AFAF terjaga apabila terdengar deringan dari Samsung Note miliknya. Baru saja dia hendak menghentikan deringan itu, tiba-tiba bunyi penggerak itu kembali senyap. Mata terus dibuka apabila terasa ada elusan lembut di pipinya. Terpaku. Habiel sedang merenungnya dengan renungan redup bersama senyuman selamat pagi.
"Morning Afa." ucap Habiel bersama kucupan di dahi Afaf. Lembut.
Afaf kembali pejamkan mata.
"Takkan la nak sambung tidur lagi? Dah subuh ni." tegur Habiel gemersik.
Afaf berpeluk tubuh. Matanya tetap dipejamkan.
"Afaf Nabila..." Habiel menyeru nama Afaf perlahan. Pipi Afaf kembali diusap lembut.
Matanya dibuka kembali. Renungan kosong dilemparkan ke wajah Habiel.
"Lepas la. Panas!"
"Takkan Afa panas lagi. Tu... kipas belum tutup lagi." kata Habiel tetap mesra. Sejak berkahwin dengan Afaf, barulah dia tahu bahawa isterinya itu tidak suka tidur dalam bilik yang berdingin hawa. Tetapi, lebih suka memasang kipas.
Afaf menghela nafas. Dirasanya pelukan Habiel terlalu erat dan kemas sehingga sukar untuk dia leraikan seperti semalam. Sengihan si suami dipandang tanpa riak.
"Abang betul-betul minta maaf, Afa." ucap Habiel. Masih lagi setia dengan ucapan maaf.
Afaf menghela nafas lagi.
"Cukuplah tu marahkan abang. Dah pagi ni." kata Habiel lagi.
Keras lidah Afaf untuk membalas.
"Maafkan abang."
"Jangan terlalu kerap ucapkan kata maaf. Takut kata maaf tu nanti jadi begitu murah bagi abang sampaikan abang tak tahu nak nilai maksud sebenar disebalik kata maaf tu."
Habiel menelan liur. Sekali Afaf menembak terus menusuk ke dasar hati.
"Habis tu, abang nak cakap apa? Sorry?"
Renungan tajam dihantar Afaf. "Jangan main-main boleh tak?"
Habiel terkedu. Afaf serius.
"Abang kesal. Abang kesal. Abang kesal." Habiel ulangi kata yang sama. Disebabkan Afaf tidak mahu mendengar kata 'maaf' terpaksa dia mengubah kata lain.
Matanya kembali dipejam lalu dada bidang Habiel dipeluk erat. Makin ketat pelukan itu.
"Erk!" Hampir terlentang Habiel ke belakang disebabkan reaksi luar jangkaan Afaf. Tadi serius, sekarang manja. Cepatnya Afaf berubah. Dalam sekelip mata saja. Pening dia jadinya.
"Bosan telinga Afa dengar abang ucap perkataan yang sama." ujar Afaf disebalik dada bidang itu.
"Afa dah maafkan abang ke?" Habiel cuba melihat wajah Afaf yang berselindung di dada bidangnya.
"Dah. Semalam lagi sebelum Afa tidur." jawab Afaf jujur.
"Semalam? Bukan ke Afa masih marahkan abang semalam?" Dahi Habiel berkerut tidak faham. Seingatnya semalam Afaf tidak berkata apa-apa melainkan terus masuk tidur tanpa pedulikan dia.
"Sebelum Afa letak kepala atas bantal, masa tu la Afa maafkan abang. Kan Islam menggalakkan kita memaafkan orang sebelum tidur. Mana tahu ajal menjemput semalam tanpa sempat memaafkan orang lain." terang Afaf. Itulah kebiasaan yang Afaf amalkan sejak kecil. Memaafkan orang sebelum tidur.
Serta merta Habiel rengangkan pelukan. Wajah mengantuk Afaf dipandang.
"Apa abang ni?" Cemberut sudah wajah Afaf.
"Abang tak suka Afa cakap macam tu."
"Cakap apa pula ni?" Dahi Afaf berkerut sampai bertanya. Apa maksud Habiel?
"Cakap ajal."
"Sunat mengingati mati. Sesiapa pun boleh sebut. Itu semua rahsia Tuhan. Tak ada maksud apa-apalah. Afa cuma cakap aje. Kenapa? Abang takut kehilangan Afa ke?" Afaf angkat kening. Menduga.
"Haruslah! Afa sahabat abang merangkap wife abang."
"Oh, ya ke?" Afaf tersenyum. Teringat pula sebutan Habiel kelmarin dalam tidur. Ria? Tak pernah pula Habiel igaukan dia dalam tidur. Tak ada pun sebut Afa.
"Andai kata Afa tak ada, abang nak buat apa?"
"Afa..."
"Jawab soalan Afa dulu. Penting juga tu." pangkas Afaf pantas.
Habiel menghela nafas. Pipi mulus Afaf dipegang lalu diusap lembut. Anak mata hitam Afaf direnung tepat.
"Abang boleh mati kalau tak ada Afa."
Tawa Afaf meletus diawal pagi subuh itu. Terselit juga kesinisan disitu.
"Abang hidup disebabkan apa, eh?" soal Afaf lagi.
"Sebab Allah SWT hidupkan abang."
"So, hiduplah kerana Allah bukan kerana Afa. Afa pun hidup kerana Allah swt bukan disebabkan abang atau sesiapa pun. Allah swt yang tiupkan kita nyawa jadi hiduplah demi DIA."
Meremang pula bulu roma Habiel apabila Afaf menyebut pasal mati di pagi hari begini.
"Tapi, abang akan hilang arah tanpa Afa." kata Habiel yakin.
"Abang yakin ke?"
Habiel angguk laju.
"Abang pergi Brunei tu hilang arah tak?" tanya Afaf lagi.
"Tak." jawab Habiel agak lurus.
"So, abang boleh aje hidup tanpa Afa. Mulut ni boleh menipu sebab nak sedapkan hati orang. Tak boleh hidup Afa konon... nak Afa try ke? Nak tengok sejauh mana abang tak boleh hidup tanpa Afa." kata Afaf lalu melepaskan dakapan.
"Afa nak pergi mana?"
Sejenak Afaf berfikir. "Pergi mana-mana ajelah."
"Tak semudah tu, sayang. Sekali awak tu jadi milik Habiel Syazwi Dato Hamdan, takkan sesekali saya lepaskan awak pergi macam tu aje, Afaf Nabila Marwan. Tak mudah, okay!" Habiel menggeleng kepala berkali-kali. Bibirnya tetap menguntumkan senyuman penuh keyakinan. Pelukan pada Afaf turut dilepaskan.
Afaf terus mencebik. Belum sempat dia turun dari katil, Habiel terus menariknya sehingga terjatuh ke atas dada bidang itu. Pinggangnya terus dipaut erat. Aduh, masa ni jugalah dada dia nak berdetak tak tentu arah. Hesy!
"Jangan tayang muka selamba macam tu bila abang bagi warning." bisik Habiel sambil menjongket kening. Pelukan di pinggang Afaf kian dieratkan. Sengaja.
"Warning?" Afaf angkat kening lagi. Kedua belah tangannya menahan di atas dada itu.
"Yup, kata-kata tadi satu amaran." Habiel angguk. Kedua belah pipi Afaf dikucup selamba.
Terus Afaf menjarakkan wajah. Habiel ni pantang mendekat. Nak cium saja.

YOU ARE READING
Tak Sempurna Tanpa Kamu (✓)
RomanceNak tahu jalan ceritanya, jemputlah baca. Malas nak tulis blurb. Start : 02.01.2023 End : 25.01.2023 ©Karya asli hak milik xtheaura ❌ Dilarang tiru, ciplak dan seangkatan dengannya. ✨ Jemput baca, komen dan vote jika sudi