan Maya menyambung berbincang, telefon pintar itu kembali berdering nada lagu Potret dari Akim & The Majistret.
"Nombor yang sama ke?" tanya Maya mula perasan kerutan di dahi Afaf.
"Ha'ah." Laju Afaf mengangguk.
"Try jawab. Mana tahu urgent ke, kau aje yang tak save nombor tu." ujar Maya.
Tanpa membuang masa Afaf terus menjawab panggilan yang masih berdering itu. Perasaannya mula terasa debaran apabila mendengar suara di hujung talian.
"Helo, assalamualaikum..." Suara di sana menyapa terlebih dulu.
"Waalaikumusalam." jawab Afaf sedikit debar.
"Boleh saya bercakap dengan Afaf Nabila?"
Dahi Afaf terus berkerut. Siapa pula yang menyebut nama penuhnya ini?
"Ya, saya sendiri. Sorry, ni siapa ya?""Saya Fatih. Ingat lagi tak?"
Afaf terus tergamam. Alamak! Fatih? Samsung Note itu terus direnggang dari telinga dan memandang skrin telefon pintarnya. Dahi terus ditepuk kesal sebaik saja mengingati nombor yang sedang berhubung dengannya itu. Patutlah macam familiar.
"Kenapa?" tanya Maya separuh berbisik. Hairan melihat reaksi terkejut Afaf.
"Helo, helo... Afaf, awak masih kat sana ke?" Fatih memanggil. Pelik apabila panggilannya tiba-tiba senyap. Tetapi masih berhubung. Gadis itu terlalu terkejutkah?
Afaf berdehem. Samsung Note kembali dilekatkan ke telinganya.
"Ya, ya... oh, awak rupanya. Ingatkan siapalah tadi."
"Sorry, kalau saya buat awak terkejut. Dan maaf kerana menganggu awak."
Makin berkerut dahi Afaf. Lain macam saja. Kenapa tiba-tiba saja lelaki itu bersikap mesra dengannya, malah berbicara sopan pula. Bukankah sebelum ini lelaki kerek itu anti dengannya?
"It's okay. Ada apa ya tiba-tiba awak call saya?" Tanpa membuang masa dia terus bertanya. Dia mahu tahu kenapa tiba-tiba Fatih menghubunginya. Di waktu bekerja pula tu. Penting sangatkah?
"Boleh kita berjumpa lunch nanti?"
Mata Afaf terus membulat, kaget. Jumpa? Eh!
"Err... untuk apa ya?" soal Afaf ingin tahu. Panasaran pula jadinya dengan niat Fatih. Nak jumpa untuk apa? Rasanya urusan mereka sudah selesai.
"Ada hal sikit. Saya harus berhadapan dengan awak. Tapi awak jangan takut, saya bukan berniat jahat. Saya ingin pastikan sesuatu dan ada sesuatu yang saya tertinggal pada awak." jelas Fatih kedengaran tenang.
Mata Afaf terpaku pada wajah Maya. Apa benda yang dah lelaki itu tertinggal? Setahunya tak ada apa-apa. Adakah ada sesuatu yang hilang dalam dompet Fatih? Ah, sudah!
"Boleh kita berjumpa lunch nanti?" tanya Fatih sekali lagi apabila masih tiada jawapan dari gadis itu.
"Err... boleh. Kat mana ya?"
![](https://img.wattpad.com/cover/330793187-288-k396816.jpg)
YOU ARE READING
Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)
RomanceNak tahu jalan ceritanya, jemputlah baca. Malas nak tulis blurb. Start : 02.01.2023 End : 25.01.2023 ©Karya asli hak milik xtheaura ❌ Dilarang tiru, ciplak dan seangkatan dengannya. ✨ Jemput baca, komen dan vote jika sudi