KE HULU kemudian ke hilir tanpa arah. Jam di dinding dipandang lagi. Sudah hampir pukul 12 tengah malam tetapi kelibat itu masih belum menampakkan diri. Perasaan resah bercampur aduk. Dia tidak betah duduk lama-lama. Sekejap-sekejap tirai diselak. Hujan di luar kian lebat disertai kilat dan guruh.
"Ya Allah, mana Habiel ni?" gumam Afaf perlahan. Samsung Note miliknya sejak tadi tidak renggang dari tangan. Sesekali nombor suaminya didail tetapi tidak dijawab.
"Akak, kenapa tak tidur lagi ni?"
Bagai hendak tercabut keluar jantung Afaf apabila terdengar teguran itu. Pantas dia menoleh. Wazif!
"Sorry, Kak Afa kalau Zif dah buat akak terkejut." ucap Wazif lalu menghampiri kakak iparnya itu. Afaf kelihatan resah. Apa yang sedang menganggu fikiran si kakak iparnya itu?
"Tak apa." balas Afaf cuba ukirkan senyuman walaupun hatinya resah gelisah.
"Akak buat kat bawah ni? Tunggu siapa?" tanya Wazif hairan. Dia turun ke bawah disebabkan rasa haus. Tetapi, tidak menyangka pula kakak iparnya ada di bawah. Terkejut juga dia tadi.
"Akak tunggu abang ni, Zif. Tak balik lagi." Wajah Wazif dipandang dengan perasaan risau.
"Apa? Abang Biel tak balik lagi?" Wazif terkejut.
Afaf mengangguk laju.
"Dah pukul 12.05 minit ni." kata Wazif sambil memandang jam. Patutlah kakak iparnya resah semacam. Rupanya abangnya itu belum pulang. Dia terus melangkah ke arah tingkap kaca. Tirai diselak.
"Dah try call abang?" tanya Wazif lalu memandang Afaf semula.
"Dah, tapi tak jawab. Risau akak, Zif... tak pernah Habiel balik selewat ni. Dah la hujan lebat kat luar. Aku takut jadi sesuatu pada dia." ujar Afaf lalu berlabuh duduk kembali.
"Akak, doa yang baik-baik aje. InsyaAllah, abang Biel tak apa-apa. Lewat aje kut. Jumpa klien tu." Wazif cuba tenangkan keresahan kakak iparnya walaupun dia sendiri juga resah. Habiel memang tidak pernah pulang selewat ini. Jika abangnya itu pulang lewat pasti akan dimaklumkan terlebih dulu.
Afaf terus meraup wajah. Beristighfar dan berdoa akan keselamatan suaminya. Dia bingkas berdiri apabila terdengar deruman enjin masuk ke laman rumah. Bergegas dia dan Wazif membuka pintu. Afaf terus tergamam apabila melihat Habiel melangkah ke arah mereka dengan keadaan yang basah kuyup.
"Ya Allah... abang pergi mana? Tahu tak kami risau." Afaf terus menerpa ke arah Habiel yang sudah lencun dek hujan lebat. Kedua-dua belah pipi Habiel terus dipaut lembut. Wajah itu dipandang lega.
Wazif menarik nafas lega apabila melihat abangnya selamat.
"Akak, bawa abang Biel masuk dulu. Kena tempias tu, nanti bertambah basah pula."
Pantas Afaf menarik lengan Habiel ke arah kerusi lalu mendudukkan suaminya di situ. Kasut kulit Habiel terus ditanggal lalu diletak ke atas kabinet kasut. Begitu juga stoking.
"Zif, tolong ambilkan tuala. Mesti abang Biel sejuk." pinta Afaf.
"Yelah." Bergegas Wazif ke bilik tetamu untuk mengambil tuala. Dia kembali semula ke depan rumah dan menyerahkan tuala itu kepada Afaf. Dia berdiri di jenang pintu.
"Abang pergi mana? Lewat balik. Baju abang basah lencun macam dah lama basah aje. Abang main hujan ke ni?" soal Afaf bertalu-talu. Rambut Habiel terus dilap sebelum tuala itu dililit ke tubuh suaminya.
Habiel geleng kepala. Dia sedikit menggeletar."Bawa abang masuk dalam, sejuk ni."
"Okay, jom." Afaf terus memimpin Habiel masuk ke rumah dan naik ke atas. Habiel terus dibawa ke kamar mandi sebaik saja memasuki bilik mereka. Kemeja Habiel ditanggal.
"Afa tunggu di luar ya? Abang mandi, okay." kata Afaf seraya melangkah keluar. Pakaian bersih terus disediakan ke atas katil. Kemudian, bergegas di turun ke dapur untuk menyediakan minuman panas untuk Habiel. Apabila memasuki bilik, dia melihat suaminya sedang mengenakan pakaian. Mug diletak ke atas meja tepi katil.
"Ni Afa buatkan abang hot chocolate." Dia berlabuh di birai katil sambil memerhati si suami. Wajah itu kelihatan pucat dan kepenatan. Apa yang sudah terjadi? Ditanya tidak dijawab pula.
Habiel terus berlabuh di birai katil. Hot chocolate terus diteguk rakus. Sedikit terasa selesa apabila minum minuman panas dalam keadaan kesejukan begini.
"Abang dah solat isyak?" tanya Afaf sambil merenung wajah suaminya.
"Dah." jawab Habiel sepatah.
Afaf terus melekatkan tangan ke dahi Habiel. Sedikit hangat berbanding biasa.
"Abang macam nak demam aje ni." ujar Afaf risau.
Habiel sekadar mengangguk. Memang dia terasa tidak sedap badan.
"Abang tidur dulu ya." kata Afaf lembut.
"Afa?" Habiel pandang Afaf.
"Kejap lagi Afa tidur. Nak simpan mug ni kejap."
Tanpa membuang masa Afaf terus berlalu sebaik saja Habiel membaringkan diri. Fikirannya mula dijelma dengan pelbagai soalan yang tiada jawapan. Bersangka baiklah, Afa.
Baru saja Afaf hendak terlena, tiba-tiba dia menangkap suara Habiel. Terus saja dia membuka mata dan memandang wajah suaminya itu. Dahinya berkerut. Habiel mengigau?
"Ri... a..."
Ria? Makin berkerut dahi Afaf mendengar.
"Ria..."
Walaupun perlahan tetapi begitu jelas sepotong nama itu pada pendengaran Afaf. Lagi. Ria lagi. Kali kedua suaminya itu mengigau memanggil nama perempuan lain tetapi nama yang sama. Ria!
"Kenapa you tinggalkan I, Ria?"
Sepasang mata bundar Afaf hanya mampu memandang wajah yang sudah berpeluh itu. Bibir itu terkumat-kamit memanggil nama yang sama. Terus hilang rasa mengantuknya. Afaf bingkas duduk bersandar di kepala katil. Dahi Habiel disentuh perlahan. Makin panas berbanding tadi. Peluh di dahi itu dilap perlahan.
Sapu tangan kecil yang telah diperah air diletak ke atas dahi Habiel dengan berhati-hati. Khuatir lena suaminya itu terganggu dengan perbuatannya. Dia menghela nafas. Baru saja dia hendak mengundur langkah, tiba-tiba lengannya dipaut erat oleh tangan Habiel. Terkaku Afaf di tempatnya berdiri. Wajah si suami dipandang semula.
"Ri... a..."
Liur yang ditelan terasa berduri. Bukan lagi kesat seperti pasir. Tiba-tiba hatinya terasa amat sakit apabila mendengar nama itu meluncur laju dari dua ulas bibir pucat itu. Sekali lagi dia mendengar nama yang sama dari dua ulas bibir yang sama.
![](https://img.wattpad.com/cover/330793187-288-k396816.jpg)
YOU ARE READING
Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)
RomanceNak tahu jalan ceritanya, jemputlah baca. Malas nak tulis blurb. Start : 02.01.2023 End : 25.01.2023 ©Karya asli hak milik xtheaura ❌ Dilarang tiru, ciplak dan seangkatan dengannya. ✨ Jemput baca, komen dan vote jika sudi