“AFA!”
Tangan Afaf yang baru hendak membuka pintu kereta terus terhenti. Dia mengalih tubuh menoleh ke belakang. Bibirnya terus mengukirkan senyuman nipis.
“Ya, Encik Habiel... ada apa?” tanya Afaf tenang.
“Tak payah nak berencik dengan akulah sekarang ni. Bukan orang lain dengar pun.” kata Habiel seraya melangkah mendekati Afaf yang berdiri disamping kereta itu.
“Okay. Ada apa?” tanya Afaf lalu bersandar di but depan kereta Kia Forte miliknya. Wajah serius Habiel dipandang.
“Ikut aku.” kata Habiel seraya berlalu.
“Ke mana?” tanya Afaf.
Langkah Habiel terhenti lalu menoleh semula. Serius.
“Ikut ajelah. Jangan banyak cakap!” Langkah kembali diteruskan.
Helaan nafas dilepaskan perlahan. Butang lock kembali ditekan. Langkahnya dibawa mengekori langkah Habiel menuju ke kereta suaminya itu. Sepanjang perjalanan, Afaf hanya senyap. Begitu juga Habiel.
“Kita nak ke mana ni, abang?” Hampir separuh perjalanan, barulah Afaf bertanya.
Habiel diam.
“Abang.” Afaf memandang wajah kacak Habiel.
Tetap diam. Sudahnya, Afaf kembali diamkan diri. Hampir sejam perjalanan menempuhi jalan yang sesak, mereka tiba ke destinasi. Jantung Afaf kembali berdetak kencang.
“Turun.”
Lambat-lambat Afaf keluar dari perut dari perut kereta Porsche 911 itu. Degupan jantungnya makin kuat berdenyut seiring dengan langkahnya yang agak lambat berbanding Habiel.
“Jalan pun terhegeh-hegeh. Cepatlah!” Habiel menggesa. Pinggang dicekak.
Langkahnya dilajukan sedikit.
“Jangan buat jakun sangat dengan rumah ni.” Habiel menempelak seraya melangkah masuk.
Afaf menghela nafas lagi. Semangatnya cuba dikuatkan.
“Mama! Mama!” Habiel memanggil.
“Laa... Habiel. Kenapa balik tak beritahu? Tidur sini ke?” Datin Durrah tergesa-gesa menghampiri anak sulungnya itu. Dia melihat pakaian anaknya masih belum bertukar.
“Tak kut. Biel nak kenalkan seseorang. Tu... kenal kan.”
Mata Datin Durrah terus memandang ke arah yang ditunjukkan si anak. Serta merta senyuman yang lebar tadi mati begitu saja sebaik saja terpandang wajah itu.
“Biel nak naik atas kejap. Belum solat lagi. Afa, tolong mama kat dapur.” Seusai memberi arahan kepada Afaf, Habiel terus berlalu dari situ. Tergesa-gesa naik ke atas.
Dengan langkah berat, Afaf menghampiri Datin Durrah. Tangan dihulur. Namun, sepantas kilat tangannya ditepis kasar. Bibirnya terus digigit. Wajah tegang itu sudah menggambarkan satu reaksi. Benci!
“Buat apa kamu balik ke sini lagi?”
Terpanar Afaf mendengar.
“Nak kembali semula pada Habiel ke?” soal Datin Durrah dingin.
Bibir Afaf bergerak-gerak untuk menjawab. Tetapi, tiada satu kata yang terluah.
“Kalau kamu balik semata-mata nak sakitkan hati anak aku lagi, pergi berambus! Aku tak perlukan seorang menantu yang dah menghancurkan hati dan jiwa anak aku.”
Aku? Terkejut Afaf mendengar. Aku bukan lagi mama seperti dulu. Dia hanya mampu menunduk menekur lantai. Disaat begini, mengapa Habiel tinggalkan dia bersama Datin Durrah?
“Aku cakap ni. Jawablah!” Tegang sekali suara Datin Durrah.
“A... A...” Kerasnya lidah Afaf untuk bersuara. Takut melihat wajah bengis Datin Durrah.
Tanpa diduga, satu tamparan dilayangkan ke pipi mulus Afaf. Tersembam Afaf berhampiran sofa. Namun, tangannya bergerak pantas memaut penghadang sofa. Dia terlutut. Pipinya yang terasa kebas terus disentuh.
“Tu balasan atas apa yang telah kamu buat pada anak aku, Afa! Kamu memang layak dapat penampar itu dari aku. Sakit hati aku ni tengok kamu sekarang. Masih mahu munculkan diri setelah apa yang kamu dah lakukan. Dasar perempuan tak tahu malu!” jerkah Datin Durrah mengejutkan Afaf yang menunduk.
“Kau pergi mana? Kau pergi mana sampai sanggup tinggalkan anak aku? Pergi mana?!” Datin Durrah menyoal bertalu-talu. Bahu Afaf ditolak kasar sehingga terduduk atas lantai.
Afaf hanya diam menikus.
“Geramnya aku! Jawablah. Kau pergi mana selama lebih tiga tahun ni. Kau tahu tak kau dah malukan aku pada orang. Nasib baik anak aku tu pandai jawab kata kau pergi belajar. Hei, jawablah!” jerkah Datin Durrah lagi. Kebisuan Afaf membuatkan hati Datin Durrah bertambah panas. Sakit hati melihat kelakuan Afaf saat ini.
Tanpa sempat Afaf mengelak, tubuhnya dipukul bertalu-talu oleh sepasang tangan Datin Durrah. Sakit!

YOU ARE READING
Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)
RomantikNak tahu jalan ceritanya, jemputlah baca. Malas nak tulis blurb. Start : 02.01.2023 End : 25.01.2023 ©Karya asli hak milik xtheaura ❌ Dilarang tiru, ciplak dan seangkatan dengannya. ✨ Jemput baca, komen dan vote jika sudi