AFA 30

2.2K 131 18
                                    

KEPALA yang berdenyut kuat dipicit perlahan. Sejak pulang dari pasar malam dua hari lepas dirasa tubuhnya tidak enak dan kesejukan. Malah tubuhnya juga berasa kurang selesa dan sakit. Disebabkan itu dia terpaksa mengambil cuti kecemasan. Ini semua gara-gara demam mengejut yang dia alami.
  
Tubuh yang lemah dibawa turun ke tingkat bawah bersama beberapa helai pakaiannya. Dia sudah tidak kuat untuk naik turun tangga untuk ke bilik. Dirasa sangat terseksa kerana terpaksa berulang-alik ke dapur jika dia dahaga dan bosan. Memanjat turun anak tangga yang agak tinggi. Sudahnya, dia tidur di bilik tetamu di tingkat bawah.
  
Baru saja dia hendak berlabuh di birai katil, kedengaran pula loceng rumah berdenting. Dia menghela nafas kelelahan. Tudung terus dicapai lalu disarung ke kepala. Dia bingkas semula dan melangkah keluar. Ternampak kelibat seorang wanita di luar pagar rumah. Afaf terus menghampiri dengan langkah perlahan. Ria rupanya.
 
“Assalamualaikum, Afa.”
 
“Waalaikumusalam. Ada apa awak datang sini? Kalau awak datang nak cari Habiel, dia tak ada. Dia ada di rumah parents dia. Kalau datang nak jumpa saya, silakan masuk.” ucap Afaf malas. Dia benar-benar tiada mood untuk melayan sebarang tetamu. Pintu pagar kecil itu dibuka  memberi laluan kepada Ria.
 
“Oh, ya ke? Saya cari Habiel.” ujar Ria agak terperanjat apabila dia terus dimaklumkan tentang Habiel tanpa sempat dia bertanya. Macam magis pula Afaf dapat membaca tujuan kedatangannya.
 
“Habiel ada kat rumah sana, bukan sini. Pergilah sana. Saya malas nak layan tetamu sekarang ni.” kata Afaf berura-ura untuk menutup pintu pagar itu semula. Namun, Ria pantas menahan.
 
“Kejap!”
 
“Apa lagi, Ria?” tanya Afaf senada. Dia berpeluk tubuh menahan kesejukan yang kian menggigit hingga ke tulang hitam. Walaupun cuaca panas, tetapi dia tetap berasa sejuk.
 
“Awak tak sihat ke?” Ria terus bertanya. Dia mula perasan wajah Afaf sedikit pucat dan tidak bermaya. Beberapa hari lepas, Afaf tampak lebih segar berbanding hari ini.
 
“Tak!” nafi Afaf mendatar. Tenang saja.
 
“Tapi muka awak nampak pucat.” Ria tidak percaya dengan kata-kata Afaf tadi. Jelas sekali wanita itu kelihatan begitu lemah. Suara juga kedengaran lain.
 
“Tak. Saya cakap tak tu, taklah. Saya tahulah pasal diri saya ni.” Afaf mula bertegas. Dia tidak mahu Ria jatuh simpati ke dirinya. Dia sudah terbiasa sakit sendirian. Tiada siapa yang jaga dia sejak lebih tiga tahun ini jikalau dia jatuh sakit. Tiada sesiapa akan bertanya akan kesihatan dirinya termasuklah keluarga sendiri.
 
“Tapi...”
 
“Pergilah sana. Maybe, Habiel tengah tunggu awak. Lagipun, dia demam.”
 
“Demam?” Ria terkejut. Kenapa dia tak tahu?
 
“Ya, dia demam. Dah beberapa hari dah.”
 
“Okay, thanks.”

________

  
RIA melangkah ke arah Habiel yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Selepas diberitahu Afaf yang Habiel demam, dia terus bergegas ke rumah ibu bapa lelaki itu. Dia risau.
 
“Kenapa tak cakap yang you demam?” Ria berlabuh di hujung sofa.
 
“Tak teruk sangat, Ria.” jawab Habiel. Dia tersenyum nipis memandang Ria.
 
“Teruk ke, tak teruk ke… I tetap risau.” akui Ria tanpa berselindung.
 
Don't worry. Macam mana you tahu I ada kat sini?” tanya Habiel hairan. Seingatnya, dia tidak memaklumkan apa-apa pada Ria. Mama ke yang beritahu?
 
“Afa.”
 
“Afa?” Spontan kening Habiel terjongket.
 
“Ya, Afa... dia beritahu I yang you ada kat sini, demam. Tadi, I ke sana cari youlah.” jelas Ria lalu bersandar.
   
Habiel hanya mengangguk. Tak cemburu ke Afaf pada Ria? Hairan sungguh dia.
 
“Kenapa you cari I?”
 
“Saja, nak ajak you keluar. Lama juga I tak jumpa you.” Ria tersenyum nipis.
 
“Lain kali call la I dulu. Kita boleh jumpa kat luar.” kata Habiel.
 
“I tak terasa nak call you tadi sebab tulah I terus pergi rumah you. Tapi, diberitahu pula yang you tak ada kat sana. Balik sini. Tak apalah, next time kita keluar. You tak sihat lagi kan.”
 
“I dah sihat. Nak keluar ke?”
 
“Ya ke you dah sihat ni?” tanya Ria ragu-ragu.
 
“Betullah. I tengok you terus sembuh demam I.” ujar Habiel lalu ketawa senang.
 
“Mengarut betul!” cebik Ria.
 
“Ria, bila sampainya?”
  
Ria bingkas bangun apabila terlihat kelibat Datin Durrah. Tangan itu terus disalam.
 
“Baru aje. Aunty dari mana ni?”
 
“Biasalah, meeting persatuan tadi.” Datin Durrah berlabuh disisi Ria.
 
“Oh, patutlah.” Ria mengangguk.
 
“Kamu berdua ni nak keluar ke?” tanya Datn Durrah. Sempat juga terdengar perbualan pasangan ini tadi. Kerana itulah dia terus saja menegur. Suka pula Ria datang.
 
“Eh, tak adalah aunty. Habiel masih tak sihat lagi.” kata Ria pantas.
 
“Habiel memang dah sihat, Ria... kalau nak keluar pergi ajelah.” Datin Durrah berkata.
 
“Okaylah.” Ria akur.
 
“Tapi, sebelum tu lunch kat sini dulu. Dah masuk tengahari ni.” Datin Durrah terus mengajak.
 
“Boleh jugak tu. Lama kita tak makan bersama.” Habiel terus bersetuju.
 
“Buat susah-susah aunty aje.” Ria mula berasa segan.
 
“Apa pula susahnya, kamu tu bakal isteri Habiel juga.”
  
Ria hanya tersenyum nipis. Sekilas memandang Habiel yang diam saja.
 
“Ria tolong aunty ya?”
 
“Yelah, jom.” Datin Durrah menepuk paha Ria seraya bingkas bangun.
  
Habiel hanya memandang dua kelibat itu sehingga hilang dari pandangan. Keluhan berat dilepaskan seraya meraup wajah. Kemudian, kepalanya digeleng berkali-kali.

_______

USAI solat isyak, Afaf mengesot lalu bersandar di birai katil. Matanya dipejam seketika. Kepala yang makin berdenyut dipicit perlahan bagi menghilangkan rasa sakit yang makin kuat berdenyut itu. Sudah beberapa biji panadol yang dia telan tetapi langsung tidak memberikan apa-apa kesan. Nafas dihela lemah.
   
Dengan kudrat yang masih bersisa, dia cuba bangun untuk berbaring ke atas katil. Sebaik saja berbaring dengan selesa, telefon pintarnya terus dicapai. Nombor Habiel cuba dihubungi tetapi gagal. Dadanya ditepuk perlahan apabila perasaan sebak mula menyapa hati. Sekali lagi dia mencuba, namun tetap gagal.
 
“Ya Allah...” ucap Afaf perlahan. Sudah tiga kali dia cuba menghubungi suaminya tetapi sekalipun tidak dijawab. Nombor telefon rumah pula dicari. Dia menanti dengan sabar.
 
“Hello, assalamualaikum.”
  
Afaf menarik nafas lega apabila panggilannya disambut.

“Waalaikumusalam. Mak Jah... ni Afa ni.”
 
“Oh, Afa. Ada apa, Afa?” tanya Mak Jah lembut.
 
“Habiel ada tak, Mak Jah?” tanya Afaf perlahan.
 
“Habiel tak ada, Afa. Suami kamu tu dah keluar dengan Ria sejak petang tadi tapi belum balik lagi. Ada apa-apa ke yang Afa nak pesan, Mak Jah akan sampaikan.”
   
Menitis jua airmata Afaf. Sebak. Tiba-tiba dia terdengar Mak Jah berbual dengan seseorang. Dia boleh mengagak dengan siapa Mak Jah berbual. Selepas itu, terdengar panggilan diambil alih.
 
“Kamu nak apa lagi?” tanya Datin Durrah mendatar.
  
Terkelu Afaf seketika. Dia menahan sendu.

“Afa cuba call Habiel tak dapat, sebab tulah Afa call rumah.”
 
“Kenapa kamu call rumah? Dah tahu Habiel tak angkat tak payah call rumah. Tak ada sesiapa nak sambut panggilan dari kamu ni.” balas Datin Durrah tanpa perasaan. 
 
“Mama, Afa tak sihat ni.” Afaf mengadu perlahan.
 
“Huh, tak sihat. Kamu dah dewasa uruslah diri sendiri. Jangan nak mengharapkan anak mama lagi nak tolong kamu. Dia dah ada Ria. Dulu, dia sakit kamu tak ambil peduli pun.”
  
Tersedak Afaf mendengar. Makin sebak dia rasa. Pedihnya... ya Tuhan.
 
“Mama, Afa betul-betul tak sihat. Boleh tak mama tolong Afa.” Afaf ketepikan rasa malu. Dia betul-betul berasa tidak sihat. Dan dia sangat perlukan Habiel saat ini.
 
“Mimpi ajelah mama akan tolong kamu, Afa. Bagaimana kamu rasa sakit sekarang ni, begitulah rasa sakit hati mama disebabkan sikap kamu tu. Tak sedar diri!” hambur Datin Durrah.
  
Belum sempat Afaf membalas, Datin Durrah menambah.
 
“Ikut suka kamulah nak sihat ke, sakit ke, malas aku nak ambil peduli lagi. Lepas ni, jangan sesekali telefon rumah ni lagi.” Panggilan itu terus dimatikan serta merta.
   
Teresak-esak Afaf menangis. Telefon pintar itu kembali diletak ke celah bantal. Rasa sakit ini bertambah sakit dengan kata-kata dari ibu mertuanya tadi. Sakit yang amat. Airmata yang makin deras mengalir dibiarkan mengalir lesu. Tiada kekuatan lagi untuk menyeka airmata itu untuk terus mengalir.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Ok, nak pi kutip angpow sat.
Sementara tu vote dan komen
banyak2 ya🤭✨

22012023

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now