AFA 2

2.3K 143 20
                                    

SATU per satu anak tangga itu dipijak Afaf untuk turun ke bawah. Beg tangan berserta blazer diletak ke atas sofa lalu dia melangkah ke meja makan. Punggung dilabuh di kerusi.

"Lewat pergi kerja hari ni." Encik Marwan menegur yang sudah menunggu di meja makan tersebut.

"Sakit perut la hari ni, abah. Rasa macam tak nak pergi ofis." Afaf mengadu manja. Sejak bangun pagi tadi, perutnya sudah meragam buat hal. Tidak tahu apa yang sudah dia makan semalam.

"Sakit sangat ke? Pergilah klinik." ujar Encik Marwan lagi. Risau pula hatinya melihat wajah berkerut anaknya itu. Afaf jarang-jarang jatuh sakit.

"Tak adalah, cuma macam memulas aje. Rasa tak sedap." ujar Afaf. Dia tidak mahu abah terlalu memikirkan keadaan dirinya. Abah juga sudah tua dan perlukan rehat.

"Kalau sakit, pergi klinik. Jangan tangguh-tangguh." suruh Encik Marwan prihatin.

"Yelah, abah. Nanti Afa pergi ya." Afaf terus mencapai mangkuk dan menyeduk nasi goreng. Nasi goreng itu terus disuap ke mulut dengan penuh berselera. Air tangan abah tak pernah mengecewakan. Sentiasa jadi kegemarannya.

"Masuk lewat ni tak apa ke?" tanya Encik Marwan. Kopi yang sudah suam diteguk perlahan.

"Tak apa, Afa dah beritahu bos yang Afa masuk lewat hari ni. Emergency." kata Afaf lagi. Jam di dinding dipandang sekilas. Sudah hampir pukul lapan pagi.

"Tak apalah kalau macam tu."

"Oh ya, alang bila balik?" tanya Afaf hampir terlupa.

"Petang nanti baliklah."

Afaf sekadar mengangguk. Suapan diteruskan. "Sedap abah masak hari ni."

"Selama ni abah masak tak sedap la ya?" usik Encik Marwan.

"Tak adalah, setiap hari abah masak sedap." Afaf ketawa kecil.

Encik Marwan tersenyum. Afaf seorang anak yang sering mengambil berat tentang dirinya. Afaf satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka. Tetapi sehingga kini masih belum berumah tangga. Itu yang merisaukannya. Lagi-lagi usianya juga sudah kian dimamah senja.

"Afa ni dah ada ke belum?" Encik Marwan cuba mengorek rahsia hati si anak. Mana tahu anaknya ini sedang menyimpan kekasih hati.

Afaf terus menepuk dahi. Soalan cepumas dah keluar.

"Halah, abah... kenapa tetiba spoil mood ni?"

"Abah ni dah tua, Afa... teringin nak terima menantu lelaki. Kamu aje anak perempuan yang abah ada, abang-abang kamu dah kahwin. Dah beranak-pinak pun. Kamu bila lagi?"

Dua abang kepada Afaf sudahpun melangsungkan perkahwinan dengan pilihan masing-masing. Masih tinggal dua orang lagi yang masih belum berumah tangga iaitu Afaf sendiri dan juga abang kepada Afaf iaitu Syahmi. Abang sulung Afaf sudah lama berumah tangga dan sudah mempunyai sepasang cahaya mata. Begitu juga abang keduanya.

Terdiam Afaf seketika. Abah jarang sekali bertanya perihal jodoh dan pasangan hidup kepadanya. Tetapi apabila bertanya sekali, sering membuat hatinya tersentuh. Dia sedar harapan abah tetapi dia masih mampu merealisasikannya untuk abahnya.

"Abah, nanti kalau Afa dah kahwin mesti Afa kena ikut suami. Afa tak naklah tinggalkan abah. Biarlah Afa hidup dengan abah dulu." ujar Afaf perlahan. Tidak sanggup berjauhan dengan keluarga terutama abah. Jauh di sudut hati, dia begitu berat dan tidar tegar.

"Kalau kamu kahwin pun, kamu mesti boleh balik jengok abah bukannya tak boleh balik langsung."

Afaf menggigit bibir sendiri. Dia menunduk.

Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)Where stories live. Discover now