USAI solat isyak, Habiel terus membaringkan tubuh ke atas katil. Lengan kirinya diletak ke bawah kepala sementara sebelah lagi mencapai iPhone. Sebuah keluhan berat dihela perlahan. Sudah beberapa hari Afaf tidak memasuki pejabat sejak hari itu. Malah mesej dan juga panggilannya tidak pernah dibalas atau dijawab.
Habiel teringat kembali kata-kata akhir dari Afaf sebelum melangkah keluar dari bilik pejabatnya tempoh hari. Wajah Afaf benar-benar serius saat menutur sebaris ayat itu.
"Aku benci kau Habiel Syazwi!"
Habiel terus memejamkan mata. Kepala yang tidak berdenyut dipicit perlahan. Nampaknya Afaf benar-benar telah membencikan dirinya setelah apa yang terjadi. Saat itu dia benar-benar buntu dan kelu untuk menjelaskan perkara sebenar. Dia sangat terkejut mendengar berita yang Afaf sampaikan itu sehingga hilang kata-kata.
Siling dipandang kosong. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Bingkas dia bangun semula dan menuju turun ke bawah. Kelibat Datin Durrah dicari. Langkahnya terus dibawa ke dapur apabila terdengar suara orang berbual di situ.
"Mama."
Datin Durrah yang sedang mencari sesuatu didalam kabinet terus menoleh.
"Biel ada hal sikit nak cakap dengan mama." ujar Habiel mendatar.
"Hal apa?" tanya Datin Durrah hairan.
"Kita cakap kat depan." Habiel terus berlalu. Dia berlabuh di gazebo sambil menunggu mama. Matanya mendongak memandang ke atas. Melihat langit malam yang kosong tanpa dihiasi bulan dan bintang. Suram sungguh.
"Habiel, apa yang kamu nak cakap dengan mama?" Datin Durrah terus bertanya sebaik saja berlabuh dihadapan anak sulungnya itu. Wajah anaknya dipandang tepat.
Habiel terus melarikan pandang memandang wajah mama.
"Mama meminang Afa?" Terus Habiel bertanya tanpa berkias.
"Kamu dah tahu ya?" tanya Datin Durrah kembali.
"Jadi betullah mama dengan papa masuk meminang Afa?" Habiel terus tersandar. Baru malam ini dia berkesempatan bertanyakan hal itu kepada mama. Setelah tiga hari.
Datin Durrah mengangguk bersama senyuman.
"Kenapa mama meminang Afa?" soal Habiel ingin tahu.
"Sebab dia kawan kamu." jawab Datin Durrah lembut.
"Mama cakap mama nak masuk meminang anak kawan mama. Tapi kenapa pula Afa jadinya?" tanya Habiel keliru.Tempoh hari mama ada beritahunya, berkata mahu pergi meminang anak kawannya. Dia fikir anak Datin seangkatan dengan mama tetapi rupanya sangkaan dia meleset. Mama dan papa pergi meminang Afaf.
"Pak Cik Marwan kan kawan mama dengan papa juga."
Habiel menghela nafas.
"Kamu dah janji dengan mama yang kamu takkan menolak mana-mana gadis yang mama nak jodohkan dengan kamu, kalau hubungan kamu dengan Ria tak berpanjangan." Terang Datin Durrah.Dia masih ingat lagi perjanjian yang Habiel sendiri taburkan. Jadi, dia kesempatan itu dia mengambil peluang.
"Afa kawan Biel, ma."
"Sebab Afa kawan kamulah mama meminangkan untuk kamu. Kamu dah lama kenal dia. Mama dengan papa pun kenal sangat dengan abah dia. Lagi senang. Tak payah pening kepala nak berkenalan bagai."
Habiel menghela nafas lagi. Mudahnya mama bersuara.
"Biel tak pernah terfikir pun nak kahwin dengan Afa, ma." luah Habiel.
"Tapi mama berkenan dengan Afa." akui Datin Durrah.
Habiel terkelu.
"Mama tahu tak sekarang ni Afa bencikan Biel. Dia bencikan Biel, ma... macam mana kami nak kahwin nanti sedangkan Biel dengan Afa tak saling mencintai."
Datin Durrah terperanjat mendengar. Afaf bencikan anaknya?
"Tapi sayang kan?"
"Sayang sebagai seorang kawan. Bukan kekasih." tegas Habiel.
"Lama-lama cintalah tu." kata Datin Durrah.Dia benar-benar berharap Habiel dan Afaf bersama kerana sudah lama dia berkenan dengan sahabat anaknya itu. Dia yakin Afaf takkan melakukan perkara seperti Ria lakukan pada Habiel. Setiap kali Habiel bersama Afaf, anaknya itu banyak ketawa dan gembira.
Habiel meraup wajah. Kenapa terlalu mudah bagi mama?
"Mama yakin rajuk Afa tak lama."
Habiel menggeleng kepala. Tak yakin. Wajah serius dan tegasnya Afaf tempoh hari sudah menggambarkan segalanya. Afaf tidak rela dijodohkan dengannya. Begitu juga dia. Mereka sahabat!
![](https://img.wattpad.com/cover/330793187-288-k396816.jpg)
YOU ARE READING
Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)
RomansaNak tahu jalan ceritanya, jemputlah baca. Malas nak tulis blurb. Start : 02.01.2023 End : 25.01.2023 ©Karya asli hak milik xtheaura ❌ Dilarang tiru, ciplak dan seangkatan dengannya. ✨ Jemput baca, komen dan vote jika sudi